FMI Property Advisor

FMI Property Advisor Professional Property Consultant

BP Group Perak

HOUSE | SHOP | LAND | SUBSALE | FACTORY | RENT

17/09/2025

🏑 π’π„πŒπˆ-𝐃 𝐂𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔 πƒπˆ πŠπ‹π„ππ€ππ† – πŒπ„π‘π”!

Tanah luas 35’ x 65’ πŸ”‘ 3 Bilik Tidur | 2 Bilik Air

πŸ’° Harga bermula dari RM320,000 SAHAJA
✨ Rebat Tunai Sehingga RM29,592

βœ… Ruang lebih luas (tanah tepi & belakang)
βœ… Kawasan tenang & strategik Klebang – Meru
βœ… Pinjaman mudah lulus – sesuai untuk keluarga muda

πŸ“ž Hubungi Farhan: 011-37358875
πŸ‘‰ Klik butang mesej sekarang untuk maklumat lanjut!

🎯 Siri: Soalan Pelik Tapi Real Pasal Hartanah #3 – β€œKalau saya bankrupt, boleh ke beli rumah cash?”Ramai ingat kalau dah...
31/05/2025

🎯 Siri: Soalan Pelik Tapi Real Pasal Hartanah

#3 – β€œKalau saya bankrupt, boleh ke beli rumah cash?”

Ramai ingat kalau dah muflis, tapi ada duit cash – boleh je terus beli rumah. Realitinya, tak semudah tu.

Bila dah diisytihar bankrap (muflis), segala aset & transaksi kewangan kita akan dikawal oleh Jabatan Insolvensi (MDI). Walaupun beli tunai, masih perlu dapatkan kelulusan dari Ketua Pengarah Insolvensi (DGI).

Tak boleh main beli je. Kalau langgar, pembelian tu boleh dibatalkan, dan duit pun boleh β€œbeku”.

Apa pilihan yang ada?
βœ… Selesaikan status bankrap dulu – bayar semua hutang, mohon pelepasan.
βœ… Atau kalau dah ada pembeli (contohnya pasangan), boleh guna nama dia – tapi dengan perancangan betul & nasihat peguam.

Farhan Mat Isa
– Ada duit pun tak cukup kalau nama dah hitam .

β€œNak Jual Rumah Cepat, Tapi Harga Letak Macam Rumah Datuk Bandar”Baru-baru ni, aku dapat satu listing rumah dari seorang...
28/05/2025

β€œNak Jual Rumah Cepat, Tapi Harga Letak Macam Rumah Datuk Bandar”

Baru-baru ni, aku dapat satu listing rumah dari seorang owner.

Rumah cantik, kawasan pun okay… tapi bila aku tanya nak letak harga berapa, dia jawab:

β€œSaya nak letak RM650k, sebab bank value pun RM620k.”

Aku terdiam.

β€œOwner, bank value RM620k tu market value, bukan harga wajib orang bayar,” aku cakap.
β€œKita letak RM650k, nanti buyer pun lari… lepas tu owner p**a stress kenapa takde orang datang tengok.”

Tapi owner balas dengan selamba:
β€œSaya nak cepat jual ni… kalau boleh minggu ni dapat buyer terus.”

Eh? πŸ€”

Nak cepat jual, tapi letak harga lebih dari market?
Mana datang logik tu bang?

Aku selalu jumpa kes macam ni. Owner fikir:

βœ… Rumah dia paling cantik dalam taman
βœ… Sebab dia dah tukar kabinet dapur RM10k, kena markup harga
βœ… Sebab jiran jual RM620k tahun lepas, dia rasa patut dapat lebih

Masalahnya, buyer bukan beli dapur. Buyer tengok harga + bank value + monthly installment.

Buyer sekarang bijak. Diorang akan banding dengan 4–5 rumah lain kat area sama. Kalau rumah kau mahal sangat β€” tinggal jela kat listing. Takde siapa nak call.

Realiti dalam hartanah ni senang je:

πŸ”Ή Kalau kau letak harga ikut market, boleh tarik minat buyer
πŸ”Ή Kalau harga terlalu tinggi, buyer tak tengok pun
πŸ”Ή Lagi lama rumah tu tak terjual, lagi banyak kos kau tanggung sendiri β€” loan, cukai, maintenance semua tu

Nak jual cepat bukan pasal nasib.
Ia pasal strategi β€” dan strategi bermula dengan harga yang betul.

