28/03/2023
PANDUAN TAPIS DIRI SENDIRI UNTUK KELAYAKAN LOAN RUMAH !
"Puan..macam mana nak tau saya layak atau tak beli rumah?"
"Puan saya berminat jadi refferal puan..sy tolong puan cari pembeli rumah..boleh kongsi tak macam mana nak tapis pembeli rumah..so senang sy pass kt puan nanti."
OK..jom saya nak kongsi sedikit tips yang biasa saya gunakan untuk "filter" bakal bakal pembeli rumah..untuk info..hanya yang melepasi "filter" saya akan dibawa untuk ke next step seterusnya iaitu tengok rumah dan booking unit..mesti ade yang tanya.."ala saly..bawa je la tengok dulu..kemudian la kita filtter..bukan semua buyer nak share info..kot2 lepas tengok rumah baru dia nak share info dirinya"
Yes masing masing punya cara..dulu mula mula saya begitu..namun apa yang saya dapat cuma letih semata2..bawa tengok rumah..berminat tapi end up kelayakan tak lepas..deposit takde..CCRIS hancur..Nama black list dan macam2..all this things WASTE ME AND YOUR TIME.
Ade juga bakal pembeli yang taknak berkerjasama bila saya minta info semasa proses tapisan..dengan alasan tengok dulu baru cerita..and i say SEE U NEXT TIME. Client macam ni biasa akan peningkan kepala saya dari mula hingga akhir..elok2 saya awet muda dah nampak macam makcik nanti😄😄
Ok so ape yang saya biasa tapis.
1.GAJI DAN PAYSLIP
Gaji mesti rm1800 dan keatas.
Ade slip gaji
Jika gaji tetap saya perlukan 3 bulan slip gaji terkini dan jika ade OT or ade lain2 tambahan tak tetap saya perlukan 6 bulan terkini.
2.BANK STATEMENT
Gaji mesti masuk akaun bank..bukan by cash.
Amaun duit gaji masuk dalam akaun mesti sama dengan amount dalam slip gaji.
3.TANGGUNGAN SEDIA ADA
Loan lain yang ada (rumah,kereta, motor, personal loan, kad kredit, ASB, Ptptn)..
Bayaran sewa rumah, belanja wife, bayaran yuran anak2, pinjam along, pinjam sen heng,bagi mak bapa tu tak dikira tanggungan ye..jangan gelak sebab saya kerap menerima soalan macam ni..bukan semua faham istilah tanggungan dlm term membeli rumah.
4.REKOD CCRIS/CITOS
CCRIS jika ada sila buat bayaran pada tunggakan dan tunggu setahun lagi baru boleh apply loan rumah. Rekod ccris banyak berlaku terutama pada peminjam PTPTN..so apa nak buat, saya sarankan mereka buat separuh pembayaran terlebih dahulu dan selebihnya banyar ansuran bulanan..minta PTPTN tukar term loan kepada ujra yang mana rate lebih rendah dan bayaran bulanan yang sedikit. Anda juga boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar kesemua tinggakan yang ada (jika akaun 2 cukup duit ye)
CITOS-jika anda ade rekod dalam CITOS maknanya nama anda telah "black list"..so tak boleh beli rumah walaupun anda nak bayar cash..Nanti tak boleh tukar nama dalam geran. Dalam kes ni saya kerap menerima rayuan mereka untuk adjust..malangnya saya TAK BOLEH TOLONG.
5.DSR
Ni pengiraan nisbah hutang semasa anda..sy biasa ambik purata 50% DSR untuk semua tahap gaji..ade extra dikira buffer..pengiraan sama juga jika anda JV loan.
Cth kira DSR
Gaji selepas tolak kwsp socso rm3000
Hutang kereta RM400
DSR: Rm400/RM3000:13%
So 13% masih cantik untuk beli rumah sebab masih tak melebihi 50%..kelayakan akhir saya akan kira berdasarkan harga rumah yang hendak dibeli.
6.DEPOSIT & LEGAL FEES
Deposit diperlukan 10% daripada harga rumah dimana:
~3.18% perlu dibayar semasa anda booking rumah tu dan apply loan.
~6.82% lagi perlu dibayar selepas loan lulus dan semasa siga SPA.
~5% lagi diperlukan untuk legal fees.
Jika anda mengalami masalah saving takde..anda ade pilihan untuk membuat pengeluaran KWSP dengan syarat 3.18% untuk booking tadi ade dalam tangan..kalau 1 sen pun takde semua nk guna KWSP semata mata maaf tak boleh.
Jenis jenis pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian hartanah.
1.Beli melalui loan Bank -Jika anda dapat loan 90%..anda layak mengeluarkan KWSP sebanyak 20% (10% dpd balance amoun loan yang x cover +10% peruntukan sedia ada)..nak details contact saya.
2.Beli Cash -10% sahaja
Tips:jika anda telah membayar penuh deposit 10% menggunakan duit sendiri tapi masih berniat nak keluarkan KWSP takde masalah..boleh keluarkan..kot2 mase awal2 tu anda hutang dengan siapa siapa duit muka so lepas sign SPA dan keluarkan KWSP sila bayar hutang anda semula ye.😄
So Jika anda melepasi kesemua step2 ini..innsyallah saya akan bantu anda 200% untuk beli rumah secepat mungkin.
Kredit : Idham Sharif