14/06/2021
PANDUAN BELI APARTMENT
1. Beli apartment yang tak lebih dari 500 unit dalam satu bangunan. Semakin padat kediaman, semakin banyak masalah yang akan datang.
2. Elakkan beli unit yang bawah sekali, risiko kecurian dan kebersihan susah dikawal nanti.
3. Semakin tinggi kita beli semakin rendah tekanan air nanti.
4. Beli apartment yang status tanahnya kediaman dan bukan komersial. Bil utiliti, bayaran pengurusan jadi tinggi jika beli yang komersial nanti. Biasanya service apartments begini.
5. Jika dapat setiap tingkat tak lebih dari 10 unit rumah, semakin banyak rumah semakin banyak masalah aras tersebut nanti.
6. Unit kita jangan menghadap matahari petang (west) isteri kita akan seksi sepanjang malam. Untung masa depan π
7. Semak tahap keselamatan ada berapa peringkat, sebaiknya tak kurang dari 3 peringkat.
8. Pastikan apartment kita yang 3 bilik dan 2 bilik jangan beli yang kurang dari itu. Elakkan beli Soho, Sovo, Sofo, soto!
9. Jangan beli yang rendah silingnya, sebaiknya lebih dari 8'kaki tinggi. Bila pasang kipas agar tak terputus jari.
10. Pastikan ada ruang ampaian yang sesuai, takkan baju nak hantar dobi dan sidai diruang tamu nanti.
11. Jangan ambik unit dekat lif, kawasan lift selalu bising dan tempat pertemuan seluruh dunia. "Woi cepatlah, lift dah sampai!"
12. Beli dari pemaju yang terkenal dan ada nama, jangan beli yang baru nak buat kali pertama. Lawat projek lepas mereka, kualitinya bagaimana?
13. Semakin banyak fasiliti yang disediakan semakin baik, ada ruang gym, dewan, library dan ruang kawin lagi.
14. Pelan yang bagus ada dua zone ruang, satu ruang tamu, makan dan dapur, satu lagi zone privacy iaitu bilik kita dan keluarga. Sebaiknya ruang ini terasing.
15. Pastikan dapat parking, jika dapat 2 parking percuma lebih baik. Satu parking boleh disewakan bagi bawar duit selengara.
16. Jangan cepat ghairah nak beli, ada banyak kediaman strata dah siap belum terjual. Waktu ekonomi begini lebih baik beli yang dah siap. Buat apa ambil risiko terbengkalai kalau dah ada yang siap.
Jangan lupa minta hadiah percuma, zaman sekarang tak semua orang ada kuasa membeli. Tanyakan apa barang percuma boleh dapat. Kabinet dapur lebih istimewa!
Selamat membeli kengkawan, jangan mudah putus asa. Cari sampai jumpa, lambakan apartment makin banyak.
Cc: Azizul Azli Ahmad
Solehah Zulkefli
0109424102
Real Estate Negotiator
Hebat Realtors E(3)1641
Fb Page : Solehah Hartanah