Aribina Properties Sdn Bhd

Aribina Properties Sdn Bhd ππ€πŠπ€π‘ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π‹πŽπ“ 𝐍𝐎.𝟏 𝐀𝐍𝐃𝐀. πŒπ„πŒππ€ππ“π” πŒπ„π‘π„π€π‹πˆπ’π€π’πˆπŠπ€π πˆπŒππˆπ€π π”ππ“π”πŠ πŒπ„πŒπˆπ‹πˆπŠπˆ π‹πŽπ“ πŠπ„πƒπˆπ€πŒπ€π πŒπ€πŒππ” πŒπˆπ‹πˆπŠ

πŠπ„ππ€ππ€ π“π€πŠ ππŽπ‹π„π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 ππˆππ€ π‘π”πŒπ€π‡?Ramai pemilik tanah ingat bila dah ada geran tanah, boleh terus bina apa saja atas tan...
10/09/2026

πŠπ„ππ€ππ€ π“π€πŠ ππŽπ‹π„π‡ 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 ππˆππ€ π‘π”πŒπ€π‡?

Ramai pemilik tanah ingat bila dah ada geran tanah, boleh terus bina apa saja atas tanah tersebut.

Kalau tanah masih berkategori pertanian, tetapi anda bercadang nak bina rumah, kedai, kilang atau pembangunan lain, mungkin anda perlu melalui proses Tukar Syarat Tanah / Tukar Kegunaan Tanah terlebih dahulu.

Antara perkara yang perlu difahami:

πŸ”Ή Ada kos, masa & kelulusan
Proses melibatkan bayaran, tempoh pemprosesan dan kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

πŸ”Ή Bukan semua tanah mudah diluluskan
Ia bergantung kepada dasar perancangan, zon, keperluan teknikal dan kesesuaian kawasan.

πŸ”Ή Kegunaan tanah perlu selari dengan perancangan kawasan
Contohnya, daripada pertanian β†’ bangunan, tertakluk kepada syarat dan kelulusan.

πŸ”Ή Jangan terus buat pembangunan sebelum semak status tanah
Silap langkah boleh menyebabkan masa dan kos terbuang.

πŸ“Œ Nak tahu tanah anda boleh tukar syarat atau tidak?
Jangan agak-agak. Semak dahulu sebelum buat keputusan.

Layari laman web kami
www.aribina.com

ππ€πŒππ€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“π€ππˆ πŠπ„ππ€ππ€ ππ„π‹π”πŒ 𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃?Ramai yang melihat pelan tanah dan tertanya-tanya, "Kenapa ada jalan dalam pe...
09/09/2026

ππ€πŒππ€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“π€ππˆ πŠπ„ππ€ππ€ ππ„π‹π”πŒ 𝐖𝐔𝐉𝐔𝐃?

Ramai yang melihat pelan tanah dan tertanya-tanya, "Kenapa ada jalan dalam pelan tetapi di lokasi sebenar masih belum dibina?"

Sebenarnya, laluan tersebut dikenali sebagai jalan simpanan, iaitu laluan yang telah dirancang dalam pelan pembangunan untuk kegunaan pada masa hadapan. Ia diwujudkan bagi memastikan akses yang lebih teratur apabila kawasan tersebut berkembang dan dibangunkan kelak.

Jalan simpanan tidak semestinya telah dibina atau diturap. Ia mungkin masih berupa tanah kosong atau kawasan yang belum dibuka, namun kedudukannya telah diperuntukkan dalam pelan bagi tujuan pembangunan masa depan.

Memahami perkara ini sangat penting sebelum membeli tanah kerana ia membantu anda mengenal pasti akses yang bakal tersedia serta potensi pembangunan di sekitar kawasan tersebut. Jangan keliru antara jalan simpanan dan jalan sedia ada kerana kedua-duanya mempunyai fungsi dan status yang berbeza.

Sebagai pembeli yang bijak, pastikan anda memahami setiap maklumat dalam pelan tanah sebelum membuat keputusan. Pengetahuan yang tepat hari ini mampu mengelakkan kekeliruan dan memberi keyakinan untuk pelaburan masa depan.

Layari laman web kami
www.aribina.com

πŠπ„π‹πˆπ‘π” ππˆπ‹πˆπ‡ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π˜π€ππ† π’π„π’π”π€πˆ?Memilih tanah bukan sekadar melihat harga atau keluasan semata-mata. Lokasi, akses jalan,...
08/09/2026

πŠπ„π‹πˆπ‘π” ππˆπ‹πˆπ‡ 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π˜π€ππ† π’π„π’π”π€πˆ?

Memilih tanah bukan sekadar melihat harga atau keluasan semata-mata. Lokasi, akses jalan, status tanah, kemudahan sekitar dan potensi masa depan semuanya memainkan peranan penting dalam menentukan sama ada sesuatu lot itu benar-benar sesuai untuk anda atau tidak.

