07/09/2019
KENAPA SAYA TAKKAN BELI RUMAH LOW COST WALAUPUN PULANGANNYA TINGGI!
Baru baru ini, saya nampak ramai yang yang komen pasal pelaburan hartanah undercon. Saya hairan kenapa tiba tiba ramai yang komen sedangkan setahu saya mereka ini tak pernah beli pun hartanah undercon, atau buat duit dari hartanah undercon.
Majoriti yang komen adalah mereka yang beli rumah lelong/ low cost dan buat sublet sewa per kepala. Mungkin juga ini game mereka nak menjual seminar mereka jadi mereka buat selective fact-picking untuk menunjukkan keburukan rumah undercon, dan gebang hari-hari pasal rumah low cost yang dibeli dari lelong dan positif cash flow beratus lepas buat sublet atau sewa per-kepala.
Dan cara mereka bercakap, adalah seolah kami tak tahu dan tak faham cara pelaburan mereka. Honestly, cara pelaburan macam ni saya dah tahu semenjak tahun 2005, sebelum beli rumah pertama saya.
Saya buat PILIHAN untuk tidak melabur cara begitu.
KENAPA ANDA PATUT βSAY NO TO LOW COSTβ
9 unit hartanah lelong yang saya beli tahun 2017 pun, adalah hartanah jenis office. Yes, memang saya beli rumah banyak, tapi tiada satu pun rumah yang saya beli adalah rumah low cost, atau rumah untuk golongan miskin atau rumah untuk disewakan pada student atau golongan pekerja asing. Majoriti rumah saya adalah studio dan kondo yang hari ini nilainya melebihi RM300k dan condo semuanya melebihi RM400k.
Saya PILIH untuk tidak jadi kaya dengan mengambil hak orang yang tak berkemampuan.
Ada orang tak kisah guna gaji besar beli rumah low cost, tapi saya memang takkan buat. Dan saya pesan benda yang sama kepada semua student saya dan klien saya. Dan sesiapa yang mahu beli rumah low cost, saya memang tidak akan ambil sebagai student atau klien. Itu prinsip saya.
Kalau saya dan klien beli 10,000 atau 20,000 unit rumah low cost...
-Golongan B40 yang pendapatan tak sampai RM3,000 sebulan ni semua nak tinggal di mana?
- Dan rumah apa patut mereka beli?
- Nak suruh mereka beli kondo RM500k ke?
SAKIT LAH KALAU SEMUA ORANG INVEST DALAM LOW COST
Sebab kalau kami semua yang melabur ni pergi beli hartanah low cost dan buat sewa per kepala, memang cash flow kami akan cantik dari hari pertama. Boleh gebang sembang berbangga di Facebook, dan hina p**a orang yang tak dapat nak beli rumah begini kononnya sebab mereka tak berusaha. Tapi kami pilih untuk TIDAK buat begitu.
Jadi ada sebab kenapa kami lebih rela beli stok berlebihan dari pemaju. Benda yang orang lain tak nak beli. Ambil risiko beli hartanah yang ada kemungkinan tidak disiapkan dan terbengkalai. Yang penting, kami tak ambil hak orang yang tak berkemampuan, beli 5-10 biji hartanah low cost/ mampu milik bawah RM300,000.
Kami pilih untuk melabur cara susah, beli kondo lebih RM400,000. Kami lebih sanggup negative cash flow untuk 1-3 tahun beli kondo (sebab tunggu tempoh matang) dari beli hartanah low cost. Dan ada kondo yang kami beli tak perlu tunggu tempoh matang untuk dapat cash flow positif lebih RM1,000 sebulan, hari ini tanpa perlu ambil hak orang tak berkemampuan.
KALAU ANDA DEGIL DAN NAK JUGAK INVEST DALAM LOW COST, SILA BACA NI
Jadi saya rumuskan :
1. Kami tahu beli low cost boleh buat duit, tapi kami SENGAJA tak buat. Walaupun kami boleh beli dari lelong untuk dapatkan pelepasan, kami masih takkan buat.
2. Kami tahu yang buat sublet atau sewa per-kepala, memang akan dapat sewa lebih berbanding sewa seunit.
3. Prinsip kami adalah lebih baik negatif cash flow sikit dari jadi kaya dengan beli 5-10 low-cost. Asalkan interest cost dan maintenance boleh kita cover dari sewa sementara tunggu tempoh matang.
4. Kami biarkan rumah low cost untuk golongan B40 yang memerlukan. Kita nak jadi kaya cara betul, dan bukan cara ini.
5. Ada saja rumah kondo yang kami beli boleh dapat cash flow positif 4-angka sebulan. Jadi memang kami pilih untuk tak kacau rumah low cost semata-mata untuk cash flow. (Kondo ini baru siap 2019 dan boleh je dapat positif cashflow).
6. Kami tak beli RumaWIP, PR1MA, Rumah Selangorku, Rumah PPA1M dan sebagainya, untuk pelaburan. Yang sepatutnya memang untuk mereka yang nak beli rumah subsidi dari kerajaan. Risiko kami lebih tinggi sebab kami beli hartanah lebih RM400,000 saja. (melainkan studio), tapi kami tidur lena tiap malam sebab kami tahu kami tak ambil rumah low cost yang patutnya untuk orang yang tak mampu.
7. Ada klien saya yang tak tahu benda ini, dah halfway beli 3 unit low cost begini, saya suruh beliau jual semua unit itu pada harga beliau beli. Alhamdulillah beliau ikut nasihat saya dan so far, beliau tak menyesal pun, malahan rezeki beliau terus makin murah.
Kalau anda dah tersilap beli low cost sebelum ini sebab anda tak tahu benda ini, itβs okay.
Anda boleh jual sahaja balik kepada mereka yang betul-betul perlukan rumah pertama pada harga yang adil untuk mereka.
SO NAK BELI RUMAH APA KALAU BUKAN LOW COST, BRO?
Akhir sekali, kalau anda sebenarnya memang mampu (pendapatan lebih RM5,000 sebulan), tapi masih memilih untuk beli rumah low cost (bawah RM300k) untuk pelaburan, dan menutup peluang orang yang tak berkemampuan walaupun ada kondo yang boleh berikan cash flow positif hari ini, saya cadangkan anda jangan datang belajar dari saya. Sebab prinsip kita jauh berbeza.
P/S: Ada ke orang nak saya kongsikan case study buat sewa kondo (kondo yg dalam gambar ni) yang baru siap tahun 2019 ni yang boleh dapat cash flow positif 4-angka?
Kalau ramai yang komen atau kongsi post ini, saya akan kongsikan di sini but kalau tak ramai yang nak tahu, saya kongsikan dalam Road To 3 Million Workshop je lah.