21/05/2020
MALU DUDUK RUMAH KECIL
Khabarnya ramai yg malu nak memiliki rumah yg agak kecil. Tak nak rumah kecil, nak rumah yg besar, yg sedap mata memandang.
"Malulah nak ajak kawan2 datang rumah nanti!"
"Takkan nak duduk dalam rumah yg kecik dan sempit. Nak juga rumah yg selesa dan luas untuk anak2 bermain nanti"
"Malulah duk situ, nanti orang tahu orang mengata nanti!"
Itulah antara keluhan-keluhan kecil yg bermain2 di fikiran yg akhirnya menyebabkan tindakan untuk memiliki rumah yg mampu milik terbantut.
Takut orang kata kita miskin, tak ada duit nak beli kondo atau banglo. Takut orang mengata, mengeji, menghina! Takut jatuh "status" diri.
Rumah itu yg kita mampu beli, apa salahnya beli dulu?
"status" apa yg kita risaukan? Hakikatnya itulah "status" yg layak untuk kita miliki buat masa ini. Biarlah yg mengata, mengeji, ,menghina! Mungkin mereka juga masih bergelut untuk memilki rumah sendiri. Mungkin mereka tidak melalui apa yg kita lalui. Merasai hakikat kehidupan sebenar.
Bila ada rumah yg dijual pada harga yg mampu milik, para pelabur mula membeli. Kerana mereka nampak peluang pelaburan hartanah. Mereka tak beli satu, mungkin mereka beli 3. Mereka sewakan kepda sesiapa yg s**a.
Manakala yg datang menyewa adalah yg malu nak memiliki rumah kecil tadi. Padan muka kita pada waktu itu! Nak beli rumah yg diinginkan tak mampu, sewa ini saja yg murah. Takkan nak potong Astro, hidup dah tentu tak meriah.
Jangan malu memilki rumah kecil, kita bukan orang kaya. Kita semua rakyat biasa2 shj. Waima pelabur pun beli rumah kecil kerana potensinya. Adakah kita lebih tinggi nilainya berbanding pelabur tadi? lebih kaya? Walhal hanya mampu beli sebuah rumah. 2 buah? mampu tengok shj!
Sedarlah bangsaku. Bermulalah dengan sebuah rumah kecil yg mampu milik.
Jika betul caranya, kita mampu milki rumah yg ke-2, ke-3 dan seterusnya dan mula melabur secara kecil-kecilan. Akhirnya dapat memiliki rumah yg diidamkan dan mencapai "status" yg diinginkan.
Sekian Terima Kasih
Credit Pelaburan Hartanah KOHAB