Abang Rumah

Abang Rumah | JUAL | BELI | SEWA PROPERTY |
Johor Bahru, Kulai
Whatsapp : 01159575664

MRTT vs MLTT: MANA PERLINDUNGAN TERBAIK UNTUK RUMAH KITA ⁉️Semalam, kawan saya Azim whatsapp.“Salam San, aku baru beli r...
15/04/2025

MRTT vs MLTT: MANA PERLINDUNGAN TERBAIK UNTUK RUMAH KITA ⁉️

Semalam, kawan saya Azim whatsapp.

“Salam San, aku baru beli rumah kedua untuk retire sini. Rumah pertama dulu aku plan buat sewa je, duit tepi untuk family. Cuma aku tak faham sangatlah insurans yang aku ambil. Haritu kau ada cakap pasal MRTT & MLTT. Boleh tak kau tengokkan aku punya ini?”

Jadi, kami pun lepak Starbucks. 2 meja kami pakai sebab nak semak dua dokumen rumah sekaligus. Apa yang memeranjatkan ialah kedua-dua rumah menggunakan MRTT. Apa yang bagusnya MRTT ini boleh masuk dalam loan, jadi tak pening kepala dan rilek je.

Tetapi, MRTT ini selalunya tak dapat perlindungan penuh. Saya semak rumah pertama dapat coverage sehingga 30 tahun manakala rumah kedua coverage sehingga 25 tahun sahaja.

“Azim, aku buatkan gambar graf ini supaya kau boleh nampak lebih jelas. Kalau kau meninggal dunia atau Hilang Upaya Menyeluruh Kekal (HUMK) sampai tak mampu bekerja pada tahun ke-10, rumah ini akan 100% jadi milik kau sebab bank akan cover semua. Best kan. Tapi selepas itu, coverage akan jadi semakin rendah. Aku bagi gambaran situasi kau sendiri untuk tahun ke-31.”

Jika Azim meninggal atau HUMK pada tahun ke 31, baki loan masih ada RM 20,970.54. Banyak juga ini nak kena setelkan. Jadi, apa yang isteri/waris Azim perlu buat?

1. Isteri/waris sambung bayar loan rumah seperti biasa.
2. Jika tidak mampu, isteri/waris perlu jual rumah untuk setelkan baki loan.
3. Ataupun Bank akan Lelong Rumah itu.

Bahaya dan kesian sangat jika Situasi 2 dan 3 berlaku. Penat bayar setiap bulan, beli rumah untuk beri tempat teduh pada isteri & anak-anak tersayang. Tapi penyudahnya, rumah jadi hakmilik bank sebab isteri/waris kita tak mampu bayar.

Jadi, saya berikan 2 pilihan solusi untuk Azim.

1. Dia boleh renew MRTT selepas tamat MRTT sedia ada nanti. Cuma kalau renew MRTT pada tahun ke 31, masa tu umur dah 64 tahun. Belum tentu sihat dan boleh lulus apply macam biasa.

2. Dia terus apply MLTT sekarang untuk cover shortfall RM 20,970.54. Lebihan MLTT itu boleh digunakan untuk keluarga teruskan kehidupan sewaktu kita HUMK atau meninggal dunia.

“Okay San, solusi terbaik mestilah nombor 2. Rumah dapat dekat family aku, lebihan duit MLTT itu pun akan dapat dekat family aku. Killing two birds with one stone.”

Beli rumah itu bagus.
Sediakan MRTT pun sudah bagus.
Tambahkan MLTT barulah sempurna plan rumah anda.

Credit to Tuan AzizulAzli

SEWA LEBIH BAIK DARI MEMBELI?1. Kita bincang secara baik pemikiran ini agar dapat jawapan yang tuntas dan baik.2. Jika g...
10/04/2025

SEWA LEBIH BAIK DARI MEMBELI?

1. Kita bincang secara baik pemikiran ini agar dapat jawapan yang tuntas dan baik.

2. Jika gaji kita RM5000, median rumah yang baik untuk kita hanya harga rumah sekitar RM390,000 sahaja. (RM5000x12x6.5)

3. Bagi penjawat awam keupayaan meminjam sekitar RM500,000 ini memerlukan gaji sekitar RM4,500 hingga RM5,499.

Dalam kelas saya, saya tak galakkan maksimumkan pembiayaan ini. Mereka tahu kenapa 😀

4. Jika kita kekal membayar sewa dengan kadar RM1500 sehingga 30 tahun dengan kadar kenaikkan setiap 3 tahun.

Kita sedang KAYAKAN tuan rumah sebanyak RM702,000.

