30/07/2025
📑 Tahu Tak? SPA (Perjanjian Jual Beli) Sebenarnya Lindungi Anda!
Ramai pembeli rumah sign SPA tanpa faham isi kandungan penting. Berikut antara perkara PENTING dalam SPA (standard Schedule H untuk strata/individu):
🔧 1. Tempoh Tanggungan Kecacatan (Defect Liability Period – DLP)
✔️ Biasanya 24 bulan dari tarikh Serahan Milikan Kosong (VP)
✔️ Dalam tempoh ni, developer wajib baiki sebarang kecacatan tanpa kos
⏱️ 2. Tempoh Baiki oleh Developer
✔️ SPA menyatakan pemaju mesti baiki dalam 30 hari dari tarikh notis defect diterima
✔️ Jika tak baiki dalam masa itu, pembeli boleh baiki sendiri dan:
• Tuntut semula kos dari pemaju
• Potong daripada Retention Sum yang masih ditahan oleh peguam
💰 3. Retention Sum: Duit Backup Untuk Anda
✔️ 5% dari harga jual beli rumah
✔️ Dipegang oleh peguam pembeli (stakeholder)
✔️ Bayar kepada developer hanya bila tiada lagi defect selepas tamat DLP
✔️ Boleh digunakan untuk tuntutan pampasan jika developer enggan baiki
🛑 4. Pentingnya Pemeriksaan Awal
📌 Jika anda ubahsuai rumah sebelum lapor defect, pemaju boleh menolak tanggungjawab!
📌 Lantik Home Inspector berpengalaman untuk periksa awal & buat laporan rasmi.
✍️ SPA bukan sekadar dokumen legal — ia senjata untuk lindungi anda sebagai pembeli rumah.