20/11/2025
“SAYA NAK LANTIK EJEN. TAPI TAK NAK SIGN LANTIKAN BOLEH KE?”
“SAYA LANTIK EJEN LAIN TAK SIGN APA-APA PUN!”
Harini min nak sembang sikit pasal borang lantikan jualan atau Authorisation to Sale (ATS).
Ramai juga owner tanya macam ni, “Kenapa kena sign ni? Perlu sangat ke?”
Ramai ejen pun sebelum ni tak biasa guna ATS. Kadang takut owner tak setuju, kadang rasa macam renyah.
Owner pulak selalu ingat bila sign ATS, mereka dah “locked” dengan seorang ejen je. Orang lain tak boleh jual.
Padahal tak macam tu pun.
Bila owner & ejen sign ATS, itu bukan bermaksud owner hanya boleh bagi satu ejen saja jual.
Semuanya bergantung pada jenis lantikan yang owner pilih.
Sebenarnya ada 3 jenis lantikan:
1. Adhoc Listing
Yang ni paling common.
– Owner boleh bagi ramai ejen sekali jalan.
– Siapa bawa buyer dulu dan closed, dia lah yang dapat.
– Team kami pun kalau nampak listing tu banyak ejen dah pegang, biasanya kami ambil sebagai adhoc, sebab nak cepat jual, ramai boleh bantu iklankan.
Senang faham: open market. Sapa cepat, dia dapat, owner tak risau nak harapkan satu ejen, sebab ramai tolong jual dan iklankan
2. Exclusive Listing
Separuh ‘exclusive’, separuh ‘open’.
– Owner lantik satu ejen / satu group sahaja untuk jual.
– Owner tak bagi dekat ejen luar.
– Tapi dalam team, semua ejen boleh share & push sama-sama untuk cari buyer.
Kelebihan: marketing lagi tersusun, info centralized,
3. Sole Listing
Yang ni memang betul-betul eksklusif.
– Only satu syarikat / satu ejen saja yang pegang.
-Owner pon tak dibenarkan iklan dan jual hanya ejen sahaja
– Bila ejen pegang sole, confirm dia all-out: proper marketing, photoshoot, video, ads, sebab dia tahu dia saja yang handle.
Owner dapat servis premium + fokus penuh.
So bila owner tanya, “Saya tak nak terikat boleh ke?”
Jawapannya BOLEH SANGAT.
Team kami akan suggest jenis lantikan yang sesuai dengan keperluan owner. Tak semua lantikan maksudnya “terikat”.
Yang penting, ATS ni bukan nak menyusahkan…
ATS ni untuk protect owner & ejen; supaya semua hitam putih jelas, dan tak ada isu bila proses jual beli sampai tahap tukar nama.
Kalau owner nak lantik team kami untuk bantu jualkan rumah, boleh terus contact:
👉 (https://www.wasap.my/601158942446/BantuJualRumahSaya)