22/06/2022
Kalau 100% loan macam mana? Kena bayar deposit jugak ke?
⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫
🔸Ada yang kata dah dapat 100% loan kenapa kena bayar jugak...kan semua dah masuk loan.
🔸Rumah ni tak macam kereta, hari ni jual, esok boleh order kilang balik.
🔸Every house is limited, anda takkan dapat yang sama view, size, no rumah, semua lain, so kalau dah terjual tu kira habis la.
🔸Walaupun dapat 100% loan, anda still kena bayar booking tanda jadi.
🔸Tanpa duit booking tanda jadi tu, mungkin pembeli boleh cancel sesuka hati, maklum la terjumpa rumah lain agaknya.
🔸Bila pembeli dah cancel, owner plak dah kehilangan buyer lain sebab menunggu loan buyer tadi lulus.
🔸Duit booking tu jugak untuk safety buyer, sebab jika owner plak yang cancel, owner kena bayar ganti rugi amount sama dengan buyer bayar.
🔸Jika dah bayar booking, sebenarnya duit tu dapat balik selepas loan disburse oleh bank.
🔸Jadi jangan risau, sediakan la duit booking/deposit secukupnya untuk beli rumah.
🔸Benda bernilai memang la susah nak dapat, bukan semua benda free di dunia ini..