Klinik Tanah

Klinik Tanah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Tanah, Property management company, NO. 10-B1 Jalan CENDERAWASIH, LARKIN JAYA, Johor Bahru.

Kami adalah penyedia perkhidmatan berasaskan perundingan berkenaan dengan urusan pindahmilik (tiada pinjaman bank), turunmilik (pusaka kecil), dan hakmilik sambungan (geran hilang) yang termasuk penyediaan dan perserahan dokumen kepada Pejabat Tanah.

ADA MASALAH MENGURUSKAN GERAN TANAH?Tiada masa untuk naik turun Pejabat Tanah?Keliru atau tidak tahu bagaimana untuk men...
17/04/2024

ADA MASALAH MENGURUSKAN GERAN TANAH?

Tiada masa untuk naik turun Pejabat Tanah?

Keliru atau tidak tahu bagaimana untuk menyediakan dokumen yang diperlukan oleh Pejabat Tanah?

Kami sedia membantu!

Kami adalah penyedia perkhidmatan berasaskan perundingan berkenaan dengan urusan pindahmilik (tiada gadaian atau pinjaman bank), turunmilik (pusaka kecil), dan hakmilik sambungan (geran hilang) yang merangkumi penyediaan dan perserahan dokumen kepada Pejabat Tanah yang berkenaan.

Perkhidmatan utama kami melibatkan jenis urusan geran tanah berikut:
1. Pindahmilik. (Tiada pinjaman bank) Proses pertukaran nama pemilik geran tanah kepada pembeli (jual beli) atau penerima (bukan jual beli / pemberian kasih sayang) sehingga selesai (iaitu keluar geran baru).
2. Turunmilik (Pusaka Kecil sahaja). Proses pertukaran nama pemilik geran tanah yang telah meninggal dunia kepada waris-waris / benefisiari sehingga selesai (iaitu keluar perintah/surat kuasa dan geran baru nama waris-waris).
3. Hakmilik Sambungan bagi Geran Hilang. Proses mendapatkan semula geran tanah yang telah hilang daripada simpanan.

Kami menyediakan perkhidmatan kepada orang yang kurang berkemampuan untuk melantik peguam dan ingin menguruskan urusan geran tanahnya sendiri, tetapi tidak mempunyai pengalaman, kepakaran dan masa untuk melakukannya sendiri.

Kredibiliti kami adalah berdasarkan pengalaman perserahan dan kelulusan terdahulu yang telah berjaya kami lengkapkan ke Pejabat Tanah.

Hubungi kami sekarang untuk semakan kelayakan permohonan dan sebutharga secara percuma! Kemukakan salinan dokumen yang berkaitan kepada kami untuk penilaian terperinci.

Chat kami di https://wa.me/60127801552

atau hubungi kami segera di talian +6012-780 1552

Semoga urusan geran tanah anda dipermudahkan.

Kami adalah penyedia perkhidmatan berasaskan perundingan berkenaan dengan urusan pindahmilik (tiada pinjaman bank), turunmilik (pusaka kecil), dan hakmilik sambungan (geran hilang) yang termasuk penyediaan dan perserahan dokumen kepada Pejabat Tanah.

10/09/2021

Jika ada rumah, ada cukai harta & cukai tanah. Jika tanah sahaja tanpa rumah, hanya ada cukai tanah sahaja.

Cukai harta bayar di Majlis, cukai tanah bayar di Pejabat Tanah.

+ Update 27 Oktober 2021:
Ada juga tanah tanpa rumah, kalau dalam kawasan PBT, kena bayar cukai harta.
Kalau ada rumah atas tanah tapi luar kawasan PBT, tak dikenakan cukai harta.

19/05/2021

Utk pecah geran tanah pertanian, mesti se-kurang2-nya 1 ekar utk satu nama. Kurg drpd 1 ekar kena ubahsyarat kpd bangunan.

18/05/2021
"Pelajarilah ilmu faraid, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adal...
18/05/2021

"Pelajarilah ilmu faraid, dan ajarkanlah ia kepada orang lain. Sesungguhnya ia adalah setengah daripada ilmu dan ia adalah ilmu yang akan dilupakan, dan ia merupakan suatu ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku"

Beza Pindahmilik & Turunmilik?1. Urusan Pindahmilik TanahPindahmilik hanya boleh dilakukan oleh pemilik tanah yang masih...
17/05/2021

Beza Pindahmilik & Turunmilik?

1. Urusan Pindahmilik Tanah

Pindahmilik hanya boleh dilakukan oleh pemilik tanah yang masih hidup sahaja. Pemilikan tanah dipindahkan kepada penerima/pembeli dengan persetujuan pemilik tanah.

2. Urusan Turunmilik Tanah

Turunmilik hendaklah dilakukan bagi geran tanah yang pemiliknya telah meninggal dunia. Pemilikan tanah diturunkan kepada waris-waris menerusi perintah pusaka yang dibuat dengan persetujuan semua waris-waris.

(gambar sekadar hiasan)

Soalan yang selalu orang tanya"Saya nak jual tanah ibu/bapa saya. Boleh encik uruskan?""Ibu/bapa masih ada?""Ibu/bapa da...
30/03/2021

Soalan yang selalu orang tanya

"Saya nak jual tanah ibu/bapa saya. Boleh encik uruskan?"

"Ibu/bapa masih ada?"

"Ibu/bapa dah meninggal"

Untuk kes yang macam ni, perlu di ingatkan bila mana ada nama orang yang meninggal di dalam geran/hakmilik tanah perkara PERTAMA yang perlu diselesaikan dahulu adalah PUSAKA. Jika tidak diuruskan, sebarang urusan berkaitan hartanah tersebut tidak boleh dilakukan.


Address

NO. 10-B1 Jalan CENDERAWASIH, LARKIN JAYA
Johor Bahru
80350

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60127801552

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Tanah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Tanah:

Share