Fatqul Properties

Fatqul Properties Buy and Sell Properties
Johor Area

BOLEH KE SAYA JUAL RUMAH TANPA GUNA AGEN?MASAJawapannya boleh, tapi sanggupkah anda luangkan masa untuk buka pintu rumah...
12/10/2022

BOLEH KE SAYA JUAL RUMAH TANPA GUNA AGEN?

MASA

Jawapannya boleh, tapi sanggupkah anda luangkan masa untuk buka pintu rumah dan menjawab segala pertanyaan tiap kali orang nak tengok rumah? Kerana orang pertama yang view tak semestinya nak beli, kemungkinan anda perlu melayani 20 orang prospek sebelum dapat pembeli sebenar. Belum kira lagi kes pembeli yang kata nak datang tapi lewat berjam-jam malah ada jugak yang tak muncul-muncul.

Disitulah servis kami iaitu melayani seberapa banyak pembeli yang ada, ulang alik ke rumah, menunggu, membuka pintu dan tutup semula, melayani setiap persoalan pembeli supaya anda boleh fokus weekend anda dengan aktiviti keluarga.

KOS

Banyak kos-kos yang anda perlu keluarkan sepanjang aktiviti tersebut sebelum dapat pembeli sebenar. Diantaranya ialah kos minyak dan tol. Kalau 20 kali orang datang tengok rumah, cuba la kirakan berapa kos yang anda perlu keluarkan.

Untuk makluman anda, segala kos ini ditanggung sendiri oleh agen. Anda tidak dikenakan sebarang fee jika rumah anda tidak berjaya dijual. Best kan?

TEMPOH YANG PANJANG

Dah ada pembeli p**a tapi pembeli ambil masa sangat lama untuk dapatkan loan approve kerana mereka perlu pergi ke setiap bank dengan sendiri, ada p**a yang mempunyai kekangan masa nak cari banker kerana faktor kerja. Jika dah approve, satu hal lagi nak mencari lawyer yang boleh uruskan perjanjian jual beli. Kemungkinan proses yang sepatutnya singkat ini akan menjadi sangat lama dan akan merugikan masa kedua-dua pihak iaitu pembeli dan owner.

Disitulah servis kami iaitu dengan menggunakan Bankers & Lawyers yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk mempercepatkan proses jualan.

Kami juga mempunyai jaringan networking yang luas bagi memudahkan rumah anda terjual dengan lebih cepat.
Jika anda nak jual rumah dengan mudah, menjimatkan masa, tenaga dan kos anda, ada baiknya serahkan tugas tersebut kepada Perunding Hartanah. Kami akan bantu sebaiknya.

ANDA BERMINAT NAK JUAL RUMAH DENGAN SAYA ?

SAYA BOLEH BANTU URUSKAN DARI AWAL HINGGA AKHIR

📞 SILA HUBUNGI 01133573102 FATQUL

http://wasap2.irealty.my/01133573102/NAKJUALRUMAH

OWNER LISTING WELCOME !!!

IQI iRealty Group
IQI Realty Sdn Bhd
E (1) 1584



PERKONGSIAN INFORMASIDOKUMEN-DOKUMEN PENTING UNTUK BELI RUMAHDengan persediaan dokumen penting, pasti akan buat pihak ba...
05/10/2022

PERKONGSIAN INFORMASI

DOKUMEN-DOKUMEN PENTING UNTUK BELI RUMAH
Dengan persediaan dokumen penting, pasti akan buat pihak banker mudah untuk uruskan proses pinjaman rumah.
Kalau pertama kali beli rumah, mesti baru nak tahu kan? Yang nak beli rumah seterusnya, tapi mungkin dah lupa apa dokumen yang perlu ada.
Untuk pengetahuan semua, dokumen ni memang PERLU untuk mempercepatkan proses pinjaman rumah. Senarai dokumen yang perlu boleh rujuk gambar.
Kalau dah bersedia untuk beli rumah, boleh terus sediakan dokumen-dokumen yang berkaitan yang dah dikemaskini.

ANDA INGIN MEMBELI RUMAH DENGAN SAYA ?

📞 BOLEH HUBUNGI SAYA : 01133573102 FATQUL

http://wasap2.irealty.my/01133573102/mencarirumahidaman

OWNER LISTING WELCOME !!!

IQI iRealty Group
IQI Realty Sdn Bhd
E (1) 1584



INFO SHARINGSedikit info tentang Kos Pecahan jika anda ingin memiliki sebuah rumah idamanInfo ini sekadar anggaran sahaj...
29/09/2022

INFO SHARING

Sedikit info tentang Kos Pecahan jika anda ingin memiliki sebuah rumah idaman

Info ini sekadar anggaran sahaja untuk bakal pembeli rumah jika ingin memiliki sebuah rumah.

Bakal pembeli rumah boleh membuat persediaan awal sebelum membeli rumah.

Kos Pecahan ini juga bergantung pada nilai rumah yang bakal anda beli.

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang jual dan beli rumah boleh hubungi saya :

📞 Pls call 01133573102 FATQUL

http://wasap2.irealty.my/01133573102/mencarirumahidaman

OWNER LISTING WELCOME !!!

IQI iRealty Group
IQI Realty Sdn Bhd
E (1) 1584


BAGAIMANA PROSEDUR BELI RUMAH?Untuk sesiapa yang bercadang nak beli rumah, Jom saya terangkan langkah yang anda perlu bu...
29/09/2022

BAGAIMANA PROSEDUR BELI RUMAH?

Untuk sesiapa yang bercadang nak beli rumah,
Jom saya terangkan langkah yang anda perlu buat sebelum membeli rumah.

1) Semak kelayakan pinjaman dengan bank atau perunding hartanah. Berapa kadar maksimum pinjaman yang bank boleh bagi?

2) Buat bajet belanja bulanan dan tentukan berapa amaun yang kita boleh belanjakan sebulan untuk bayar pinjaman.

3) Sediakan tunai yang cukup untuk bayar deposit, kos guaman dan lain-lain.

4) Tentukan tujuan kita beli rumah. Adakah untuk duduk atau pelaburan? Beli rumah yang sesuai dengan tujuan.

5) Fahamkan tentang status pegangan rumah (freehold, leasehold dll). Ini kerana pegangan hartanah akan tentukan jangkamasa belian sehingga kita dapat kunci. Adakah jangkamasa tersebut sesuai dengan keadaan kita?

6) Sediakan dokumen lengkap untuk memohon pinjaman rumah.

7) Cari rumah. Beri kerjasama kepada ejen hartanah untuk saring kelayakan kita.

8 ) Semasa proses view rumah, boleh bawa pasangan kita sekali atau mereka yang terlibat dalam keputusan untuk beli rumah.

9) Kalau berminat dengan rumah tersebut, anda boleh tandatangan borang dan bayar wang tempahan (booking fee) kepada agensi hartanah.

10) Serahkan dokumen kepada perunding hartanah untuk proses memohon pinjaman rumah.

11) Tandatangan perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman.

12) Setelah proses pindah milik selesai, terima kunci. Tahniah kerana berjaya beli rumah!

ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELI RUMAH DENGAN SAYA ?

📞 BOLEH HUBUNGI 01133573102 FATQUL

http://wasap2.irealty.my/01133573102/mencarirumahidaman

OWNER LISTING WELCOME !!!

Address

No 66-01 Jalan Setia Eco Cascadia 6/2, Taman Setia Indah
Johor Bahru
81100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fatqul Properties posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Fatqul Properties:

Share