So, untuk tuan rumah kat luar sana:
Kalau kau betul-betul nak jual rumah, dengar nasihat ejen.
Kami bukan saja tolong iklankan β€” kami kaji data, tengok permintaan, tengok bank value, dan bantu tetapkan harga yang masuk akal dan realistik.

Sebab kita pun nak tolong kau closing, bukan nak simpan listing buat perhiasan.

β€”

πŸ“© Kalau kau ada rumah nak jual, tapi tak pasti berapa market value sebenar β€” DM aku.

Aku boleh tolong semak dulu. Free je.
Harga tu seni, bro β€” jangan main hentam.

Farhan Mat Isa
-Ejen yang owner kurang s**a 😌

β€œSewa sampai pencen… sebab takut riba?”Aku faham. Ramai yang tak nak beli rumah sebab takut terjebak dengan riba.Niat tu...
27/05/2025

β€œSewa sampai pencen… sebab takut riba?”

Aku faham. Ramai yang tak nak beli rumah sebab takut terjebak dengan riba.
Niat tu baik. Tapi kadang-kadang kita salah faham konsep.

Sebenarnya, beli rumah guna bank Islam tak sama macam pinjam duit dengan bunga.
Bank Islam tak bagi loan semata-mata β€” dorang beli rumah tu dulu, lepas tu jual kat kita balik dengan harga yang dah siap markup.
Itu dipanggil jual beli, bukan riba.
Macam kita beli ayam kat pasar β€” tokei pasar beli murah, jual kat kita dengan untung. Sama je konsep.

Dan jujur cakap β€” menyewa pun ada β€˜kos’ dia.
Setiap bulan duit keluar, rumah tetap bukan kita punya. 10 tahun menyewa, dah keluar puluh ribu… tapi rumah tu tetap hak orang.

Kalau beli rumah:
βœ… Bayar bulan-bulan, lama-lama jadi hak sendiri
βœ… Boleh jadi aset & pelaburan
βœ… Harga rumah makin lama makin naik
βœ… Anak bini ada tempat stabil, tak risau kena halau
βœ… Dan yang penting β€” boleh buat secara patuh syariah, bukan semberono

Bukan semua hutang tu riba.
Yang penting, faham sistem dan pilih jalan yang betul.

Kalau tak tahu, tanya. Jangan biar takut buat kita rugi sampai tua.
Rumah ni bukan pasal gaya hidup je… ni pasal masa depan keluarga kau .
Kau yakin ke lepas kau mati nanti , anak bini kau boleh sambung bayar rumah sewa kau tu ?
Sewa tu okay, tapi beli rumah sendiri memang next level.

Moga kita semua diberi ilmu dan jalan untuk buat keputusan yang bukan saja bijak, tapi juga diberkati.
Kalau masih ragu-ragu, tak salah bertanya β€” asalkan jangan terus diam dan rugi sepanjang hayat. Bila kita tahu pilihan yang betul, kita boleh buat keputusan yang lebih bijak β€” dan lebih berkat, insyaAllah.




- Farhan Mat Isa

🏑 Beli Rumah Sekarang atau Tunggu? πŸ€”Ramai orang tanya soalan ni. Nak beli rumah sekarang ke tunggu harga turun? Jawapann...
25/05/2025

🏑 Beli Rumah Sekarang atau Tunggu? πŸ€”

Ramai orang tanya soalan ni. Nak beli rumah sekarang ke tunggu harga turun? Jawapannya: bergantung pada situasi anda. Tapi ini fakta yang ramai orang tak tahu:

βœ… Harga rumah jarang turun. Kalau turun pun, biasanya sekejap je β€” lepas tu naik balik.
βœ… Setiap tahun, kos bina rumah makin naik. Harga bahan mentah dan buruh naik, jadi pemaju takkan turunkan harga ses**a hati.
βœ… Interest rate boleh berubah. Sekarang mungkin rendah. Tapi kalau tunggu-tunggu, tiba-tiba naik, bayaran bulanan pun bertambah.

πŸ’‘ Kalau anda dah ada komitmen yang stabil, gaji tetap dan simpanan untuk deposit, itu dah cukup syarat untuk mula cari rumah.

Rumah bukan sekadar tempat tinggal β€” dia adalah aset jangka panjang. Lagi awal mula, lagi untung nanti.

