10/10/2026
ππ₯ ALHAMDULILLAH! SELESAI SUDAH 3 VENUE KJN 2.0! π₯π
KOTA BHARU β
BESUT β
KUALA TERENGGANU β
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, selesai sudah perjalanan program JOM NEGO SAMPAI JADI (KJN) 2.0 di 3 lokasi Pantai Timur! π‘π
Bukan sekadar seminar kerjaya hartanah, tetapi satu usaha untuk membuka peluang, berkongsi ilmu dan membantu lebih ramai orang mengenali potensi kerjaya sebagai ejen hartanah.
π Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang hadir, rakan-rakan yang memberi sokongan, barisan speaker, urus setia, team dan semua yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Setiap tenaga, masa, komitmen dan sokongan anda amat kami hargai. Tanpa kerjasama semua, belum tentu program ini dapat berjalan dengan lancar. β€οΈ
Bagi yang hadir, semoga ilmu yang dikongsi menjadi titik permulaan kepada kejayaan anda dalam industri hartanah. Jangan berhenti setakat hadir seminar sahaja β mula bertindak, konsisten dan buktikan bahawa anda juga mampu berjaya! πͺπ₯
Perjalanan kita belum berakhir. Ini baru permulaan untuk melahirkan lebih ramai perunding hartanah yang berjaya!
3 VENUE SELESAI. MISI DITERUSKAN! π
Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong KJN 2.0 di Kota Bharu, Besut dan Kuala Terengganu.
Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dan mempermudahkan urusan kita semua. Aamiin Ya Rabbal Alamin. π€²
JOM NEGO SAMPAI JADI! BUKAN SEKADAR NEGO, KITA USAHA SAMPAI BERJAYA! π₯π‘