15/06/2026
Ini sekadar info sharing yang kak Rod ambik dari Ir Dr Hamizi Hamdan page👇
CARA KIRA ROI HARTANAH
Ramai orang beli rumah pelaburan kerana dengar:
"Kawasan ni tengah hot."
"Nanti harga naik."
"Kawan saya dah beli."
Tetapi jarang bertanya satu soalan penting:
"Berapa sebenarnya pulangan yang saya dapat?"
Di sinilah pentingnya ROI.
ROI ialah singkatan kepada Return on Investment atau Pulangan Atas Pelaburan.
Dalam bahasa mudah:
ROI menunjukkan berapa peratus pulangan yang anda dapat daripada duit yang dilaburkan.
Bagi pelabur hartanah yang membeli untuk disewakan, ROI adalah antara ukuran paling asas yang perlu diketahui.
FORMULA ROI PALING MUDAH
ROI (%) = (Jumlah Sewa Setahun ÷ Harga Belian) × 100
CONTOH 1
Lot Kedai 2 Tingkat
Sewa tingkat bawah = RM2,000
Sewa tingkat atas = RM1,400
Jumlah sewa bulanan = RM3,400
Sewa setahun: RM3,400 × 12 . = RM40,800
Harga belian lot kedai: RM680,000
ROI: (RM40,800 ÷ RM680,000) × 100 . = 6% m
Maksudnya setiap tahun anda mendapat pulangan kasar sekitar 6% daripada harga pembelian.
Tetapi ini belum mengambil kira:
• cukai taksiran,
• maintenance,
• insurans,
• tempoh rumah kosong,
• kos pembaikan,
• kos renovasi,
dan kos-kos lain.
Jadi ROI sebenar biasanya lebih rendah.
KAEDAH PANTAS ROI 8%
Ramai pelabur menggunakan ROI 8% sebagai penanda aras kasar.
Untuk memudahkan kiraan, boleh guna pemalar 150.
Harga Maksimum Belian: Sewa Bulanan × 150 .
CONTOH 2
Apartment A boleh disewakan RM1,200 sebulan.
Harga maksimum yang sesuai untuk mendapat ROI sekitar 8%: RM1,200 × 150 = RM180,000.
Jika harga apartment itu:
• RM180,000 atau lebih rendah → menarik.
• RM250,000 → ROI semakin rendah.
Mudah kan? 😆
KAEDAH TERBALIK
Kalau sudah tahu harga rumah, kita boleh kira berapa sewa minimum yang diperlukan.
Formula: Harga Rumah ÷ 150.
CONTOH 3
Harga Apartment B: RM120,000. Sewa minimum untuk ROI sekitar 8%: RM120,000 ÷ 150 = RM800 sebulan.
Kalau pasaran hanya mampu sewa RM600? Maka ROI sebenar lebih rendah daripada 8%.
KESILAPAN PALING BESAR PELABUR BARU
Ramai orang kira ROI menggunakan harga SPA sahaja. Ini tidak tepat.
Anda perlu mengambil kira:
• harga rumah,
• kos guaman,
• duti setem,
• kos renovasi,
• kos perabot,
• kos pemasaran, dan apa sahaja kos yang dikeluarkan untuk menjadikan rumah itu boleh disewakan.
Kalau beli rumah RM200,000 tetapi renovasi RM50,000, modal sebenar anda ialah RM250,000, bukan RM200,000.
KESIMPULANNYA:
ROI bukan segala-galanya. Tetapi ROI memberi gambaran awal sama ada sesuatu hartanah itu masuk akal sebagai pelaburan atau tidak.
Kadangkala rumah yang nampak murah sebenarnya memberi ROI yang teruk.
Kadangkala rumah yang nampak mahal sebenarnya memberikan pulangan yang lebih baik.
Sebab itu sebelum membeli rumah untuk pelaburan, jangan tanya: . "Rumah ni cantik tak?" . Tetapi tanya: . "Rumah ni boleh buat duit tak?" 😊