07/09/2025
Sekadar perkongsian
Selaku REN, anda kena tahu benda basic begini.
Jangan terlompong beruk kalau kena tanya client masa nak sediakan proposal.
Perbezaan antara rumah strata (strata title house) dan rumah bertanah (landed house)
Rumah Strata (Kondo/Apartment) β Dari Segi Nilai
Apa yang best:
β’ Nilai rumah banyak bergantung pada lokasi & fasiliti β kalau dekat MRT, bandar, universiti atau hospital, memang senang orang nak sewa atau beli.
β’ Harga biasanya lebih mampu milik berbanding rumah landed kat kawasan sama. Jadi, lebih mudah nak masuk pasaran.
β’ Senang disewakan β pelajar, expat, dan orang kerja bandar memang s**a rumah jenis ni.
Apa yang kurang best:
β’ Kenaikan harga agak perlahan, sebab supply kondo banyak.
β’ Kalau pengurusan tak jaga atau bangunan dah lama, nilai rumah boleh jatuh. Lagi-lagi kalau kawasan tu banyak projek baru naik.
β’ Ada yuran maintenance bulanan, jadi untung bersih untuk pelabur jadi kurang.
π‘ Rumah Teres / Landed β Dari Segi Nilai
Apa yang best:
β’ Nilai tanah makin naik sebab tanah makin lama makin kurang. Jadi rumah landed ni memang ada appreciation jangka panjang.
β’ Hak milik individu, jadi lebih bebas & kukuh, tak perlu tunggu keputusan JMB/MC.
β’ Senang nak ubah suai β tambah dapur, extend ruang tamu, buat halaman. Semua tu boleh naikkan lagi nilai rumah.
β’ Lebih tahan inflasi, sebab tanah sentiasa ada permintaan.
Apa yang kurang best:
β’ Harga mula-mula lebih tinggi, jadi modal kena besar.
β’ Sewa tak seberapa kalau dibandingkan dengan harga rumah (yield rendah berbanding strata).
β’ Biasanya duduk jauh sikit dari bandar, jadi kalau kawasan tu tak cukup kemudahan, demand mungkin kurang laju.
So, sebagai seorang REN yang pakara, apakah proposal yang terbaik kepada client anda?
Kata pakar⦠kata pandai⦠sila sila sila⦠dijemput bagi pendapat anda !