06/11/2025
"Bila buka Facebook, kita tengok orang lain close sale, kita jadi down. Kita p**a tak ada closing lagi bulan ni, walhal semua rutin kita rasa dah buat"
Biasa tak dengar keluhan begini?
Ini antara salah satu kisah perkongsian Super REN dalam sesi sharing tempoh hari.
Dan ramai lagi ejen yang kongsi mereka juga pernah merasakan perkara yang sama.
Sejujurnya saya sendiri waktu awal berkecimpung sebagai ejen hartanah juga melalui pengalaman yang sama.
Masa tu maklumlah masih baru dan kurang ada ilmu. Memang hati tisulah. Cepat koyak. Haha
Lama kelamaan, bila beri diri peluang untuk belajar lebih dalam untuk jadi orang sales dengan berjumpa ramai REN hebat diluar, saya dah tak terkesan begitu dengan kejayaan orang lain.
Saya hanya fokus pada diri saya sahaja.
Orang sales ni, benda paling utama nak kena jaga ialah 'mindset'. Kena kental! Kalau tidak, memang senang sangat nak 'down'. Lagi-lagi, bila tak capai 'target'.
Sikit-sikit down, kejap nanti down. Memang jarang nak 'up'.
Puncanya satu je! Kita selalu fikir, buat mesti dapat. Buat ala kadar, wajib dapat.
Tetapi gais, percayalah tahap kita 'buat' tu pasti berlainan setiap individu. Bak kata orang different level gitu.
1. Ada yang buat sekali saja, tak konsisten.
2. Ada yang buat ala kadar, tak all out.
3. Ada yang buat sebab disuruh buat. Tak ada keyakinan pada proses.
4. Ada yang buat tapi kedekut nak melabur dalam marketing walhal orang lain labur 10 kali ganda.
Pendek kata, bila kita terlalu fokus kepada hasil sahaja, kita akan cepat sangat rasa nak berputus asa.
Kita semua pasti tahu yang tentukan 'result' kita ialah Pemberi Rezeki, Allah Yang Esa.
Tugas kita hanya boleh berusaha. Fokus kepada tindakan dan rutin kita setiap hari.
Bila kita betul berdisiplin, kita akan konsisten.
"Success isn't always about greatness. It's about consistency. Consistent hard work leads to success. Greatness will come."
Ini yang akan terus kekalkan momentum kita setiap hari. Percayalah, masa kita akan sampai nanti.
Ada yang berminat untuk join hartanah ni sebagai kerjaya ? Nak kita guide from A-Z
Jom join team kami โค๏ธโ๐ฅโค๏ธโ๐ฅโค๏ธโ๐ฅ
https://www.wasap.my/60137151993/JoinEjen
โซ VIGOR PROPERTIES ๐
Your Trusted Guide to Homeownership