"Apakah itu jumlah yang sihat?"

5. Sanggupkah kita berpindah randah bila usia meningkat jika kita tak mampu bayar nanti?

6. Bolehkah kita yang dah selesa tinggal di rumah sewa RM500,000 untuk turunkan taraf hidup dengan rendahkan martabat kita kerumah sewa RM300,000 lepas 20 tahun?

7. Jika dalam tempoh menyewa kita hilang upaya atau meninggal dunia, apakah tuan rumah yang mulia itu akan kekalkan anak isteri kita disitu atau dihalau tinggal dibawah jambatan yang ada permaidani?

8. Kadar pemilikan hartanah bumiputera masih lagi rendah dan mulia, apakah kita masih lagi nak kekal sewa tanpa beli harta.?

"Apa pilihan yang kita ada?" cakap memang la senang bro.

9. Beli kediaman yang sesuai dengan median gaji yang betul.

10. Pasaran subsale atau sekunder masih banyak sediakan jenis kediaman bawah RM250,000-RM400,000.

11. Benar, tidak semua hartanah akan naik. Beli hartanah yang betul dan semua orang 'jatuh cinta' dan perlukan ia.

Hartanah 'Mass Market' yang semua orang s**a dengan keperluan 3 bilik dan 2 bilik air masih banyak diluar sana.

12. Hubungi agen hartanah berdaftar, mereka ada senarai hartanah yang luarbiasa berdasarkan kemampuan kita.

Jika mereka gagal sediakan, cari agen lain.

13. Belian hartanah yang betul jadikan kita komited untuk kekal membayar. Hartanah yang salah boleh jadi punca rumah kita terlelong.

14. Beli hartanah yang hanya telan bawah 35% dari gaji kita. Jika tidak kita mula rasa bahangnya.

Dengan RM1,750 setiap bulan, kita hanya mampu beli kediaman sekitar RM350,000 sahaja. Jangan mengada hingga RM500,000.

15. Jangan beli sebab ramai orang beli atau ingin bergaya. Jadikan hartanah sebagai pelindungan keluarga bukannya bebanan kita.

Jika saya, lebih baik beli dari menyewa. Takkan dah tua nak pindah randah lagi kemana mana.

Mesti nak merasa ada kabinet dapur lawa juga kan?

Sekadar pandangan saya yang lemah ini.

credit to Tuan Azizul Azli Ahmad

09/04/2025

LOAN RUMAH SENANG LULUS, FREE TV 32 INCI, CASHBACK RM28,800, FREE 6 BULAN UNIFI 100 MBPS, FREE LIFE PROTECTION 100 HARI SEBANYAK RM 20,000 LAGI, SERIUS TAK MASUK AKAL!🔥


" Sebelum ni saya nak mohon pinjaman rumah memang susah nak lulus sebab saya tiada langsung rekod pinjaman dari bank. Alhamdulilah asbab berjumpa dengan Abang Rumah serta dengan pengalaman beliau dalam bidang hartanah, pinjaman rumah pertama saya lulus dengan mudahnya. "

Akmal, 30, Juruteknik.

Hanya di KULAI, rumah setingkat baru berkeluasan 20 x 70 dilengkapi 3 bilik dan 2 tandas dengan harga RM288K :

✅Booking hanya RM300.
✅0% deposit.
✅Loan senang lulus walaupun gaji sederhana.
✅Cashback besar RM28,800 terus masuk poket!
✅PERCUMA 6 bulan Unifi 100 mbps!
✅PERCUMA life protection selama 100 hari sebanyak RM20,000!
✅PERCUMA TV 32 INCI untuk 3 pembeli terawal!

