Investment Info

Investment Info Mengenai Peluang-peluang pelaburan yang ada di Malaysia dan luar Negara

Aamiin  yra
28/07/2025

Aamiin yra

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk menyokong rakyat Palestin dalam usaha pembinaan negara mereka, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Volker Turk, pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Kami bersedia untuk membantu rakyat Palestin dalam pembinaan negara, dengan hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang sebagai teras. Apabila tiba masanya, program untuk menyokong mangsa dan yang terselamat akan menjadi saluran penting ke arah kebertanggungjawaban dan pemulihan,” kata Turk dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa kerajaan dunia agar menekan Israel untuk menamatkan konflik di Gaza dan menghalang tindakan pengilhakan Tebing Barat yang diduduki.
Pada Khamis lepas, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata Perancis akan secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dalam mesyuarat Perhimpunan Agung PBB pada September ini.

Setakat tahun ini, Negara Palestin diiktiraf oleh 147 negara. Pada 2024, Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto terhadap keahlian penuh Palestin dalam PBB. Sejak 2024, Palestin diiktiraf oleh 10 negara termasuk Ireland, Norway, Sepanyol dan Armenia.

Sumber: Bernama

28/07/2025

Mengakui Kelemahan Satu Kekuatan

Amaran Keras: Artikel ni tak sesuai untuk korang yang tak pernah jatuh. Tak pernah kecewa. Dan korang tak perlukan kekuatan pun untuk bangkit semula. Korang tak perlu baca artikel ni.

Aku pernah jatuh. Jatuh yang sampai buat aku tak tahu nak mula dari mana. Bisnes jatuh dan kena tukar bisnes. Duit habis. Team hilang. Masa tu, setiap pagi aku bangun bukan dengan semangat tapi dengan beban.

Sakitnya bukan sebab rugi duit je. Tapi sebab aku rasa gagal sebagai suami, ayah, dan seorang leader.

Sebenarnya aku jatuh sebab aku silap urus. Masa tu demand dah menurun tapi aku masih bisnes ni akan naik balik. Cashflow aku tak jaga. Komisyen team terlalu tinggi, gaji semua jalan walaupun sales tak masuk.

Aku p**a jenis tak sampai hati nak potong. Semua nak diberi, semua nak bantu. Tapi dalam masa yang sama, aku sendiri makin tercekik. Aku silap pertimbangan bila beli kereta yang aku tak perlukan. Nampak gah dari luar tapi dalam, aku tengah struggle cari duit nak bayar benda yang tak bawa p**angan. Itu bukan kelemahan team. Itu kesilapan aku sendiri sebagai leader.

Titik turning point aku bukan masa tengah sibuk cari solusi luar. Tapi masa aku mula sujud lama-lama waktu malam. Bangun tahajud, menangis, mohon, dan mengadu pada Allah.

Dalam gelap tu, aku duduk sorang-sorang, tengok akaun bank tinggal sisa jer. Tengok team yang dulu semangat, dah hilang arah. Dan waktu tu aku tanya diri sendiri: “Aku nak ke mana sebenarnya?”

Aku tengah susah ni, dan aku kena akui benda tu. Bila aku jujur dengan diri, bila aku akui aku memang sedang jatuh, memang perlukan pertolongan, masa tu lah Allah mula buka jalan.

Satu demi satu. Tak terus jadi mudah, tapi aku mula nampak cahaya.


Lepas aku sujud dan serah semua pada Allah, aku tak tunggu keajaiban datang. Aku tahu kalau aku nak bangkit, aku kena mula buat kerja. Kerja yang aku tahu selama ni aku tak buat betul-betul.

Langkah pertama, aku tengok balik semua nombor. Aku potong gaji aku sendiri dulu. Aku korbankan keselesaan. Aku jual kereta yang tak perlu. Biarlah apa pun orang kata, aku kena bertanggung jawab pada diri aku sendiri. Aku juga hentikan komisyen yang melampau. Aku tutup projek yang tak bawa untung. Ya sakit, tapi perlu.

Langkah kedua, aku mula balik dengan team yang kecil, yang betul-betul nak berjuang. Aku ajar balik dari kosong. Tapi dalam setengah keadaan, aku lah yang jadi semua benda. Akulah yang jadi live host. Akulah yang buat konten. Aku sendiri yang edit video, design gambar, buat caption, tulis skrip.

