24/08/2024
Sebelum beli rumah semak dulu laporan CTOS & CCRIS takut terkantoi nanti ! SANGAT PENTING !
Sekejap, kenapa report ini sangat penting ya ? Ok mari sini saya jelaskan apa itu CTOS & CCRIS, ambil tahu info ini. Saya jelaskan dengan mudah supaya senang faham.
CCRIS INI APA YA ?
Central Credit Reference Information System ialah report dikeluarkan dari Bank Negara Malaysia (BNM). Ada 3 kategori dalam report ini.
1) Rekod pembayaran loan/kredit
- Loan atau kredit yang terlibat seperti PTPTN, Kad Kredit, Personal Loan, Loan Kereta/Rumah & dll.
- Boleh cek rekod pembayaran ada tunggakan atau tak.
2) Special Attention Account (SAA)
- Akaun ini kena usha rapat je dengan bank sebab hutang dah lama tertunggak.
- Perlu dijelaskan kalau tak memang tak lepas buat loan.
3) Loan yang baru sahaja lulus atau dalam proses dalam tempoh 12 bulan
Report ini sangat penting ya sebab bank nak cek disiplin kita dalam berhutang.
Kalau rekod cantik Alhamdulillah kalau kurang cantik perlu diperbaiki untuk mudah dapat kelulusan loan.
Kalau tiada rekod atau biasa dipanggil 'clean ccris' pun sama juga bank tak yakin untuk berikan pinjaman. So nak tak nak kena wujudkan hutang juga untuk mudahkan urusan.
CTOS P**A APA YA ?
CTOS Data Systems Sdn Bhd ialah report yang dikeluarkan dari syarikat swasta. Digunakan secara meluas oleh bank & institusi lain.
Antara report yang ada.
1) Status muflis/bankruptcy
2) Tindakan undang-undang
3) Tunggakan hutang selain dari pihak bank seperti bil-bil utiliti, syarikat telekomunikasi, loan bersama syarikat permotoran/alatan rumah/elektronik dll.
4) Pemilikan syarikat & info perniagaan
Ya memang betul ada beberapa bank tidak semak report CTOS ini waktu permohonan loan.
Tapi majoriti mereka akan semak & sebaiknya kalau ada tunggakkan dengan institusi diatas perlu diselesaikan supaya lebih mudah urusan.
Report ini korang boleh dapatkan di portal CTOS, kena daftar dulu & korang pun akan terima report CCRIS sekali dalam tu so mudah kerja 2 in 1.
Link saya share dibawah ๐๐ป
https://ctoscredit.com.my/?lang=ms
So itu saja perbezaan CTOS & CCRIS tetapi apa yang penting kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam permohonan loan perumahan kita.
Boleh dapatkan maklumat lanjut sekiranya ada maklumat lanjut yang diperlukan
Hubungi saya:
http://www.wassap.my/0197736327
AzmanMH
Vigor Properties Sdn Bhd