Dream Home

Dream Home **JB VIP USED CAR DEALER
**TIADA BOOKING FEE
**PROSES PANTAS 2-3 HARI
**BOLEH FULL LOAN
**18 TAHUN

.........................‼️PERHATIAN‼️...........................KHAS UNTUK ANDA YANG SEDANG TERCARI-CARI KERETA,TAPI......
05/03/2020

.........................‼️PERHATIAN‼️...........................

KHAS UNTUK ANDA YANG SEDANG TERCARI-CARI KERETA,TAPI........😟

⭐GAJI BASIC RENDAH❓
⭐PROBLEM PTPTN❓
⭐GAJI CASH❓
⭐TAKDE LESEN❓
⭐UMUR 18❓
⭐BARU KERJA 3 BULAN❓
⭐PERNAH CUBA BUAT LOAN KERETA TAPI GAGAL❓

RAMAI ADE MASALAH YANG SAMA DAH BERJAYA MEMILIKI KERETA.

JANGAN TUNGU LAGI, HANTAR DOCUMENTS ANDA SEKARANG UNTUK SEMAK KELAYAKAN

‼️FREE JERRR.....TAKDE BOOKING FEE‼️TAKDE PROCESS FEE‼️

💠IC
💠LESEN(JIKA ADA)
💠PAYSLIP 3BULAN TERKINI
💠BANK STATEMENT 3BULAN TERKINI
💠EPF STATEMENT 2019 & 2020(GAJI CASH)

✨SAGA FLX 1.3A RM2XX-3XX
✨PERSONA 1.6 RM 3XX
✨MYVI 1.3 RM3XX-4XX
✨MYVI SE 1.5 RM4XX-5XX
✨ALZA RM 5XX-6XX
✨PREVE 2.0 RM 5XX-6XX

🔥PROSES KELUAR KERETA 2-3 HARI
🔥FREE SERVIS SEBELUM KERETA KELUAR
🔥WARRANTY ENGINE&GEARBOX 1 TAHUN
🔥0% SST
🔥BOLEH TRY FULL LOAN💯

💰RECOMMEND KAWAN DAPAT COMISYEN💰

SEBARANG PERTANYAAN🔎 BOLEH COMMENT ATAU TERUS TEKAN LINK DI BAWAH

⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️

http://www.wasap.my/60194292917/usedcar
http://www.wasap.my/60194292917/usedcar
http://www.wasap.my/60194292917/usedcar

KADANG-KADANG kita tidak tahu bahawa kita memang sudah termasuk dalam golongan yang wajib beli kereta terpakai atau seco...
25/02/2020

KADANG-KADANG kita tidak tahu bahawa kita memang sudah termasuk dalam golongan yang wajib beli kereta terpakai atau second hand. Cuma banyak rintangan menghalang sama ada dalam diri atau orang sekeliling.
Memiliki kereta ialah perkara kedua paling mahal selepas rumah. Jadi, pastikan setiap pembelian berbaloi.

Fikir dulu masak-masak sebelum buat keputusan kerana selepas memilih, tiada guna menyesal lagi. Apapun, bahagiakan diri sendiri dahulu sebelum bahagiakan orang lain.
Anda mungkin perlu tinggal lebih lama dalam kereta berbanding rumah dan pasangan sendiri. Apapun ingat, kereta juga tentang keseronokan memandu. Tiada salahnya sesekali ikutkan hati.

Mari kita lihat golongan mana yang patut beli kereta terpakai. Adakah anda salah seorang daripadanya? Tekan pedal dan jangan stres!

1. KURANG BAJET
Kata orang, ukur baju di badan sendiri. Bukan di badan sahabat handai, jiran tetangga atau sanak saudara. Mengaku sajalah anda kurang berduit. Setiap kali sampai tengah bulan, dompet sudah kempis. Kad kredit sudah berapa kali 'swipe'. Pinjam duit kawan jangan cerita. Makan pun selalu ikat perut, tambah-tambah hujung bulan.

