09/08/2025
🔥🔥 Wooowwww murahnya 🔥🔥
‼️ Booking RM 100 sahaja ‼️
✅ ️FREE Sales and Purchase Agreement.
✅ ️FREE MOT
✅ ️FREE Kabinet Dapur
✅ ️FREE Aircond
Aku ada RM 500 sekarang, boleh booking 5 unit serentak macam nie.
Dulu zaman mula-mula nak berkecimpung dalam bidang hartanah ni, memang excited sangat bila nampak booth hartanah.
Bila masuk mall je, nampak offer-offer menarik macam ni, terus teruja nak beli. Time tu Remy Ishak lalu sebelah pun dah tak pandang.
Hilang dah pertimbangan akal fikiran samada hartanah itu berbaloi atau tidak yang penting modal rendah kita sauk dulu. Takut lambat beli nanti habis di beli kapitalis lain dan harga p**a takut makin naik !!
Nanti dulu 🚫
Tak semua hartanah tu akan naik harga kalau awal-awal lagi kita dah beli hartanah yang salah pada harga yang salah.
Bila dah beli hartanah yang salah peluang nak buat untung pun entah ke mana.Menanggung liabiliti p**a akhirnya.
Nampak harga murah ?
Tengok dulu berapa saiz yang di tawarkan.
Contoh :
Harga : RM 190,000
Saiz : 460sqft (studio)
Anggaran harga persqft = RM 413/sqft
Adakah ini harga persqft termurah di kawasan tersebut atau harga Future Price jika masih ada lagi rumah subsale yang di jual RM 250,000 dengan keluasan 1100sqft (3 bilik) iaitu bersamaan RM 227/sqft.
Berbaloikah jika dibandingkan dengan rumah subsale yang masih dijual RM 200,000 untuk keluasan 800sqft (2 bilik) iaitu bersaman RM 250/sqft ??
🔥 Siapa target demographic penyewa yang nak duduk rumah studio ini nanti.
🔥 Berapa unit studio yang di bina.
🔥 Berapa banyak lagi pembangunan akan datang yang akan offer perkara yang sama ?
🔥 Bagaimana akses kawasan ini untuk ke kawasan pekerjaan.
🔥 Bagaimana market demand sewa dan range harga sewaan sekitar kawasan sini.
🔥 Mampu ke kita bayar RM 1000/bulan seandainya unit ini siap tapi penyewa yang di harapkan tiada walhal setiap bulan duit dalam akaun bank sentiasa habis.
🔥 Dan banyak lagi faktor lain perlu di ambil kira sebelum membuat pelaburan hartanah ini.
Nampak macam mudah,
Beli ➡️ Masuk loan ➡️ Sign agrement ➡️ Tunggu Siap ➡️ Sewakan
Tapi kena ingat ‼️
35 tahun kita terikat.
Andaikata pelaburan itu hartanah yang salah, selama 35 tahun lah kita membayar atas kebodohan kita sendiri 😌
Jadi sebelum nak melabur tu dalami ilmu dulu.
Hartanah jenis mana yang sesuai dengan kewangan sendiri.
Bukan ikut kawan semata-mata.
Lain orang.
Lain masalah peribadinya.
Lain p**a tanggungannya.
Lain juga matlamat hidupnya.
Melaburlah dengan kira-kira, bukan dengan nafsu serakah semata-mata.
Silap melabur, poket sendiri yang merana.
Nak dapatkan khidmat nasihat hartanah boleh roger hakak..
PENGERAS KOPI AMAZON SECAWAN..
NAK JUAL RUMAH....
NAK BELI RUMAH...
MEH HAKAK TOLONG...
HAKAK URUS DARI A-Z
Yang benar,
Acu Shazlina
Perunding Hartanah Segak
REN43865