Semua aku buat sorang-sorang. Bukan sebab aku tak ada pilihan. Tapi sebab aku tahu, kalau aku tak mula dari bawah, tak ada siapa akan tolong naikkan aku. Ini bukan soal siapa pandai, ini soal siapa sanggup buat kerja bila semua orang dah tak percaya kita boleh bangkit.

Perubahan sebenar bermula, bila aku mula terima realiti. Aku tak lagi hidup dalam keadaan denial. Aku tak malu untuk belajar dari kosong. Dulu aku segan, rasa macam tak patut aku, yang dah lama dalam game ni, nak mula balik dari bawah.

Tapi bila aku betul-betul terima kepayahan hidup waktu tu, aku redha dan aku pilih untuk mula semula, restart!

Aku pilih TikTok. Platform yang waktu tu aku sendiri zero. Tak tahu apa-apa. Tapi aku belajar. Satu demi satu.

Dengan bantuan seorang sahabat baik, aku mulakan langkah. Aku explore, aku perhati, aku praktis.

Ada yang tak percaya, ada yang tak sokong. Ada team lama yang tak tunjuk minat sama sekali. Tapi aku tak berhenti. Aku kumpulkan tenaga baru, team baru yang sanggup susah sama-sama.

Kami pilih satu produk. Satu je. Produk MommyHana. Dan dari situ kami mula buat live, buat sales.

Tapi jujurnya, bukan mudah. Live tak jadi. Sale kosong. Video kena violation. Live host sendiri hilang semangat. Ada yang give up. Ada yang berhenti. Tapi aku teruskan. Setiap hari, setiap malam aku belajar dari kesilapan, aku adjust, aku perbaiki.

Dan aku tak bangkit sorang-sorang. Allah hadirkan orang yang sentiasa support aku. Mentor aku, dialah yang banyak bantu aku waktu aku sendiri pun dah tak yakin nak mula semula, patah semangat 2 tahun ni.

Dialah yang guide aku, bagi nasihat, betulkan hala tuju aku. Dialah yang link kan aku dengan orang-orang soleh, yang tak jemu beri amalan, beri doa, dan yang paling aku hargai, mereka doakan aku dalam senyap walaupun orang lain tak nampak.

Dan sudah tentu doa kebangkitan ini jadi lebih mudah bila datang daripada mak aku sendiri. Daripada mertua yang tak pernah lupa mendoakan.

Dan paling dekat di hati, doa dan support daripada isteri bukan sekadar teman hidup, tapi teman jiwa, pemberi semangat, yang tahu bila aku lemah, bila aku nak berhenti tapi tetap ada, tetap percaya, walau dunia sekeliling tak nampak.

Benda-benda tu mungkin nampak kecil tapi itulah titik kebangkitan. Doa orang-orang yang tulus, bimbingan daripada hati yang ikhlas, dan kasih sayang tanpa syarat tulah antara sebab kenapa aku masih boleh berdiri hari ni.

Dan dalam satu fasa yang aku tak sangka, dengan izin Allah angka yang kami kejar mula muncul. Dari kosong, kami capai 7 angka sebulan. Tapi yang lebih besar dari angka tu adalah rasa syukur, rasa puas, dan rasa “inilah jalan aku.”

Jalan yang penuh air mata. Tapi juga jalan yang penuh makna.

Dan dalam waktu aku tengah jatuh itulah aku diuji lagi. Aku difitnah. Diviralkan. Dikecam. Dihina. Ada orang yang sengaja cipta cerita, bawa kebencian, tabur kata-kata buruk hanya untuk jatuhkan aku waktu aku paling lemah.

Tapi aku diam. Aku sabar. Tapi aku juga tak biarkan. Aku bawa kes tu ke mahkamah. Aku lawan ikut jalan yang benar. Dan Alhamdulillah, lepas hampir 3 tahun, akhirnya mahkamah putuskan aku di pihak yang benar. Orang yang fitnah aku didapati bersalah dan didenda ratusan ribu ringgit.

Tapi ini bukan soal duit. Aku tak pernah nak kaya dari saman. Aku cuma nak satu benda: kebenaran ditegakkan. Aku tak nak orang fikir dia boleh sesuka hati fitnah, hina, dan cemuh orang lain di alam maya tanpa fikir kesan.