Jangan banyak songeh, anda memang sah perlu cari kereta terpakai.

2. ISTERI/SUAMI HARI MINGGU
Ini golongan yang beli kereta, tapi simpan di parkir. Bawa kereta cuma hari minggu atau balik kampung. Tapi, pergi kerja setiap hari dengan motosikal atau naik pengangkutan awam (bas, LRT atau komuter).

Kita boleh gelarkan mereka ini 'kufur nikmat'. Dapat rezeki, tapi tidak dinikmati. Silap haribulan boleh jadi bakhil. Ada sesetengahnya sudah jatuh tahap kronik dan paranoid. Tak mahu bawa kereta jauh-jauh sebab takut perbatuan (mileage) naik mencanak. Sebabnya, nanti jual secondhand murah.

Aduh, orang macam ini pun ada? Beli kereta bukan fikir nak bawa, tapi nak jual nanti. Habis itu buat apa beli kereta bayar bulan mahal? Baik beli kereta terpakai saja. Bukan saja bayar murah dan rendah kos senggara, boleh juga jimat belanja.

Orang macam anda sebenarnya cukup sekadar kereta terpakai.

3. WHY PAY MORE?
Dari satu sisi, orang lain melihat anda sebagai seorang yang cerewet, lokek atau kedekut. Mungkin betul, tetapi dari sisi lain, anda sebenarnya tegas dalam merancang kewangan. Anda melihat kereta sekadar alat untuk bergerak dari titik A ke B. Duit bagi anda sepatutnya dilaburkan kepada perkara lain yang lebih penting.

Anda tak tergugat langsung dengan rakan-rakan yang berkereta baharu. Sebab anda kenal siapa kawan anda yang rata-ratanya mengeluh tidak cukup duit setiap bulan.

Kereta terpakai memang jodoh anda!

4. SPENDER MAK BELI
Golongan ini terdiri di kalangan orang muda baru dapat lesen atau pelajar universiti yang masih mengharapkan dana kewangan daripada ibu bapa. Spender pun mak beli, itupun ada hati nak suruh dibelikan kereta baru. Pergi kuliah saja kot. Bukan setiap hari kena masuk kelas jam 9 pagi dan balik jam 6 petang. Nak servis kereta pun minta duit mak ayah. Malulah sikit.

Kalau nak berkereta, cukup sajalah minta kereta terpakai. Tak payah nak demand lebih. Ceh!

5. SANG MINIMALIS
Anda berkongsi satu prinsip yang sama dengan golongan Why Pay More, iaitu kereta hanya sebagai alat bergerak. Bezanya, Why Pay More melihat kereta dari sudut ekonomi dan perancangan kewangan, di mana kereta ialah aset susut nilai yang tidak perlu dileburkan banyak wang.

Sebaliknya, si minimalis melihat pemilikan kereta baharu sebagai gaya kemewahan dan kesombongan hidup. Memiliki kereta baharu membuatkan mereka kurang selesa, kekok dan stres kerana bertentangan dengan falsafah hidup diri.

Ya, cukup saja kereta terpakai yang sederhana atau murah kerana bagi anda kereta tidak patut dijadikan objek membanggakan diri.

6. HIPSTER AUTOMOTIF
Anda tidak s**a bandwagon, anti-arus perdana atau counter-culture. Ketika ramai memandu Perodua Myvi atau Honda City, anda memilih kereta lama seperti Volvo V70 tahun 1999. Anda nampak kereta baharu sebagai objek yang tidak cool, tiada seni dan ada unsur kapitalis. Berfalsafah kononnya.

7. MEKANIK SELAMANYA
Jarang sekali kita lihat mekanik beli kereta baru. Kalau ada pun, kebiasaanya untuk si isteri. Tipikal kereta mekanik ialah jenis pikap @ ute, old-school atau klasik.