Tv hanya untuk 3 ORANG TERAWAL YANG LULUS LOAN SAHAJA. Lepas tu, no more hadiah tv ! 🔥

Nak jadi salah seorang yang bertuah? Tekan PM sekarang!

http://sayanakbelirumahpertama.wasap.click/

08/04/2025

Alhamdulilah, tahniah One Dream Team ! 🔥🔥🔥

*DOA UNTUK JOHOR 🤲🏻*Di bulan penuh keberkatan ini, marilah kita terus menzahirkan keprihatinan dan doa buat saudara-saud...
20/03/2025

*DOA UNTUK JOHOR 🤲🏻*

Di bulan penuh keberkatan ini, marilah kita terus menzahirkan keprihatinan dan doa buat saudara-saudari kita yang sedang menghadapi ujian banjir. Semoga setiap kesabaran yang mereka lalui menjadi asbab keberkatan dan kebaikan yang berlipat ganda.

_"Wahai bumi, telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu."_
_(Surah Hud: 44)_

Teruskan berdoa, bersatu hati, dan menghulurkan bantuan semampu yang boleh. Mudah-mudahan Allah SWT memberikan perlindungan, kekuatan, dan jalan keluar bagi mereka yang diuji.

ONE DREAM LEGACY REAL ESTATE E(1)2004
“ Where Your Success Begins”






19/03/2025

KHAS UNTUK LOT BUMIPUTERA SAHAJA ❗️🔥

Jangan lepaskan peluang ini untuk memiliki rumah baru idaman anda di MUTIARA RINI, SKUDAI. 🏡

Yang menarik berkenaan rumah baru dari kami :
👇🏻👇🏻👇🏻
✅ Rumah Cluster Dua Tingkat 32’x70’ 🔥 FULLY EXTENDED
✅ 4 bilik + 4 bilik air 🛌🛀🏻
✅ Dapur basah + dapur kering 👩🍳
✅ Bilik Air FULL TILES
✅ Gated & Guarded 💂
✅ Hak Milik Kekal/ Freehold 📜
✅ Individual Title 📑
✅ Persekitaran Hijauan 🌳

Lokasi yang strategic berdekatan dengan Hutan Bandar Mutiara Rini🥳
🚙 10 mins ➡️ Studium Sultan Ismail
🚗 30 mins ➡️ CIQ
🚙 30 mins ➡️ woodlands

Pakej menarik kami tawarkan kepada anda‼️
👇🏻👇🏻👇🏻
✅ Rebate Yang Tinggi
✅ Percuma Legal Fee
✅ Percuma Stamp Duty
✅ Percuma MOT
✅ Percuma Yuran Maintenances Selama 12 Bulan
✅ Warranty Selama 24 bulan

Harga Bermula dari RM870,870.00 Sahaja 🥰

✅Semak kelayakan percuma
✅Free viewing
✅Free consultant
✅Legal deal & bank loan fully managed
✅Full Loan
✅0% Downpayment
✅Booking fee RM1000 sahaja refundable

⛔️ INTERESTED⁉️

Pls call for viewing & we will provide you with the most professional service & let you have your ideal property!!!

☎️Contact Mr. Kamarul
www.wasap.my/601159575664/MutiaraRiniMTiara

✅SALE ✅BUY ✅RENT

One Dream Legacy Realty SDN BHD E(1)2004
“Your Choice of Dream Home”

26/02/2025

Tinggal 3 hari lagi kita nak sambut bulan ramadhan, semoga dipanjangkan umur kita semua untuk dapat lagi menikmati bulan puasa pada tahun ini. Amin 🤲🏻
Assalamualaikum

26/02/2025

Ya Allah, aku memohon pada mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amalan yang diterima. Amin

Kunci kepada suatu kejayaaan ialah buat sesuatu perkara dengan sepenuh hati dan tenaga sehingga ianya menjadi. Assalamua...
24/02/2025

Kunci kepada suatu kejayaaan ialah buat sesuatu perkara dengan sepenuh hati dan tenaga sehingga ianya menjadi. Assalamualaikum, selamat pagi semua. 🔥

Kejayaan bukanlah tentang seberapa cepat kita mencapainya, tetapi seberapa gigih kita berusaha. Assalamualaikum, selamat...
21/02/2025

Kejayaan bukanlah tentang seberapa cepat kita mencapainya, tetapi seberapa gigih kita berusaha. Assalamualaikum, selamat pagi sahabat hebat semua. ☺️

Address

Johor Bahru
77300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abang Rumah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category