06/04/2025
Cuba bayangkan hasil duit simpanan, dari bertahun-tahun kerja hilang macam tu jaa. Ini yang terjadi pada seorang client saya.
Al kisah En. Wan bekas pekerja kilang yang baru bersara 2 tahun lepas, lama dah beliau rancang nak beli rumah.
Cari punya cari, akhirnya jumpa rumah yang beliau berkenan rumah itu di diami owner dan di uruskan oleh property agent.
Lepas viewing Agent dan owner setuju untuk jual rumah tersebut dengan harga 480k, dan pada mulanya En. Wan pun setuju.
Seminggu berlalu En. Wan cuba untuk berbincang direct owner untuk dapat harga yang lebih murah dan owner pun setuju untuk jual pada harga 400k dengan syarat deposite sebanyak 25k.
Kerana terlalu teruja, tanpa berfikir panjang En. Wan keluarkan 25k hasil simpanan dan serahkan kepada owner. Lepas 2 bulan owner senyap walaupan daa berkali-kali En. Wan call tapi tiada respon. "Banyak kali daa saya pergi ke rumah tu namun kunci, bila panggil pun tiada orang" kata En. Wan.
Bila tanya jiran sebelah owner daa sebulan tinggalkan rumah tersebut. Terkesima En. Wan deposite 25k yang beliau bagi pada owner lesap bergitu saja. Buat report polis pun tak berguna sebab tiada perjanjian hitam putih.
Banyak sebenarnya kes-kes camni berlaku biasanya berpunca dari kurang ilmu. Kalau nak beli rumah direct owner tak ada masalah cuma perlu banyak membaca, tanya pada orang yang lebih banyak pengalaman kalau tak deposite hangus macam tu jaa.
Tapi kalau korang tak ada masa untuk belajar atau uruskan dokumen-dokumen simple jaa korang cari laa agent untuk uruskan.