Kereta bagi mereka mesti disentuh-sentuh. Dimanja-manja. Dibikin itu ini. Mereka tidak kisah kereta bermasalah, kerana mereka sendiri yang akan membaikinya. Ia sama seperti tukang jahit yang seboleh-bolehnya mahu menjahit pakaian sendiri dan ahli keluarganya. Begitu jugalah mekanik. Mereka bukan hipster, tetapi sebenarnya tentang jiwa seorang mekanik.

8. KENANGAN LALU MASIH MEMBURU
Anda tidak kisah pun beli kereta baru atau terpakai. Anda mungkin memiliki kedua-duanya. Anda sebenarnya seorang yang sentimental dan berjiwa halus. Anda ada ingatan kuat tentang kenangan lama. Anda sayangkan kereta pertama dipandu bapa. Anda rindukan kereta pertama yang dibeli ketika baru bekerja. Anda teringatkan kereta pertama impian anda ketika di bangku sekolah dahulu.

Kereta-kereta tersebut mungkin sudah dijual atau rosak begitu saja, tetapi anda memilih untuk mencari semula semua kereta itu demi sebuah nostalgia. Jangan berlengah, terus dapatkan segera. Selamatkan memori anda!

9. PENGGILA KERET
Bagi orang kaya yang gila kereta, mereka boleh beli apa saja kereta yang dis**ai sama ada baru atau terpakai. Tetapi bagi orang kebanyakan yang gilakan kereta, membeli kereta terpakai yang murah ialah pilihan paling munasabah untuk memuaskan minat mereka.

Penggila kereta biasanya kerap bertukar kereta dalam jarak masa setiap lima tahun. Kalau boleh, mereka mahu merasa setiap kereta yang diminati. Tetapi disebabkan kekangan bajet membeli kereta baru, jadi mereka perlu menangguhkan hasrat itu selepas beberapa tahun. Mereka selalu bergerak berkump**an di bawah kelab kereta tertentu.

10. PENCINTA SETIA
Golongan ini duduk semeja dengan Kurang Bajet, iaitu masing-masing mahu berkereta tetapi bajet kecil. Bezanya, Kurang Bajet akan terus membeli kereta yang sesuai dengan kemampuan kewangan mereka tanpa mengira jenis model. Asalkan murah serba serbi dan berbaloi.

Tetapi, Pencinta Setia sanggup menunggu lama untuk mendapatkan jenis model kereta idaman mereka. Mereka tidak kisah memandu kereta paling murah buat permulaan. Asalkan beberapa tahun kemudian dapat membeli kereta idaman sendiri.

Mereka sangat berjimat cermat dan ada kesungguhan. Tidak mampu, tapi mahu. Bagi mereka, menunggu lama pun tidak mengapa. Bukankah cinta itu tentang kesetiaan?

11. MAT BIKIN
Mereka ini rata-ratanya gemarkan s**an permotoran. Ada yang s**akan s**an rali, drift, F1, gymkhana, drag atau lain-lain. Minat mereka yang mendalam itu kemudian dicurahkan kepada kereta sendiri. Ada sekadar s**a-s**a melawa dan ada p**a cukup serius masuk trek!

Jadi, kereta terpakailah yang paling rasional untuk dibeli dan dibikin. Model kereta yang dicari ialah jenis murah, senang bikin dan mudah mendapatkan alat ganti. Proton Satria misalnya sudah mencapai status legenda dalam dunia modifikasi tempatan. Walaupun murah di pasaran kereta terpakai, Satria termasuk dalam kategori 'kereta panas'. Ia bukan disebabkan mudah terjual sahaja, tetapi kerana kerap menjadi sasaran kaki rembat.

credit: pandulalu.com.my

Masih tercari-cari kereta?
Dah banyak kali loan kena rejek?
Baru kerja 3bulan?
Criss ptptn?
gaji cash?

