24/02/2024
Malam ni, antara lima malam mustajab berdoa.
Malam Nisfu Sya'ban
Malam pengampunan, malam pembahagian, malam mustajab berdoa, malam pembebasan api neraka.
Usah terlalu meminta dunia, tapi minta yang nilainya mahal disisi Allah, minta yang kekal abadi selamanya, bukan yang sementara.
Berikut adalah contoh doa mudah dalam Bahasa Melayu yang boleh dibaca pada Malam Nisfu Sya'ban.
๐ Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar, selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
๐ Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
๐ Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah ๏ทบ.
๐ Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah ๏ทบ, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
๐ Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
๐ Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
๐ Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
๐ Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
๐ Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
๐ Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
๐ Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
๐ Wahai Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan kepadaMu.
๐ Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu Muhammad ๏ทบ.
๐ Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu.
๐ Ya Allah, kurniakanlah kami rezeki yang tak disangka-sangka dari pelbagai sumber rezekiMu yang sangat luas. Moga dengan nikmat rezeki itu dapat menambah ketaatan, ketaqwaan, kesyukuran kami kepadaMu, dapat menambah infaq kami ke jalanMu serta dapat melunaskan hutang-hutang kami.
๐ Ya Allah kurniakanlah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.
๐ Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit-ungkit nikmat kurnikaanMu.
๐ Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
๐ Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
๐ Selamatkanlah aku dan keluargaku serta umat Islam dari Fitnah Dajjal.
๐ Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka.
๐ Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadaqatul Jariah.
๐ Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
๐ Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
๐ Ya Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
๐ Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
๐ Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
๐ Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu. ๐
๐ Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
๐ Ya Allah ampuni dan kurniakanlah rahmat dan kasihani ibu bapa kami yang telah menjaga kami ketika kami masih kecil lagi.
๐ Ya Allah, kami berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
๐ Ya Allah berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
Untuk dunia, minta yang terbaik dari Allah dan selamatkan kita di dunia dan di akhirat.
Hidupkan malam Nisfu Sya'ban bersama ahli keluarga dengan solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan perbanyakkan amal soleh.
Moga-moga Allah terima amalan kita, perkenankan doa-doa kita, Allah redha kita, Allah pilih kita, kurniakan husnul khotimah & masukkan kita ke dalam syurga firdaus bersama Rasulullah ๏ทบ.๐คฒ๐ค