Majuperak Holdings Berhad

Majuperak Holdings Berhad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Majuperak Holdings Berhad, Real Estate, Level 1, Bazar Ipoh, Jalan Sultan Nazrin Shah, Ipoh.

MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD
20020107726 (585389-X)


Majuperak Holdings Berhad ("MHB") is an investment holding company involved in Property Development & Infrastructure, Asset & Facilities Management, Renewable Energy, and Trading & Services.

Majuperak Holdings Berhad telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM) Kali Ke-23 T...
05/06/2026

Majuperak Holdings Berhad telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM) Kali Ke-23 Tahun 2026 dengan lancar dan teratur, mencerminkan komitmen syarikat terhadap amalan tadbir urus korporat yang baik, ketelusan serta akauntabiliti dalam pengurusan organisasi.

Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi membentangkan prestasi kewangan dan operasi syarikat, pencapaian strategik sepanjang tahun, serta hala tuju dan perancangan masa hadapan kepada para pemegang saham dan pihak berkepentingan.

Majuperak Holdings Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Lembaga Pengarah, para pemegang saham, pihak pengurusan serta seluruh warga kerja atas kepercayaan, komitmen dan sokongan berterusan yang telah diberikan dalam memastikan kelancaran dan kejayaan mesyuarat ini.

Dengan asas yang kukuh serta fokus yang jelas terhadap pertumbuhan mampan, Majuperak Holdings Berhad akan terus memperkukuh prestasi dan daya saing organisasi, sambil mencipta nilai jangka panjang kepada para pemegang saham, rakan strategik dan seluruh pihak berkepentingan.

Bersama-sama, kita melangkah ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi pertumbuhan yang mampan dan memperkukuh kedudukan Majuperak sebagai peneraju pelaburan strategik Negeri Perak.





Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang d...
01/06/2026

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Semoga Allah S.W.T. sentiasa melimpahkan rahmat dan keberkatan, mengurniakan kesejahteraan, melanjutkan usia serta memayungi pemerintahan Tuanku dengan penuh kemuliaan dan kedaulatan.

Daulat Tuanku.
Menjunjung Kasih Tuanku.

Sembah takzim daripada Ahli Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja Majuperak Holdings Berhad.





Happy Vesak Day 2026May this year’s Vesak Day celebration bring peace, prosperity, and happiness to all Malaysians in an...
30/05/2026

Happy Vesak Day 2026

May this year’s Vesak Day celebration bring peace, prosperity, and happiness to all Malaysians in an atmosphere filled with harmony and unity.

Majuperak Holdings Berhad would also like to wish a pleasant holiday to everyone taking this opportunity during the public holiday to spend meaningful and quality time with family, friends, and loved ones.

May this celebration serve as a reminder for us all to embrace the values of compassion, tolerance, harmony, and mutual respect in strengthening the spirit of unity within our diverse society.

To those travelling back to their hometowns or going on holiday with family, may every journey be smooth, safe, and filled with peace and blessings throughout this festive season.

Sincerely from Board of Directors, Senior Management and Staff.



Salam Aidiladha 1447H 🌙Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, semoga semangat pengorbanan, keik...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H 🌙

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan ini, semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan terus menjadi pedoman dalam memperkukuhkan ukhuwah serta menginspirasikan usaha ke arah masa depan yang lebih cemerlang dan bermakna.

Semoga Aidiladha kali ini membawa limpahan rahmat, kesejahteraan, kebahagiaan serta keberkatan buat seluruh warga kerja, rakan strategik dan masyarakat keseluruhannya.
Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir & Batin.




MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD KELUAR STATUS AFFECTED LISTED ISSUER Ipoh, Perak, 19 Mei 2026 — Perbadanan Kemajuan Negeri Per...
19/05/2026

MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD KELUAR STATUS AFFECTED LISTED ISSUER

Ipoh, Perak, 19 Mei 2026 — Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) menyambut baik pengumuman Bursa Malaysia berhubung pengeluaran status Affected Listed Issuer terhadap Majuperak Holdings Berhad (Majuperak) yang berkuat kuasa mulai jam 9.00 pagi hari ini.

Perkembangan ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan pemulihan syarikat dan mencerminkan keberkesanan langkah penstrukturan serta pengukuhan yang telah dilaksanakan oleh pihak pengurusan Majuperak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

PKNPk percaya pencapaian tersebut bukan sahaja menandakan pemulihan status syarikat di peringkat pasaran modal, malah membuktikan keupayaan Majuperak untuk terus bergerak ke hadapan dengan asas kewangan, tadbir urus dan hala tuju perniagaan yang lebih kukuh serta mampan.