Jom cuba loan dengan saya, lebih 100 pilihan kereta dengan bulanan bermula dari RM250. Boleh full loan.
tanpa deposit
free servis dan tinted
1 tahun engine dan gearbox warranty (T&S)

http://www.wasap.my/60194292917/usedcar

Jom like page Bijak Careta untuk dapatkan info-info kereta terpakai

Hatchback Sedan MPV SUV Pickup Convertible Wagon Coupe Underbone Scooter Naked Sport Bike Touring Cruiser Dual Sport EV Cars and Motorcycles Price Malaysia Model, Full Specs And Price In Malaysia You are now easier to find information about Car in Malaysia with this information including the latest....

✴️JB VIP USED CAR DEALER ✴️TIADA BOOKING FEE✴️PROSES PANTAS 2-3 HARI✴️BOLEH FULL LOAN✴️18 TAHUN BOLEH LOAN✴️TIADA LESEN/...
22/02/2020

✴️JB VIP USED CAR DEALER
✴️TIADA BOOKING FEE
✴️PROSES PANTAS 2-3 HARI
✴️BOLEH FULL LOAN
✴️18 TAHUN BOLEH LOAN
✴️TIADA LESEN/CRISS /CTOS
✴️1 TAHUN WARRANTY
✴️SAGA/PERSONA /INSPIRA /PREVE /MYVI /ALZA /VIOS

http://www.wasap.my/60194292917/usedcar

HANTARKAN DOCUMENT ANDA UNTUK CHECK KELAYAKAN LOAN **FREE**

✔️IC & LESEN DEPAN BELAKANG
✔️SLIP GAJI 3 BULAN TERKINI
✔️BANK STATEMENT 3 BULAN TERKINI
✔️WORK PERMIT (YG KERJE SINGAPORE)

** JB VIP USED CAR DEALER **** MYVI SE 1.3 AUTO 2014 **✔️TAK PERLU DUIT BOOKING/PROSES✔️URUSAN PANTAS 2-3 HARI✔️CONDITIO...
20/02/2020

** JB VIP USED CAR DEALER **

** MYVI SE 1.3 AUTO 2014 **

✔️TAK PERLU DUIT BOOKING/PROSES
✔️URUSAN PANTAS 2-3 HARI
✔️CONDITION TIP TOP
✔️BASIC RM 1100 BOLEH LOAN
✔️XDE LESEN/PTPTN/CRISS BOLEH LOAN
✔️1 TAHUN WARRANTY ENGINE&GEARBOX

✴️FREE TINTED
✴️FREE BASIC SERVIS
✴️RECOMMEND KAWAN DAPAT COMISYEN

UNTUK FAST RESPON WS SAYA

http://www.wasap.my/60194292917/usedcar

19/02/2020

Membeli kereta terpakai memang merupakan cabaran bagi kita. Ia adalah berisiko namun dengan pengetahuan yang betul, kita boleh menjimatkan banyak duit berbanding membeli kereta baru.

1. Semak mileage dengan service center

Sekiranya membeli dari penjual kenderaan terpakai, buat carian kenderaan di pusat servis jenama kenderaan. Cuba selidik bila kereta tersebut melakukan service di pusat service bertauliah, bila kali terkahir service dan pada kilometer ke berapa.

2. Beli ikut kemampuan

Beli kereta dengan nilai 15% dari gaji, dan tambah lagi 15% dari gaji untuk kos pembayaran ansuran bulanan. Ini tak termasuk lagi kos kos tersembunyi semasa pemilikan kenderaan.

Kalau bayaran melebihi 15%, nanti tercekik cashflow. Semasa pilihan kereta dibuat, pastikan ini merupakan benchmark pertama.

3. Periksa bahagian enjin

Periksa ruangan enjin untuk marking. Semasa proses pemasangan di kilang, komponen kenderaan akan ditanda dengan menggunakan pen marker atau paint marker.

Tandaan ini dibuat sebagai proses (pemberitahuan) bahawa komponen ini telah dipasang dengan betul oleh juruteknik bertauliah. Kenderaan yang dibaikpulih selepas kemalangan jarang mempunyai tanda ini. Jadi, kalau tiada tanda ini kemungkinan besar kenderaan telah mengalami kemalangan.

