03/03/2024
5 Tahun Terputus hubungan
Sedang mengejar waktu bergegas ke haram, dari jauh kelihatan sosok yang dikenali. Semakin dekat semakin yakin. Ya, tak salah betul lah dia.
Ma Liang!
Ma Liang!
Dua2 terkejut. 5 tahun berlalu tanpa khabar, tanpa cerita. Contact number pun sudah hilang. Lantas masing2 berpelukan. Masing2 gelak n tersenyum.
Dialah Ma Liang yang cool. Ma Liang yang ceria orangnya. Lembut bicaranya. Yang selalu bertanya khabar.
YA Sharif.. Keifa hal.. Kaifa umuruk.. Maza ta'mal huna..
Aku pun menyatakan tentang lintasan hati untuk bertemu kawan2 universiti dulu. Terutamanya dari China. Sosok2 pelajar China yang sangat friendly seperti Liu He, Chou Chou dan Ma kha Ming.
Betul, dugaan hati dan doa di Tanah Haram mustajab. Allah mendengar dan mengakbulkannya. Hajat untuk bertemu kesemuanya mustahil tapi pertemuan dengan Ma Liang setidaknya menjadi jalan pembuka mendapatkan contact number mereka semua.
Alhamdulillah 🤲
Dan harini aku nyatakan hasrat untuk makan siang di Mat'am Siini kepada Ma Liang. Terus lepas zohor notifikasi whatsapp masuk dan dipelawa ke suatu kedai makan mee tarik asli di sebuah lorong perumahan di kawasan Ajyad.
Enak dan pasti asli. Khas masakan Muslim China. Rupanya bukan kami berdua, ada sahabat China lain mutakharrijin dari Jamiah Islamiah juga. Abu Abdur Rahman. Tiada dlm gambar kerana haram taswir katanya. Ya lah kuliah hadith kan.😅
Beberapa minit sembang, lalu kami dihidangkan dengan Dabanji. Sejenis masakan Muslim China yang terdiri daripada isi kentang, beberapa ketul ayam yang dimasak dengan kuah kari khas China.
Ingatkan Dabanji, rupanya datang lagi sajian kedua yang memang dah lama mengidam, choumien!
Haza min nikmatillah!🙂
Silatur rahim dapat, makan pun dapat. Ini yang dikatakan rezeki bersahabat.
InsyaAllah akan ada siri pertemuan dan perbincangan berkisar tasrif haji. Abu Abdur Rahman mudir syarikah umrah dan haji China. Dia tanyakan jika2 ada ruang dan peluang untuk jemaah haji China kendaliannya mendapatkan visa haji dari mana2 broker Malaysia. Siapa tahu ada pintu rezeki dari musim haji p**a?
Apapun pertemuan dengan Ma Liang lebih bermakna dari soal makan dan tasrih haji tersebut ❤️❤️❤️❤️❤️