Batalion 5 PGA Simpang Renggam

Batalion 5 PGA Simpang Renggam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Johor Bahru.

18/08/2026

VIDEO PILIHAN: LENSA SEKITAR UJIAN TEMBAK TEMPUR PEGAWAI PEMERINTAH BN5 PGA TAHUN 2026

Disediakan Oleh:
L/Kpl Aziq

UJIAN TEMBAK TEMPUR PEGAWAI PEMERINTAH BN5 PGASimpang Renggam, 18 Ogos 2026(Selasa) - Batalion 5 PGA terus memperkukuh t...
18/08/2026

UJIAN TEMBAK TEMPUR PEGAWAI PEMERINTAH BN5 PGA

Simpang Renggam, 18 Ogos 2026(Selasa) - Batalion 5 PGA terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan, kecekapan serta profesionalisme warga pasukan menerusi Ujian Tembak Tempur Pegawai Pemerintah BN5 yang telah dilaksanakan bertempat di Lapang Sasar BN5 PGA.

Ujian ini melibatkan penyertaan pasukan daripada Kompeni Alpha, Ibu Pejabat, Kompeni Bravo dan Kompeni Charlie, dengan Kompeni Alpha muncul sebagai pasukan terbaik dengan catatan 1,843 markah, diikuti Ibu Pejabat dengan 1,803 markah, Kompeni Bravo 1,678 markah dan Kompeni Charlie 1,145 markah.

Bagi kategori individu, Kpl Muhammad Syahmi bin Zulkifli (Kompeni Bravo) dinobatkan sebagai Terbaik Medium Course, manakala L/Kpl Mohd Adrianshah bin Yusdi (Ibu Pejabat) cemerlang sebagai Terbaik Long Course dan turut dinobatkan sebagai Terbaik Keseluruhan.

Pencapaian ini mencerminkan tahap disiplin, ketepatan, ketahanan mental serta kemahiran menembak yang tinggi dalam kalangan warga BN5 PGA. Semoga semangat daya saing dan kecemerlangan ini terus menjadi pemangkin kepada kesiapsiagaan pasukan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi keselamatan dan ketenteraman awam.

Jurufoto:
Kpl Afif

SENTUHAN PRIHATIN: ZIARAH PENGEBUMIAN IBU KANDUNG ANGGOTA KOMPENI A BN5 PGAKangkar Pulai, 18 Ogos 2026(Selasa)-Batalion ...
18/08/2026

SENTUHAN PRIHATIN: ZIARAH PENGEBUMIAN IBU KANDUNG ANGGOTA KOMPENI A BN5 PGA

Kangkar Pulai, 18 Ogos 2026(Selasa)-Batalion 5 PGA terus menzahirkan keprihatinan dan semangat kekeluargaan melalui kehadiran pegawai dan anggota Kompeni A ke majlis pengkebumian Allahyarhamah Che Ngah binti Jalil, ibu kandung kepada L/Kpl Jeffrey Adly Jayos, anggota Platun 3, Kompeni A, BN5 PGA.

Kehadiran warga Kompeni A bukan sekadar memenuhi tuntutan kebajikan, malah menjadi tanda sokongan moral dan kekuatan buat keluarga yang sedang melalui saat penuh kesedihan. Bantuan kebajikan turut disampaikan sebagai tanda keprihatinan serta solidariti warga BN5 PGA terhadap anggota dan keluarganya.

Seluruh warga Batalion 5 PGA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah. Semoga seluruh urusan keluarga dipermudahkan, diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta ditempatkan disyurga Allah SWT.

SENTUHAN PRIHATIN: LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA ANGGOTA KOMPENI C BN5 PGASimpang Renggam, 17 Ogos 2026(Isnin)-Batalion 5 PGA...
17/08/2026

SENTUHAN PRIHATIN: LAWATAN KEBAJIKAN KEPADA ANGGOTA KOMPENI C BN5 PGA

Simpang Renggam, 17 Ogos 2026(Isnin)-Batalion 5 PGA terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan warganya menerusi Lawatan Kebajikan ke atas Sjn Wan Ahmad Bin Wan Jusoh, anggota Kompeni C BN5 PGA yang sedang menjalani cuti sakit selepas mengalami masalah kesihatan.

Lawatan yang diketuai oleh Insp Muhammad Hakimi Bin Hashim, Pegawai Kem Komandan BN5 PGA, bersama wakil Kebajikan/Perubatan dan pentadbiran, turut menjadi wadah untuk menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral kepada anggota dan keluarga. Dalam kunjungan tersebut, keadaan kesihatan anggota turut diberi perhatian, di samping mendoakan agar beliau terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam proses pemulihan serta rawatan susulan.

