Your Dream House Consultant

Your Dream House Consultant I am here to help you every step of the process buying, selling or renting your property

ROI 8% Project ๐Ÿ”ฅ ใ€SOLARIS MONT KIARA LAST PRIME LANDใ€‘Walk 1 min to ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐ฌ ๐Œ๐จ๐ง๐ญ ๐Š๐ข๐š๐ซ๐š food street โœจ Price only starting ...
02/06/2023

ROI 8% Project ๐Ÿ”ฅ ใ€SOLARIS MONT KIARA LAST PRIME LANDใ€‘Walk 1 min to ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐ฌ ๐Œ๐จ๐ง๐ญ ๐Š๐ข๐š๐ซ๐š food street โœจ Price only starting from ๐‘๐Œ๐Ÿ’๐˜…๐˜…๐Šโ€ผ๏ธ
The BEST part is that the whole design of the project is replicated from ๐„๐ฎ๐ซ๐จ๐ฉ๐ž๐š๐ง ๐ฉ๐š๐ฅ๐š๐œ๐ž ๐š๐ซ๐œ๐ก๐ข๐ญ๐ž๐œ๐ญ๐ฎ๐ซ๐ž๐Ÿ‘‘ You can experience European aristocratic lifestyle every day๐Ÿฅณ Live here and you'll be like ๐๐”๐„๐„๐ & ๐Š๐ˆ๐๐†๐Ÿคฉ
ใ€๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐’๐จ๐ฅ๐š๐ซ๐ข๐ฌ ๐ง๐ž๐ฐ ๐ซ๐ž๐š๐ฅ ๐ž๐ฌ๐ญ๐š๐ญ๐ž ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐œ๐ญใ€‘Over here Daily Necessities ๐Ÿ”, Entertainment ๐ŸŽฌ, Shopping๐Ÿ›๏ธ All can be done within 5-10 mins distance only
๐Ÿ‘‰Walk 1 min to food street
๐Ÿ‘‰2 mins to international school
๐Ÿ‘‰6 mins to Publika shopping mall
๐Ÿ‘‰Connect with through major highways: PLUS, DUKE, SPRINT, KERINCHI, NKVE & LDP
Donโ€™t miss out on this project in Solaris Mont Kiara with ๐Ÿด% ๐—ฅ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—น ๐—ฅ๐—ข๐—œโ€ผ๏ธ
๐—–๐—น๐—ถ๐—ฐ๐—ธ ๐—ช๐—ต๐—ฎ๐˜๐˜€๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ ๐—•๐˜‚๐˜๐˜๐—ผ๐—ป to get more information ๐Ÿ“ฒ
www.wasap.my/60137136200/SolarisMontKiara

Tips Pemilihan MozekJom ikuti tips perbandingan dan sedikit ulasan tentang pemilihan saiz mozek ini.i. Sebagai tuan ruma...
19/10/2022

Tips Pemilihan Mozek

Jom ikuti tips perbandingan dan sedikit ulasan tentang pemilihan saiz mozek ini.
i. Sebagai tuan rumah perlu menitikberatkan banyak aspek sebelum membuat keputusan untuk memasang mozek di rumah baru nanti.

ii. Pemasangan Mozek Besar memerlukan kepakaran yang betul kerana ianya sangat sukar. Pemasangan mozek bersaiz besar 2โ€™x 2โ€ฒ dan ke atas melibatkan proses yang lebih rumit berbanding mozek bersaiz kecil.

iii. Disebabkan oleh faktor saiz, proses pemasangannya berbeza untuk mengelakkan masalah mozek tercabut (meletup) /crack di kemudian hari.