4. Spot Welding

Kepingan besi chassis dan body part biasanya dicantumkan melalui proses spot welding. Kepingan body part ini akan disusun di atas jig dan dicantum melalui proses spot welding. Spot welding ni mencairkan besi dan apabila sejuk, bahagian spot akan bercantum dalam bentuk bulatan seperti gambar.

Spot welding ni biasanya akan di buat di assembly line. Kalau kereta mengalami kemalangan, bengkel luar akan menggunakan sambungan dengan kaedah MIG welding.

Semasa mengintai2 kereta terpakai, lihat bahagian bonet hadapan di sekitar absorber tower, bahagian radiator di pasang dan sekitar fender. Kalau tiada tanda spot welding, kemungkinan kereta telah mengalami kemalangan.

5. Periksa body kenderaan

Ketuk body kenderaan untuk bunyi yang sekata. Bagi kemalangan yang melibatkan panel body serta tidak serius, pemilik asal biasanya akan membaik pulih panel asal dengan kaedah ketuk, melapiskan permukaan panel dengan simen khas dan akhir sekali, diakhiri dengan cat.

Permukaan yang dilapisi dengan simen akan memberikan bunyi yang tidak sama dengan panel asal. Kalau pembaikan dibuat di pusat servis, bahagian berkenaan akan diganti baru.

6. Tahap keselamatan

Bagi yang menaik taraf kenderaan dari kompak ke kereta sedan atau mpv, selain ruang bagasi luas, faktor keselamatan harus diutamakan.

Cara paling mudah untuk memilih kenderaan dengan ciri keselamatan tinggi ialah memiliki pengiktirafan 5 bintang dan mencapai markah penuh 16 point dari AseanNCAP.

Bagi mencapai markah penuh biasanya kenderaan ini dilengkapi dengan Electronic stability control, beg udara, brek anti kunci ABS, ISOFIX untuk kerusi bayi dan menjalani ujian di Makmal Asean Ncap (New Car Assesment Programme)

7. Pilih kereta yang menjimatkan bahanapi

Teknologi terkini seperti VVT, VVTi, Dual VVTi dan iVTEC dicipta bagi mengurangkan penggunaan bahanapi dan mengekalkan kuasa enjin. Walaupun saiz enjin sederhana seperti 1500cc, dengan bantuan teknologi ini, penggunaan bahanapi adalah lebih jimat dan berkuasa

8. Buat benchmark kereta baru dan lama

Sebagai contoh sekiranya anda meminati Vios baru 2016, tak salah kalau buat pandu uji. Bila pandu uji kereta baru, kalau boleh ingat macam mana kereta baru tersebut memecut, membrek, mengambil selekoh laju dan perlahan.

Perhatian juga perlu diberi terhadap bunyi yang dihasilkan semasa kereta melanggar lopak atau speed bump. Segala penelitian ini akan dijadikan penanda aras sekiranya kita membuat pandu uji terhadap model yang sama untuk membeli unit terpakai

9. Pilih kenderaan yang rekod senang dijaga

Ada beberapa pertanyaan melalui FB meminta pendapat kami mengenai jenama Continental (Peugeot, BMW, Meredes, Ford), tapi maaf saya tiada pengalaman membeli kereta jenama ini.

Jenama ini memerlukan minat yang mendalam, sedikit pengetahuan teknikal dan semestinya poket yang tebal untuk membela kereta continental.

Seorang peminat BMW dan juga seorang usahawan pernah berpesan pada saya, “ kalau masih lagi makan gaji, usah dicuba BMW”. Dan pada hari kami berbual, beliau baru sahaja membeli penyerap hentak jenama Koni untuk BMW beliau yang berharga RM 2,500 sepasang.

10. Elakkan kenderaan over modified

Secara peribadi, saya tidak s**a membeli kereta yang telah diubahsuai keterlaluan ala ala Fast n Furious.

Objektif pembelian saya ialah untuk membawa keluarga dari point A ke B dengan selamat dan jimat, bukan mahu menyertai drag race.

