04/09/2022
DEPOSIT DALAM URUSAN PEMBELIAN RUMAH
Bila kita nak beli rumah, biasanya kita kena bayar Deposit atau Wang Pendahuluan kepada pihak Penjual. Ini termasuklah dalam pembelian daripada pasaran Primer (daripada Pemaju) atau dari pasaran Sekunder (secara Subsale).
Dalam posting ini, Coach nak ceritakan berkaitan bayaran Deposit dalam kes-kes Subsale sahaja.
Jumlahnya adalah 10% daripada harga jualan rumah yang kita nak beli tadi.
Kebiasaannya, dalam kes pembelian secara Subsale melibatkan Ejen Hartanah, ada 2 jenis Deposit yang kita perlu bayar iaitu:
1) EARNEST DEPOSIT (Booking Fee)
Booking Fee biasanya berjumlah 3% daripada harga belian hartanah tersebut. Katalah harga rumah yang kita nak beli adalah RM200,000 maka Booking Fee yang kita perlu sediakan adalah RM6000. Ia dibuat selepas kita dah tandatangani Booking Form dengan Ejen Hartanah tersebut sebagai tanda persetujuan untuk membeli rumah tersebut.
Bayaran ini perlu dibuat melalui cheque atau online transfer atas nama SYARIKAT AGENCY HARTANAH dan bukannya atas nama individu, contohnya ABC Realty Sdn Bhd. Jadi, sila pastikan bila kita nak buat bayaran Booking, kita check dulu nombor akaun bank tersebut milik siapa.
Bila dah tandatangani Booking Form dan bayar Booking Fee, Syarikat Ejen Hartanah tadi akan memberikan kepada kita salinan Booking Form dan Resit sebagai bukti. Gunakan dokumen tersebut untuk loan application submission kepada pihak Bank.
Jika loan kita diluluskan, barulah kita proceed untuk step seterusnya iaitu menandatangani Sale & Purchase Agreement (SPA) bersama Peguam.
Tetapi, jika loan kita tidak diluluskan, maka Syarikat Agency Hartanah akan memulangkan semula Booking Fee tersebut kepada kita.
2) BALANCE DEPOSIT.
Setelah loan kita diluluskan oleh pihak Bank dan kita telah menandatangani Letter of Offer (Surat Tawaran Pinjaman), kita dikehendaki menandatangani SPA dan membayar p**a Baki Deposit sebanyak 7% kepada Peguam sebagai Pemegang Amanah (stakeholder). Peguam akan memegang Baki Deposit tersebut di dalam akaun stakeholder bagi pihak Penjual setelah ia di bayar oleh Pembeli tadi sehinggalah syarat2 yang perlu dipatuhi oleh Penjual dipatuhi.