Kalau nak tahu mana projek yang sesuai dengan bajet dan lokasi kerja anda, saya boleh bantu.
πŸ“² PM je saya. Konsultasi percuma. No pressure, kita sembang santai dulu. πŸ˜‰

Setiap kali buka WhatsApp, mesti ada je mesej macam ni:β€œBro, saya gaji bawah RM2k. Tapi nak rumah:βœ… Ada tanahβœ… Freeholdβœ…...
20/05/2025

Setiap kali buka WhatsApp, mesti ada je mesej macam ni:

β€œBro, saya gaji bawah RM2k. Tapi nak rumah:
βœ… Ada tanah
βœ… Freehold
βœ… Dekat Ipoh
βœ… Rumah baru siap, ada full tiles, kabinet dapur kalau boleh
βœ… Bajet bawah RM200k
βœ… Kalau boleh, nak corner lot”

Saya baca pun terdiam.
Ni permintaan rumah ke wishlist drama pukul 7 TV3?

Bro… kalau rumah macam ni ada, saya beli dulu. Duduk sekali dengan mak mertua pun sanggup πŸ˜‚

Kena terima realiti β€” sekarang ni rumah dekat bandar makin mahal.
Landed bawah RM200k, di pekan Ipoh? Memang rare.

Tapi posting ni bukan nak merendahkan sesiapa.
Bukan semua orang lahir terus mampu beli rumah besar. Saya sendiri pun bermula dari bawah.
Cuma penting untuk kita faham realiti pasaran, supaya tak kecewa dan boleh susun strategi betul-betul.

Kalau bajet terhad, kita boleh cari alternatif lain macam apartment, rumah subsale, atau kawasan baru yang tengah naik.

Kadang, rumah apartment RM200k tu boleh jadi stepping stone untuk 5 tahun akan datang.
Start small, upgrade later.

Yang penting: mula dulu.
Biar rumah kecik, janji nama ada atas geran.

Nak saya tolong cari rumah ikut bajet yang masuk akal ?
DM je terus. Kita bincang, tak payah malu. Kita team realistik 😎

Farhan Mat Isa
-Ejen yang bukan sekadar jual , tapi fahamkan dulu .

Sesi viewing hari ni di Bandar Baru Trong @ SOHO.Bantu client tengok sendiri potensi rumah yang bukan je cantik & moden,...
07/05/2025

Sesi viewing hari ni di Bandar Baru Trong @ SOHO.
Bantu client tengok sendiri potensi rumah yang bukan je cantik & moden, tapi juga boleh jadi aset jangka panjang.
Status commercial land, cashback sampai RM70k, dan semua kos ditanggung pemaju – memang peluang yang susah nak tolak.

Ditambah p**a dengan sekeliling akses mudah untuk ke lebuhraya WCE , Plus dan Wise - memang berbaloi untuk pelaburan .

Seronok bila client nampak sendiri β€˜value’ rumah ni depan mata.
Next, kita bantu sampai kunci di tangan!”

Farhan Mat Isa






β€œKenali Status Geran – Jangan Beli Buta-buta!”Sebelum beli rumah atau tanah, jangan tengok harga je β€” tengok juga status...
07/05/2025

β€œKenali Status Geran – Jangan Beli Buta-buta!”

Sebelum beli rumah atau tanah, jangan tengok harga je β€” tengok juga status geran! Ni antara status yang biasa jumpa:

1. Geran Individu
Hartanah dah dipecah geran ikut lot masing-masing. Mudah urus, mudah pindah milik. Ini yang paling ideal.

2. Geran Strata
Biasanya untuk rumah tinggi (kondo, apartment). Hak milik ikut unit. Kena ada management & ikut peraturan strata.

3. Geran Induk / Geran Kongsi
Tanah masih satu geran besar β€” belum pecah ikut nama. Kena berhati-hati, sebab nama atas geran mungkin bukan kau sorang. Risiko tinggi kalau tak kenal semua penama.

4. Geran Sementara (Geran Pajakan Baru Mohon)
Biasanya tanah baru mohon hak milik, belum ada geran kekal. Boleh beli, tapi pastikan semua dokumen sah & ada perjanjian hitam putih.

Tip ringkas:
Nak beli hartanah, bukan tengok lokasi je β€” geran pun kena perhati. Salah langkah, boleh makan tahun nak selesaikan.

Farhan Mat Isa



Address

NO 11A&B , PUSAT PERDAGANGAN , LENGKOK TASEK TIMUR 1A , TAMAN TASEK INDRA
Ipoh
31400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FMI Property Advisor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FMI Property Advisor:

Shortcuts

Share