20/12/2020
Beberapa hari lepas ada rakan FB forward pada saya gambar iklan jualan tanah lot bayaran secara ansuran.
Beliau minta saya komen. Adakah cara jual beli tanah lot sebegini sah dari segi undang-undang atau berisiko?
Saya nak komen lanjut saya tidak dapat fakta yang tepat tentang kes tersebut.
Cuma pesan saya, bagi seseorang yang ingin beli tanah lot, perkara pertama yang anda kena pastikan adalah - PASTIKAN TANAH LOT ITU SUDAH ADA GERAN INDIVIDU BERSTATUS BANGUNAN.
Sebelum ni pun saya dah selalu sangat pesan perkara ini. Inilah THE MOST IMPORTANT BASIC THING yang anda kena pastikan terlebih dahulu.
Kalau awal awal kita dapati tanah itu tiada geran individu berstatus bangunan, elakkanlah beli.
Tetapi sekiranya tanah lot itu sudah ada geran individu berstatus bangunan, tentang bayaran jual beli secara ansuran itu masih boleh dibincangkan.
Cuma perlulah dipastikan peringkat bayaran dan cara bayaran harga jual beli itu dinyatakan secara jelas di dalam perjanjian jual beli.
Dan yang paling mustahak, LANTIKLAH PEGUAM ANDA SENDIRI yang anda boleh percayai untuk mewakili anda dalam urusan jual beli tersebut walaupun penjual kata mereka sudah sediakan peguam.
Peguam anda sudah pasti akan melindungi hak dan kepentingan anda dalam urusan jual beli tersebut.
Sebenarnya tak susah pun. Dan tak perlu bimbang sangat.
Jika anda dah ada ilmu asas yang teguh dalam jual beli hartanah, datanglah apa jua iklan sekalipun, anda dah tahu apa yang patut anda buat dan keputusan yang anda buat kelak adalah berdasarkan ilmu perundangan yang sebenar. Bukannya sekadar ikut orang lain sahaja.
Belajar prosedur jual beli tanah lot disini.
Nak tahu tips dan prosedur urusan jual beli setiap kategori hartanah, bolehlah baca ebook ini. Siap ada sampel dokumen lagi sebagai rujukan dan panduan. Sangat mudah nak faham.