Sepanjang tempoh pemulihan, Majuperak telah melaksanakan pelbagai inisiatif penambahbaikan secara berdisiplin dan bertanggungjawab, termasuk memperkukuh pengurusan operasi, meningkatkan tahap pematuhan korporat serta memperkemas strategi perniagaan bagi memastikan kelangsungan syarikat dalam jangka panjang.






15/05/2026
Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Sesi Minum Petang Bersama Pemegang Saham pada 9 Mei 2026 bertempat di 1...
10/05/2026

Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Sesi Minum Petang Bersama Pemegang Saham pada 9 Mei 2026 bertempat di 1969 D’Kelly Hotel sebagai platform menghargai sokongan berterusan para pemegang saham terhadap perkembangan dan hala tuju syarikat.

Sesi ini memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk berkongsi pencapaian semasa, perkembangan projek-projek strategik serta perancangan masa hadapan MHB dalam memperkukuh pertumbuhan syarikat secara mampan.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif PKNPk merangkap Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq bersama barisan pengurusan kanan MHB dan para pemegang saham.

Selari dengan sambutan ulang tahun ke-50 MHB pada tahun ini, sesi seperti ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memperkukuh hubungan strategik bersama para pemegang saham melalui komunikasi yang telus, profesional dan berterusan.

Terima kasih kepada semua pemegang saham atas kepercayaan dan sokongan yang terus diberikan kepada Majuperak.




Pada 9 Mei 2026, Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Majlis Santai-Santai Open Day Ardea yang telah disempu...
10/05/2026

Pada 9 Mei 2026, Majuperak Holdings Berhad (MHB) telah mengadakan Majlis Santai-Santai Open Day Ardea yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak bersama barisan pengurusan Majuperak Holdings Berhad (MHB) yang diketuai oleh Ketua Eksekutif PKNPk merangkap Pengerusi Eksekutif MHB, Datuk Redza Rafiq.

Majlis ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri perkembangan projek di tapak, selari dengan pendekatan keterbukaan dan ketelusan dalam pelaksanaan pembangunan.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM142 juta yang merangkumi 601 unit kediaman termasuk 80 unit di bawah Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Taman Tasik Ardea terus menjadi antara pembangunan strategik yang menyokong keseimbangan antara harga, kualiti dan keupayaan pemilikan.

Terletak berhampiran Stesen ETS Batu Gajah dengan jaringan jalan raya yang baik ke Ipoh, Lumut dan Seri Iskandar, pembangunan ini turut menyokong mobiliti harian serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Majuperak kekal komited dalam membangunkan komuniti yang lebih selesa, mampan dan berdaya huni demi kesejahteraan rakyat Negeri Perak.





Happy Labour Day 2026 💼✨1 May 2026Today, we celebrate the dedication, resilience, and contributions of all workers who a...
30/04/2026

Happy Labour Day 2026 💼✨
1 May 2026

Today, we celebrate the dedication, resilience, and contributions of all workers who are the backbone of our nation’s progress. Every effort, every commitment, and every sacrifice you make plays a vital role in driving economic growth and strengthening our communities.

Thank you to all who continue to strive with passion, overcome challenges with determination, and give their very best in everything they do.

May this Labour Day inspire us to move forward together, strengthen teamwork, and achieve greater success in the future.

Sincerely from Board of Directors, Senior Management and Staff.




Jom Singgah Booth Taman Tasik Ardea! 🏡Temui kami di booth yang bertempat di:📍 Blok A, Bangunan Persekutuan Greentown, Ip...
17/04/2026

Jom Singgah Booth Taman Tasik Ardea! 🏡

Temui kami di booth yang bertempat di:
📍 Blok A, Bangunan Persekutuan Greentown, Ipoh
🗓 Tarikh: 17 April 2026
⏰ Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang

Khas untuk penjawat awam yang sedang mencari rumah idaman, inilah peluang anda untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek Taman Tasik Ardea, perumahan mampu milik dengan lokasi strategik dan persekitaran yang selesa untuk seisi keluarga.

Di booth kami, anda boleh:
✔️ Dapatkan penerangan lengkap projek
✔️ Semak kelayakan pembelian rumah
✔️ Ketahui bantuan & inisiatif berkaitan perumahan
✔️ Dapatkan konsultasi terus daripada pasukan jualan kami

💬 Walk-in sahaja, team kami sedia membantu anda dari A hingga Z!

Jangan lepaskan peluang ini. Jumpa anda di sana!




Address

Level 1, Bazar Ipoh, Jalan Sultan Nazrin Shah
Ipoh
31350

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majuperak Holdings Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Majuperak Holdings Berhad:

Share

Category