15/08/2023
π°ππ©ππ€ππ‘ πππ§π’π¬ ππ’π§π£ππ¦ππ§ πππ§π ππ’πππ°ππ«π€ππ§ π¨π₯ππ‘ πππ§π€-πππ§π€ ππ’ πππ₯ππ²π¬π’π?
1. π·πππππππ π©ππππππππ π¨πππ
Ianya adalah sejenis pinjaman dengan jadual pembayaran yang tetap. Sepanjang tempoh pinjaman, jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar adalah sama dan seragam.
Ianya tidak sefleksibel seperti jenis pinjaman lain. Anda tidak boleh mengurangkan tempoh pinjaman dengan lebihan pembayaran (advance payment) sekaligus tidak akan dapat mengurangkan kadar faedah yang dikenakan. Bayaran ini dianggap sebagai pra-pembayaran untuk bulan yang akan datang.
2. π·πππππππ πΊπππ-ππππππ
Pinjaman jenis ini adalah lebih fleksibel dari jenis yang pertama jika anda hendak menyimpan wang anda dalam jangka masa yang lama. Lebihan bayaran (advance payment) yang dilakukan secara langsung akan mengurangkan pinjaman prinsipal sekaligus mengurangkan jumlah faedah. Tempoh pinjaman juga boleh dikurangkan.
3. π·πππππππ ππππππ π·ππππ
Pinjaman jenis fleksi penuh mempunyai ciri-ciri yang sama dengan pinjaman semi-fleksi dengan satu ciri tambahan iaitu boleh mengeluarkan (withdraw) lebihan bayaran pada bila-bila masa tanpa cas tambahan.
Selain itu, akaun pinjaman perumahan akan diselaraskan dengan akaun semasa. Setiap bulan, amaun ansuran ditolak secara automatik daripada akaun semasa.
Kebanyakan bank akan mengenakan yuran bulanan untuk kemas kini akaun semasa. Bayaran ini biasanya antara RM5 hingga RM10. Namun begitu, tak semua bank menawarkan pinjaman fleksi.
4. π·πππππππ πΉππππ π°ππππππ
Beza pinjaman rumah Islamik patuh Syariah dengan tiga jenis pinjaman rumah konvensional sebelum ini adalah pinjaman jenis ini berfungsi atas transaksi bebas faedah dengan menuruti konsep Murabahah yang terletak di bawah prinsip-prinsip Syariah.
Bank akan membeli rumah pada harga yang ditawarkan lalu menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan keuntungan mengikut ketetapan bank. Melalui cara ini, unsur riba dari transaksi dihilangkan.
Tiada syarat keagamaan untuk memohon pinjaman ini: Orang Islam dan bukan Islam sama-sama boleh memohon.
Nahh, sekarang anda dah tahu jenis-jenis pinjaman rumah. Bolehlah pilih jenis pinjaman apa yang sesuai dengan keadaan kewangan andaπ
π¨ππΌπ―β! π―π¨πΉπ»π¨π΅π¨π―.