Apa yang saya risau ialah kereta tersebut telah diubahsuai sistem gantungan sport yang keras, ekzos bising ala lori balak, rim 19 inci dan sistem elektronik ECU canggih manggih. Pilih yang standard sahaja.

11. Perbatuan rendah

Sentiasa pilih kenderaan dengan mileage rendah kerana kereta ini jarang digunakan dan masih mempunyai jangka hayat yang panjang.

Sebagai contoh kalau mileage 200,000km pasti lambat laun komponen enjin dan kotak gear akan rosak akibat kehausan.

12. Awas kereta Total lost!

Terdapat beberapa kes dimana kereta telah terlibat dengan kemalangan yang serius dan kos pembaikan melebihi 50% dari harga kenderaan.

Sebagai contoh sebuah Perodua Myvi dengan nilai yang dilindungi oleh insurance bernilai 40 ribu telah terlibat dengan kemalangan dan kos pembaikan ialah 22 ribu, melebihi separuh kos sum insured.

Biasanya pihak insurance akan mengisytiharkan kereta tadi total lost dan membayar ganti rugi kepada pemilik asal. Myvi tadi biasa akan dibeli oleh pemilik bengkel, dibaik pulih dan dijual kembali ke pasaran. Kalau saya memang tidak akan beli Myvi tadi walaupun murah.

13. Fokus pada diri sendiri

Tetapkan objektif pembelian apabila memilih kereta dan jangan terikut dengan kawan-kawan.

Sekiranya kita membeli kereta dan merancang untuk berkahwin, salah satu pilihan yang sesuai ialah Bezza berbanding Myvi. Walaupun bentuk bezza tidak seksi, ruang bagasi yang luas itu akan berguna bagi memuatkan kelengkapan bayi, satu almari baju bini, periuk belanga dan pelbagai aksesori isteri bila p**ang ke kampung isteri.. percayalah….

14. Kos tersembunyi
Kos kos tersembunyi apabila naik taraf kenderaan ialah kos yang jarang difikir apabila memilih kereta baru.

Sebagai contoh apabila memandu myvi, saiz tayar yang biasa digunakan ialah saiz 14 inci dan saiz bateri juga kecil. Apabila melihat jiran membeli MPV, maka kita pun membuat keputusan membeli MPV tanpa membuat kaji selidik.

Saiz tayar yang besar, saiz bateri, kos selenggara, penggunaan bahan api dan cukai jalan akan jadi jauh berbeza dari Myvi tadi.

15. Realiti kereta terpakai

Terima kekurangan dan kelebihan kereta yang kita pilih kerana tiada kereta di dunia ini yang 100% sempurna waima dari jenama Ferrari sekali pun.

Pastikan kereta yang dipilih tadi mempunyai point kebaikan melebihi keburukan semasa membuat keputusan.

credit: mekanika permotoran gaya baru

JB VIP CAR DEALER 🔥LEBIH DARI 150 UNIT KERETA🔥BULANAN DARI RM2XX - 5XX🔥TAK PERLU DUIT BOOKING🔥URUSAN PANTAS 2-3 HARI🔥18 ...
19/02/2020

JB VIP CAR DEALER

🔥LEBIH DARI 150 UNIT KERETA

🔥BULANAN DARI RM2XX - 5XX

🔥TAK PERLU DUIT BOOKING

🔥URUSAN PANTAS 2-3 HARI

🔥18 TAHUN BOLEH LOAN

🔥TIADA LESEN BOLEH LOAN

🔥MASALAH PTPTN/CRISS/CTOS

🔥DEPOSIT RENDAH /FULL LOAN

🔥SAGA FLX/ MYVI/ PERSONA/ INSPIRA/ PREVE/ ALZA/ VIOS

👍HANYA MENJUAL KERETA YANG BERKUALITI

👍WARRANTY 1 TAHUN 😬

Address

Johor Bahru
81800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dream Home posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dream Home:

Share