26/02/2024
🚩 KOS BELI RUMAH SUBSALES. Nombor 9 paling penting.
Dalam posting yang lepas saya dah cerita kos atau modal untuk beli rumah undercon, hari ni kos untuk beli rumah subsales p**ak.
********************************************
1. Deposit
10% dari harga rumah sekiranya anda masih ada quota 90% pembiayaan perumahan.
2. Booking Fee
3.18% dari harga rumah sekiranya bersetuju untuk beli rumah tersebut.
3.18% ni sebenarnya adalah part of deposit. Kena bank in ke acc agensi hartanah yang menguruskan proses jual beli rumah tersebut.
Baki 6.82% kena settlekan semasa sign SPA atau bila loan dah disburse.
3. Yuran Guaman untuk SPA (Sales And Purchase Agreement)
Anggaran dalam 2% - 3% dari harga rumah. Boleh try mintak kurang dari lawyer.
4. Duti Setem Untuk SPA
Lepas dah kira yuran guaman tu, kena ambil kira duti setem untuk SPA p**a.
Kedua-dua pihak pembeli dan penjual terlibat dalam bayaran kos guaman dan duti setem bagi perjanjian jual beli.
5. Yuran Guaman Untuk Loan Agreement (LA)
Bagi yuran guaman, peratusan bayaran yang dikenakan lebih kurang sama dengan urusan SPA. Bezanya, nilai yang diambil bergantung kepada jumlah pinjaman perumahan dan bukannya harga jualan rumah.
7. Yuran Penilaian Hartanah (Valuation)
Biasanya Valuation ni akan dibuat oleh valuator company yang telah dilantik oleh bank. Yuran valuator akan di bayar kepada company tersebut. Linkungan dalam RM800 - RM1100 untuk rumah harga antara RM300K - RM500K.
8. Insuran Perumahan
MRTT / MLTT - Takaful
MRTA / MLTA - Konvensional.
Nak cerita bab ni panjang sangat. So long story short, pinjaman perumahan ni lama. Jadi lebih baik ada perlindungan. Kos bergantung pada harga, tempoh pinjaman dan umur peminjam.
MRTT / MRTA - Lump sump dalam RM20K++
MLTT / MLTA - Bayar bulanan mcm insuran biasa. Cumulatively lagi banyak dari MRTT/MRTA jumlah dia.
9. Memorandum Of Transfer (MOT)
Kalau tak bayar MOT, alamatnya tak dapatlah pemilikan rumah tersebut.
MOT adalah satu dokumen yang menandakan pemilikan rumah dari penjual kepada pembeli dah berjaya. Selagi tak ada dokumen MOT, selagi itulah rumah tersebut belum 100% milik pembeli.
MOT anggaran 2% - 3% dari harga rumah.
********************************************
Kos guaman, duti setem, penilaian dan insurans bagi pinjaman perumahan boleh dimasukkan dalam jumlah pembiayaan perumahan oleh pihak bank. Try bincang dengan banker.
Panjang kan? Tahniah yang baca sampai habis.. 👍🏼👍🏼👍🏼😊
BTW, proses nak jual beli rumah bukan ambil masa yang sekejap. Standard 5 bulan. Kalau settle dalam 3 ke 4 bulan tu kira laju. Tapi kalau dah sampai setahun tak settle jugak, kena selalu push lawyer utk cepatkan proses.