Semoga keprihatinan yang dizahirkan ini menjadi suntikan semangat kepada Sjn Wan Ahmad untuk terus tabah menghadapi ujian, serta mempercepatkan proses kesembuhan. Kebajikan dan kesejahteraan setiap warga BN5 PGA sentiasa menjadi keutamaan.

*πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ SEMPENA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ**🎯 UJIAN TEMBAK TEMPUR PEGAWAI PEMERINTAH BN5 PGA 2026.*Semara...
17/08/2026

*πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ SEMPENA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-69 πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ*

*🎯 UJIAN TEMBAK TEMPUR PEGAWAI PEMERINTAH BN5 PGA 2026.*

Semarakkan semangat patriotisme dan cintakan tanah air sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69 melalui aksi, ketepatan dan semangat juang dalam Ujian Tembak Tempur Pegawai Pemerintah BN5 PGA 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ

*πŸ“… 18 Ogos 2026 / Selasa*
*πŸ“ Lapang Sasar Batalion 5 PGA*

🎯 CO SHOOT
πŸ† Hadiah menarik menanti anda!

🎯 TEKA BERAT KELONGSONG
🎁 Hadiah menarik menanti anda!

Ayuh bersama-sama memeriahkan sambutan kemerdekaan dengan semangat Malaysia MADANI, jiwa patriotik dan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

πŸ”₯ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ”₯

Teguh mempertahankan negara, berbakti demi tanah air. πŸ‡²πŸ‡Ύ

SENTUHAN PRIHATIN: LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA KOMPENI ALPHASimpang Renggam, 14 Ogos 2026(Jumaat) – Batalion 5 Pas...
14/08/2026

SENTUHAN PRIHATIN: LAWATAN KEBAJIKAN KE ATAS ANGGOTA KOMPENI ALPHA

Simpang Renggam, 14 Ogos 2026(Jumaat) – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (BN5 PGA) terus memperkukuhkan budaya kebajikan dan keprihatinan terhadap warga pasukan melalui Lawatan Kebajikan ke atas Sjn Abd Razak bin Md Yusof, Sjn Platun 2, Kompeni A, BN5 PGA yang sedang menghadapi masalah kesihatan.

Lawatan yang diketuai oleh YDH ASP Aris Hambali bin Mohamad Zainuddin, Kompeni Komander A, bersama barisan pegawai kanan, anggota Kompeni A serta BAKA BN5 PGA ini bukan sekadar menziarahi, malah menjadi tanda sokongan moral dan keprihatinan warga BN5 PGA terhadap kebajikan anggota. Dalam kesempatan tersebut, bacaan doa selamat turut diadakan dengan dipimpin oleh Ustaz Mohd Nazrin bin Zainurin, di samping penyampaian sumbangan dan keperluan kebajikan kepada anggota.

Semoga Sjn Abd Razak dikurniakan kesembuhan segera, dipermudahkan segala urusan serta terus diberikan kekuatan dan semangat untuk melalui tempoh pemulihan.

GOTONG-ROYONG PERDANA BULAN OGOS 2026Simpang Renggam, 13 Ogos 2026(Khamis) – Batalion 5 PGA telah melaksanakan Gotong-Ro...
13/08/2026

GOTONG-ROYONG PERDANA BULAN OGOS 2026

Simpang Renggam, 13 Ogos 2026(Khamis) – Batalion 5 PGA telah melaksanakan Gotong-Royong Perdana Bulan Ogos 2026 bertempat di Dewan Baris, Blok Kediaman A, B, C, D, Surau dan Dewan Serbaguna.

Program yang melibatkan 137 orang PKP, PRP dan Pegawai Awam ini memberi tumpuan kepada kebersihan dan keceriaan kawasan kediaman serta kemudahan bersama. Anggota telah melaksanakan tugasan mengikut kawasan blok masing-masing dengan menggunakan peralatan yang dibekalkan oleh Persatuan Penduduk.

Semangat kerjasama, kebersamaan dan sikap prihatin yang ditunjukkan sepanjang program mencerminkan komitmen warga Batalion 5 PGA dalam memastikan persekitaran kem sentiasa bersih, ceria dan selesa. Bersama Menjaga Kebersihan, Bersama Membina Kesejahteraan.