Di Aribina Properties, kami faham setiap pelanggan mempunyai impian dan keperluan yang berbeza. Sebab itu kami sentiasa bersedia membantu anda menilai pilihan yang ada agar anda tidak tersalah langkah dalam membuat keputusan yang besar ini.

✨ Sama ada anda mencari lot untuk membina rumah idaman, sebagai pelaburan masa depan atau untuk kegunaan keluarga, kami akan bantu anda mendapatkan pilihan yang tepat mengikut bajet dan perancangan anda.

Jangan biarkan kekeliruan menghalang impian anda memiliki tanah sendiri. Dapatkan khidmat nasihat daripada pasukan kami dan temui lot yang benar-benar sesuai untuk anda.

Layari laman web kami
www.aribina.com

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 ππˆπ‰π€πŠ ππ„π‘πŒπ”π‹π€ πƒπ€π‘πˆ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐏𝐀𝐓Dalam pelaburan hartanah, bukan sekadar soal membeli tanah atau memiliki ...
07/09/2026

𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 ππˆπ‰π€πŠ ππ„π‘πŒπ”π‹π€ πƒπ€π‘πˆ π‹π€ππ†πŠπ€π‡ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐏𝐀𝐓

Dalam pelaburan hartanah, bukan sekadar soal membeli tanah atau memiliki aset. Yang lebih penting adalah bagaimana kita merancang setiap langkah supaya pelaburan yang dibuat memberi manfaat untuk jangka panjang.

Ibarat bermain catur, setiap langkah perlu difikirkan dengan teliti. Begitu juga dengan hartanah β€” lokasi, harga, status tanah, potensi kawasan dan perancangan masa hadapan semuanya perlu diambil kira sebelum membuat keputusan.

Jangan terburu-buru mengejar peluang. Fahami, nilai dan rancang terlebih dahulu. πŸ‘πŸ“ˆ

Kerana pelaburan yang baik bukan tentang siapa yang paling cepat bertindak, tetapi siapa yang paling bijak membuat keputusan.

✨ Rancang hari ini, bina aset untuk masa hadapan.

Layari laman web kami
www.aribina.com

𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 π‰π”πŒπ€π€π“ πƒπ€π‘πˆ π€π‘πˆππˆππ€ ππ‘πŽππ„π‘π“πˆπ„π’Masa adalah antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Setiap de...
04/09/2026

𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 π‰π”πŒπ€π€π“ πƒπ€π‘πˆ π€π‘πˆππˆππ€ ππ‘πŽππ„π‘π“πˆπ„π’

Masa adalah antara nikmat terbesar yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Setiap detik yang berlalu tidak akan pernah kembali.

Allah SWT berfirman:

β€œDemi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.”
(Surah Al-β€˜Asr: 1–2)

Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar dunia, sehingga terlupa untuk mempersiapkan bekalan akhirat. Hari berganti hari, usia semakin bertambah, tetapi amal masih begitu-begitu sahaja.

Jangan tunggu masa lapang untuk berubah. Jangan tunggu usia tua untuk mula beribadah. Gunakan masa yang ada hari ini untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki diri dan melakukan kebaikan.

Kerana masa yang telah berlalu adalah sejarah, masa yang akan datang belum tentu milik kita. Yang kita ada hanyalah saat ini.

Layari laman web kami
www.aribina.com

ππ€πŠ 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π’π„ππƒπˆπ‘πˆ? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 β€œππ€ππ“πˆβ€Ramai orang fikir nak beli tanah bila dah kahwin, bila dah ada anak, bila ga...
03/09/2026

ππ€πŠ 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 π’π„ππƒπˆπ‘πˆ? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 β€œππ€ππ“πˆβ€

Ramai orang fikir nak beli tanah bila dah kahwin, bila dah ada anak, bila gaji dah besar atau bila kewangan dah betul-betul stabil.

Tapi sebenarnya, masa terbaik untuk mula cari tanah adalah ketika kita masih mampu merancang dan membuat persediaan awal.

Sebelum berkahwin, tanah boleh jadi satu persediaan untuk rumah impian. Bila dah mula bekerja dan ada pendapatan tetap, kita boleh mula bina aset sendiri. Dan yang paling penting, jangan tunggu terlalu lama sampai harga tanah semakin meningkat.

Tak semestinya terus beli hari ni. Mula dengan mencari, survey lokasi, bandingkan harga dan faham kemampuan kewangan sendiri. Dari situ, barulah kita boleh buat keputusan dengan lebih yakin.

Sebab tanah bukan sekadar tempat nak bina rumah. Ia juga boleh menjadi aset untuk masa depan. 🌱

Layari laman web kami
www.aribina.com

𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‘π€ 𝐈𝐍𝐈Ramai yang tahu pasal cukai tanah, tapi masih ramai yang tertanya-tanya tentang cu...
02/09/2026

𝐃𝐀𝐇 𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 ππ„π‘πŠπ€π‘π€ 𝐈𝐍𝐈

Ramai yang tahu pasal cukai tanah, tapi masih ramai yang tertanya-tanya tentang cukai taksiran. Sebenarnya, cukai taksiran ni ialah bayaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ke atas hartanah atau pegangan dalam kawasan pentadbiran mereka.

