09/05/2020
🏡🏡🏡FULL LOAN🏡🏡🏡
Ok..sy explain serba sedikit apa yg sy faham utk korang ye..sbb ramai yg salah faham ingat full loan xperlu keluar duit sesen pn..😂
SITUASI 1⃣ (Full Loan)
⏩Harga Jual sama dengan Harga Pasaran⏪
Harga Jual: RM300k
Harga Pasaran: RM300k
100% Loan dari Harga Pasaran: RM300k
Extra cash: ❌ Tiada ❌
Bayaran yang diperlukan:
1) Insurans MRTA/MRTT ✔
2) Yuran Guaman (Sale & Purchase Agreement@SPA) ✔
3) Yuran Guaman (Loan Agreement@LA) ✔
4) Valuation Report@VR ✔
Dalam situasi ini, bank akan memberikan pinjaman penuh @ FULL LOAN kepada pembeli mengikut Harga Pasaran, iaitu RM300k. Namun bagi pembiayaan insurans MRTA/MRTT, yuran guaman SPA, yuran guaman LA dan VR perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembeli (perlu sediakan cash sekurang-kurangnya 5%-10% untuk membiayai kesemua kos tersebut)
SITUASI 2⃣ (Full Loan)
⏩Harga Jual lebih rendah dari Harga Pasaran⏪
Harga Jual: RM270k
Harga Pasaran: RM300k
90% Loan dari Harga Pasaran: RM270k
Extra cash: ❌ Tiada ❌
Bayaran yang diperlukan:
1) Insurans MRTA/MRTT ❎
2) Yuran Guaman (Sale & Purchase Agreement@SPA) ✔
3) Yuran Guaman (Loan Agreement@LA) ❎
4) Valuation Report@VR ❎
Dalam situasi ini, pihak bank akan memberikan pinjaman sebanyak 90% dari Harga Pasaran, bersamaan RM270k (Harga Jual). Tetapi pembeli tidak perlu menanggung pembiayaan bagi insurans MRTA/MRTT, yuran guaman LA dan VR kerana kebiasaannya ketiga-tiga pembiayaan ini adalah termasuk didalam pakej 90% pinjaman yang diberikan oleh pihak bank(rajinkan diri bertanya bank-bank berdekatan, tak semua bank ada pakej ni..jadilah pembeli yang bijak)
SITUASI 3⃣ (Full loan ➕ Extra Cash)
⏩Harga Jual lebih rendah dari Harga Pasaran⏪
Harga Jual: RM250k
Harga Pasaran: RM300k
100% Loan dari Harga Pasaran: RM300k
Extra Cash: 💵💵RM50k💵💵
Bayaran yang diperlukan:
1) Insurans MRTA/MRTT ✔
2) Yuran Guaman (Sale & Purchase Agreement@SPA) ✔
3) Yuran Guaman (Loan Agreement@LA) ✔
4) Valuation Report@VR ✔
Dalam situasi ini, bank akan memberikan pinjaman penuh @ FULL LOAN kepada pembeli mengikut Harga Pasaran, iaitu RM300k. Namun bagi pembiayaan insurans MRTA/MRTT, yuran guaman SPA, yuran guaman LA dan VR perlu ditanggung sepenuhnya oleh pembeli (perlu sediakan cash sekurang-kurangnya 5%-10% untuk membiayai kesemua kos tersebut)
❗❗❗choppppp❗❗❗
✔Jangan lupa, anda ada EXTRA CASH hasil lebihan pinjaman tadi untuk membuat pembiayaan kesemua kos tadi. Jangan korang guna buat joli katak lak ye..😎
Dalam situasi 1⃣ 2⃣ 3⃣, yang mana jadi pilihan anda❔❔❔
Jadilah pembeli/ejen yg bijak semasa proses rundingan bersama tuan hartanah..cuba runding untuk dapat sehingga BELOW MARKET VALUE..dan minta izin tuan empunya hartanah untuk membuat pinjaman mengikut harga pasaran..✌✌✌
Nota kaki:
📝 Walaupun istilah FULL LOAN, korang tetap perlu sediakan sejumlah CASH..apa korang ingat peguam buat kerja free ke???so,paham-paham jela ye..nak beli rumah,walaupun FULL LOAN, tolong sediakan sedikit CASH..kalau takda, sila tambah income..✌
Nak beli/jual/sewakn rumah anda??
Jgn malu dan segan
Whasap saya Aim Rahim 0107892377