22/08/2021
Kepada Semua Pembeli Rumah yang Guna Loan, Sila Ambil Tahu Berkenaan Perlindungan MRTT Loan Anda.
MRTT ni ringkasnya insurans/takaful yang akan selesaikan loan sekiranya peminjam meninggal dunia.
Namun banyak kes yang berlaku, ada MRTT tetapi tidak cover sepenuhnya loan yang dibuat. Apa kesan nya?
BACA REAL CASE STUDY DI BAWAH.
Details Loan: RM212,014, 35 Tahun (420bulan), interest 4.55%.
MRTT: RM212,014, 15 Tahun (180bulan).
Maksudnya apa? Loan rumah hanya dicover sekiranya peminjam meninggal dalam tempoh 15 tahun sahaja.
So apa yang berlaku sekiranya peminjam meninggal dunia pada tahun ke-16 bersamaan bulan ke-181 dan ke atas?
Baki loan sudah tak di lindungi MRTT. Tak lain tak bukan waris lah yang perlu selesaikan baki loan tersebut.
Berapa anggaran baki loan yang waris perlu selesaikan jika peminjam meninggal dunia pada tahun ke-16 dan ke atas?
Rujuk table di bawah, yang di highlight kan adalah bulan pertama (bulan ke-181) dimana loan sudah tidak lagi dilindungi MRTT.
Loan masih lagi berbaki lebih kurang RM158K lagi dan seterusnya.
Ini lah jumlah yang waris perlu bersedia untuk selesaikan bagi mengelakkan rumah dilelong.
Persoalan nya apakah persediaan kita bagi mengelakkan rumah dilelong sehingga anak dan isteri hilang tempat berlindung?
Jika dah ada simpanan sekurangnya RM150k, alhamdulillah. Jika tidak, bertindak lah segera buatkan hibah takaful untuk mereka.
Jadi, cuba semak semula offer letter dan sijil takaful korang sementara ada masa hujung minggu ni.
Jika perlukan bantuan untuk review, jangan segan pm saya.