Jurufoto:
L/Kpl Hanis

PERSATUAN PENDUDUK BN5 PGA PERKASA SEMANGAT GOTONG-ROYONGSimpang Renggam, 13 Ogos 2026(Khamis) - Persatuan Penduduk BN5 ...
13/08/2026

PERSATUAN PENDUDUK BN5 PGA PERKASA SEMANGAT GOTONG-ROYONG

Simpang Renggam, 13 Ogos 2026(Khamis) - Persatuan Penduduk BN5 PGA terus memperkukuh semangat kebersamaan melalui inisiatif penyediaan dan penyerahan peralatan gotong-royong kepada Ketua Blok Kediaman Anggerik, Bakawali, Cempaka dan Dahlia. Penyerahan telah disempurnakan oleh YDH ASP Jimmy Anak Limin, Pengerusi Persatuan Penduduk BN5 PGA, bertempat di Dewan Baris BN5 PGA.

Inisiatif ini memudahkan penyelarasan aktiviti gotong-royong serta memastikan peralatan dapat digunakan secara optimum bagi mewujudkan kawasan kediaman yang lebih bersih, ceria dan selesa.

Usaha ini turut menjadi platform mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga BN5 PGA. Bersama-sama kita jayakan budaya hidup bersih, sihat dan harmoni.

SOLAT SUNAT DHUHA DAN TAZKIRAH PERDANA BATALION 5 PGASIMPANG RENGGAM, 12 Ogos 2026 – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (BN5 ...
12/08/2026

SOLAT SUNAT DHUHA DAN TAZKIRAH PERDANA BATALION 5 PGA

SIMPANG RENGGAM, 12 Ogos 2026 – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (BN5 PGA) terus memperkukuh penghayatan kerohanian dalam kalangan warga batalion menerusi pelaksanaan Solat Sunat Dhuha dan Tazkirah Perdana yang berlangsung di Surau An-Nur, BN5 PGA, pagi ini.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi itu telah dihadiri oleh YDH DSP Helmy bin Abdullah, Penolong Pegawai Pemerintah BN5 PGA, YDH ASP Abd Muthalib bin Dolah, Ajutan BN5 PGA, YDH ASP Aris Hambali bin Mohamad Zainuddin, Pengerusi Surau An-Nur BN5 PGA, barisan PKP bersama seramai 137 orang anggota dan pegawai awam BN5 PGA.

Program dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha, diikuti penyampaian tazkirah oleh Ustaz Nazrin bin Zainurin (BAKA BN5 PGA) bertajuk β€œPeringatan 5 Perkara Sebelum 5 Perkara”. Tazkirah tersebut mengajak warga batalion untuk sentiasa menghargai nikmat, masa, kesihatan dan peluang yang dikurniakan Allah SWT sebelum hadirnya keadaan yang boleh mengehadkan atau menghilangkan nikmat tersebut.

Program berlangsung dengan lancar dan teratur serta diharap dapat terus menyemarakkan budaya penghayatan Islam, membentuk peribadi yang lebih baik dan memperkukuh semangat kebersamaan dalam kalangan warga BN5 PGA.

SESI PEMILIHAN PENGISIAN PERJAWATAN RAPID RESPONSE TEAM (RRT) BATALION 5 PGASIMPANG RENGGAM, 11 Ogos 2026(Selasa) – Pada...
11/08/2026

SESI PEMILIHAN PENGISIAN PERJAWATAN RAPID RESPONSE TEAM (RRT) BATALION 5 PGA

SIMPANG RENGGAM, 11 Ogos 2026(Selasa) – Pada hari ini telah diadakan sesi pemilihan bagi pengisian perjawatan Rapid Response Team (RRT) bertempat di Mes Pegawai Kanan, Batalion 5 PGA.

Sesi pemilihan melibatkan 38 orang calon dari Zon Timur dan Zon Selatan yang dinilai berdasarkan penampilan dan personaliti, kompetensi serta penguasaan bahasa, potensi dan kepimpinan. Sesi penilaian telah dikendalikan oleh panel yang terdiri daripada YDH ACP Rizal bin Mohamed, Penolong Pengarah Pengoperasian PGA, YDH ACP Ignatius A/L Francis, Penolong Pengarah Gerakan KDNKA, dan YDH Supt Salehin bin Suleiman, Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA.

Pemilihan ini merupakan langkah penting bagi memastikan calon yang dipilih mempunyai kompetensi, kepimpinan dan kesiapsiagaan yang bersesuaian dengan keperluan tugas RRT. Calon yang disenarai pendek akan melalui tapisan keselamatan sebelum proses penempatan dilaksanakan.

PGA khususnya terus komited memperkukuh kesiapsiagaan dan profesionalisme pasukan demi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara.

Address

Johor Bahru
80350

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batalion 5 PGA Simpang Renggam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Batalion 5 PGA Simpang Renggam:

Shortcuts

Share