Kadar bayaran p**a tak semestinya sama untuk semua orang. Ia boleh bergantung kepada lokasi, jenis pegangan, keluasan tanah dan pembangunan di sesuatu kawasan.

Kalau kawasan tanah atau rumah kita memang dah berada dalam kawasan yang dikenakan cukai taksiran, pastikan bayaran dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan. Jangan tunggu sampai tertunggak, nanti boleh jadi masalah di kemudian hari.

Kalau anda baru nak beli tanah atau dah memiliki hartanah, ambil tahu juga tentang cukai taksiran ni. Bukan sekadar tahu harga tanah sahaja, tapi kena tahu juga tanggungjawab sebagai pemilik.

Layari laman web kami
www.aribina.com

π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ 𝐁𝐀𝐑𝐔, πˆπŒππˆπ€π 𝐁𝐀𝐑𝐔Hakikatnya, setiap impian besar bermula dengan satu langkah kecil. Memiliki sebidang tanah mu...
01/09/2026

π’π„ππ“π„πŒππ„π‘ 𝐁𝐀𝐑𝐔, πˆπŒππˆπ€π 𝐁𝐀𝐑𝐔

Hakikatnya, setiap impian besar bermula dengan satu langkah kecil. Memiliki sebidang tanah mungkin belum menjadi kenyataan hari ini, tetapi tidak salah untuk mula menyimpan impian itu dari sekarang.

Kerana di atas sebidang tanah itulah boleh terbinanya rumah idaman, tempat membesarkan keluarga, dan legasi untuk generasi akan datang.

Jangan pernah takut untuk bermimpi. Apa yang hari ini sekadar angan-angan, suatu hari nanti boleh menjadi kenyataan dengan usaha, perancangan dan kesabaran.

September ini, mulakan dengan sebuah impian. Mungkin impian memiliki sebidang tanah yang bakal mengubah masa depan anda.

Layari laman web kami
www.aribina.com

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi sebuah amanah yang diwariskan hasil pengor...
31/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŠπ„-πŸ”πŸ—

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi sebuah amanah yang diwariskan hasil pengorbanan para pejuang terdahulu. Nikmat keamanan, perpaduan dan kebebasan yang kita kecapi hari ini hadir bersama tanggungjawab untuk terus memelihara dan mempertahankannya.

Bunga melur di atas para,
Harum mewangi di waktu pagi,
Tanah air jangan dilupa,
Tempat berbakti hingga ke mati.

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat cinta akan tanah air, menghargai jasa para pejuang serta memperkukuhkan perpaduan demi Malaysia yang lebih maju dan sejahtera.

Selamat Hari Merdeka Ke-69.

Layari laman web kami
www.aribina.com

𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 π‰π”πŒπ€π€π“ πƒπ€π‘πˆ π€π‘πˆππˆππ€ ππ‘πŽππ„π‘π“πˆπ„π’Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi yang bole...
28/08/2026

𝐏𝐄𝐒𝐀𝐍𝐀𝐍 π‰π”πŒπ€π€π“ πƒπ€π‘πˆ π€π‘πˆππˆππ€ ππ‘πŽππ„π‘π“πˆπ„π’

Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai situasi yang boleh menimbulkan prasangka terhadap orang lain. Namun Islam mengajar kita untuk sentiasa menjaga hati dan menjauhi sangkaan yang tidak berasas kerana ia boleh merosakkan hubungan, menimbulkan permusuhan dan mengundang dosa.

Firman Allah SWT mengingatkan kita agar menjauhi kebanyakan sangkaan kerana sebahagiannya adalah dosa. Sebelum membuat kesimp**an, berilah ruang untuk memahami keadaan sebenar dan sentiasalah melihat sesuatu dari sudut yang baik. Kadangkala apa yang kita sangkakan tidak sama dengan hakikat yang berlaku.

Sempena hari Jumaat yang penuh keberkatan ini, marilah kita mendidik diri untuk memperbanyakkan husnuzon (bersangka baik), menjaga lidah daripada menilai tanpa fakta dan memelihara hati daripada prasangka yang sia-sia. Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan jiwa serta mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Jadikan sangka baik sebagai amalan, kerana hati yang bersih melahirkan kehidupan yang lebih damai. Jumaat Mubarak. 🀲🏻

Layari laman web kami
www.aribina.com

Address

12-06 Austin 18, Versatile Business Suite, Jalan Austin Perdana 3, Taman Austin Perdana
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aribina Properties Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aribina Properties Sdn Bhd:

Shortcuts

Share

Category