17/10/2021
Setiap orang value benda yang berbeza dalam hidup mereka. Generally kita tak kisah spend banyak untuk benda yang kita value. Ada yang sanggup habis beribu ringgit untuk handbag berjenama atau koleksi gundam/action figures. Kalau barang vintage p**a, makin rare barang mesti makin mahal harganya.
Samalah juga macam pelaburan. Kita sanggup laburkan duit di sesuatu tempat bila kita yakin kita akan dapat p**angan yang lebih besar nanti. Ada value kat situ. Ada banyak instrumen pelaburan. Kita boleh pilih nak melabur dalam hartanah, saham, kripto, emas, unit amanah ataupun dengan melabur dalam bisnes sendiri. Tapi, mana-mana instrumen pun tak boleh lari daripada faktor masa dan risiko. Macam mana tu?
Dalam pelaburan, time value of money sangat penting. Masa ialah aset terbesar yang kita ada. Dengan compounding effect, pelabur yang bermula lebih awal akan mendapat p**angan jauh lebih besar walaupun jumlah nilai dilaburkan lebih sedikit. Jadi, jom mulakan melabur seawal yang mungkin.
Kita juga kena ingat, lain instrumen lain trade-off risiko yang kita kena ambil. Lagi tinggi risiko, lagi tinggilah kadar p**angannya. Yang penting, kita sendiri kena nilai matlamat kewangan dan selera risiko kita sebelum mula melabur. Untuk bantu kurangkan risiko dan volatiliti harga pasaran, kita kena pelbagaikan instrumen yang kita labur. Hanya laburkan duit lebihan bila dah tolak tepi komitmen bulanan yang lain.
Apa-apa pun, kalau ada orang ajak join skim pelaburan dengan p**angan 200% dijamin tanpa risiko dalam masa 3 bulan, mohon lari laju-laju. Ketahuilah bahawa ianya scam semata-semata. Jadilah pelabur yang bijak dan stay tuned untuk perkongsian lanjut berkenaan pengurusan kewangan, takaful dan pelaburan.