1) Mozek Saiz Kecil

(a) Kelebihan dan Cara Pemasangan:
โ€“ Menggunakan hanya simen biasa bagi melekatkan mozek
โ€“ Harga yang lebih murah, banyak pilihan, mudah untuk pemasangan
โ€“ Ketahanan โ€“ tiada masalah /risiko meletup

(b) Kekurangan / Kelemahan
โ€“ Design mozek โ€“ bentuk kecil-kecil (ada yang tak berkenan)

2) Mozek Saiz Besar

(a) Kelebihan dan Cara Pemasangan:
โ€“ Perlu dilumur dahulu dengan campuran simen gam dan latex atau dikenali sebagai susu mozek.
โ€“ Campuran ini akan menjadi agen untuk melekatkan mozek dengan kuat pada lantai.
โ€“ Design dan patern yang pelbagai jenis serta mempunyai finishing cantik dan menarik

(b) Kekurangan / Kelemahan :
โ€“ Ketahanan โ€“ ada risiko tercabut (meletup) /crack untuk jangka masa beberapa tahun
โ€“ Harganya lebih mahal, banyak gred dan mempunyai kos tambahan
โ€“ Kos pemasangan untuk tukang tinggi berbanding mozek saiz kecil

Semoga tips ini membantu para owner rumah dalam membuat pilihan mozek.

Nak buat urusan jual beli hartanah? Hubungi saya kina di 013 713 6200
www.wasap.my/60137136200/nakbelirumah

TIPS RUMAH KEKAL WANGIJom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalka...
16/10/2022

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Jom wangikan rumah...sis belek2 baca diinternet dan jumpa 4 tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai2. Good luck you all and good luck to me ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot โค

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum

2. Kilatkan Lantai Rumah โค
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3.Wangikan Rumah โค
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

4. Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba ๐Ÿ˜Š

Kredit : Nik Zainah Muhammad

14/10/2022

Apa Syarat Mohon Pinjaman Perumahan?

Jika anda bekerja di sektor awam jangan lepaskan peluang membeli rumah kerana pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan pinjaman bank kepada anda semua. Sebelum memohon pinjaman bank pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

โ—พBertaraf warganegara Malaysia.
โ—พSedang bekerja dan mempunyai taraf jawatan tetap dalam sektor awam.
โ—พTelah disahkan jawatan dalam perkhidmatan.๏‚ท
โ—พTempoh berkhidmat sekurang-kurangya satu tahun.
โ—พBorang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara atau tamat tempoh berkhidmat.
โ—พTidak diisytiharkan muflis atau terlalu banyak hutang atau pemakan gaji yang tidak berkemampuan atau dalam proses tidakan tatatertib atau masih bekerja secara kontrak.
โ—พPerjanjian jual beli disaksikan peguam.
โ—พPinjaman bersama suami isteri โ€“ pinjaman ambil alih antara suami dan isteri/pinjaman dua nama dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) wajib melampirkan dokumen yang diperlukan iaitu sijil nikah atau pendaftaran perkahwinan yang telah disahkan oleh majikan pemohon.

2. Pemohon yang bekerja sendiri

โ—พSalinan kad pengenalan.
โ—พSalinan penyata bank untuk 6 bulan terkini.
โ—พSalinan penyata cukai pendapatan LHDN atau cukai pendapatan bagi tempoh dua tahun terakhir melibatkan perniagaan beserta bukti resit bayaran cukai.
โ—พSalinan SSM.
โ—พSalinan penyata selama 6 hingga 12 bulan terakhir yang menunjukkan bukti pendapatan termasuk komisen / elaun tambahan / kerja lebih masa /dan yang berkaitan.
โ—พSalinan penyata pencen tiga bulan terakhir (yang berkenaan).
โ—พSalinan penyata ASB / Tabung Haji yang menunjukkan baki terakhir simpanan (jika anda).

3. Pekerja Swasta

โ—พSalinan kad pengenalan.
โ—พSalinan penyata slip gaji (tiga bulan terkini).
โ—พPenyata KWSP terkini.
โ—พPenyata bank (tiga bulan terkini)

Nak semak kelayakan pinjaman anda? Jangan segan2 contact saya - 013 713 6200 (kina)

Address

Johor Bahru

Telephone

+60137136200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Your Dream House Consultant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category