Aku buat ini bukan untuk aku saja, tapi untuk semua orang yang pernah kena benda sama. Biar mereka tahu diam tak bermakna kita salah.

Kalau kau tengah baca ni, dan kau tengah rasa jatuh, hilang arah, semua benda tak menjadi aku nak kau tahu satu benda aku pernah rasa benda tu. Dan aku masih di sini. Masih terus melangkah.

Kejatuhan bukan penghujung jalan. Tapi permulaan untuk kau kenal semula siapa diri kau sebenarnya. Waktu susah tu, mungkin Allah tengah pisahkan kau dari benda-benda yang tak perlu, supaya Dia boleh sambungkan kau dengan jalan yang sebenar.

Jangan takut untuk mula balik dari kosong. Jangan malu untuk belajar apa yang kau tak tahu. Dan jangan tunggu semua orang percaya baru nak bergerak. Kadang-kadang, kau kena percaya dulu, walaupun kau sorang-sorang.

Bangkit perlahan pun tak apa. Asalkan jangan berhenti. Sebab bila kau teruskan, walau jalan seret satu hari nanti kau akan pandang balik ke belakang dan cakap,

“Alhamdulillah aku tak putus asa waktu tu.”

28/07/2025
26/07/2025
26/07/2025

MELAKA- Seorang pekerja am wanita di sebuah hotel membuktikan anak bukan alasan untuk dia bekerja bagi meringankan beban suaminya yang merupakan seorang...

pengkhianat negara
26/07/2025

pengkhianat negara

JOHOR BAHRU, 26 JULAI: Dua pegawai penguat kuasa ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam kegiatan salah laku “Flying Passport”. Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) CIQ ...

26/07/2025
26/07/2025

Mereka bersatu & bersungguh-sungguh mahu mendesak agar saya & Zamri didakwa walaupun Menteri dah maklumkan bukti tidak mencukupi.

Insya Allah, saya akan lebih bersungguh-sungguh menentang penentangan mereka sebagaimana perintah Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.”
(Al-Anfaal 8:15)

Doakan kami ikhlas & kuat untuk terus berjuang..

24/07/2025

Kenal Dah Dengan Ayam Pak Sheikh..?

Kalau belum, meh kami perkenalkan sikit…
Ayam Pak Sheikh (APS) ialah jenama makanan segera tempatan
yang tengah berkembang pesat di seluruh Malaysia! 😋

Apa yang buat APS lain daripada yang lain?

✅ 100% milik Bumiputera Muslim
✅ Resipi asli dengan cita rasa tempatan
✅ Harga mesra rakyat – sesuai untuk semua golongan
✅ Dah ada lebih 10 outlet seluruh Malaysia – dari bandar besar sampai ke pekan kecil!

📌 APS mula ditubuhkan sejak tahun 2015
oleh En. Syafiq Ali Bajunid — dengan misi nak bawa fast food HALAL yang mudah dinikmati semua orang.

Menu utama?
🍗 Ayam goreng rangup (makan tak perlu sos pun dah sedap!)
🍔 Burger leleh
🍛 Nasi sambal & nasi lemak
🥢 Udon, Oden, Tortilla & macam-macam lagi!

Jom singgah outlet berhampiran anda sekarang..!!

📍 Senarai outlet Ayam Pak Sheikh :

1. APS - Balik Pulau, Pulau Pinang
2. APS - Georgetown, Pulau Pinang
3. APS - Jitra, Kedah
4. APS - Kuala Kangsar, Perak
5. APS - Terminal Bersepadu Gombak, Selangor
6. APS - KSL Esplanade Mall, Klang, Selangor
7. APS - Kelana Jaya, Selangor
8. APS - Bukit Baru, Melaka
9. APS - Kuala Terengganu
10. APS - Kemaman, Terengganu (Akan Dibuka)
11. APS - Miri, Sarawak (Akan Dibuka)
12. APS - Perlis (Akan Dibuka)

📲 Nak tahu menu & lokasi penuh? Senang je…
👉 wasap.my/60165333594 atau ➡️ ayampaksheikh.com

📈 Nak jadi usahawan APS..? Modal permulaan pun rendah je bang!
➡️ wasap.my/60165333594_Francais

– Jenama kita. Rasa kita.
Daripada rakyat, untuk rakyat. Sampai naik syehhh! 😤🔥

Address

Hulu Langat
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Investment Info posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Investment Info:

Share

Category