23/01/2020
Bank Negara mengumumkan penurunan OPR dari 3.0% kepada 2.75%
Apa OPR ni? - OVERNIGHT POLICY RATE
Kadar Dasar Semalaman : Faedah yang dikenakan bagi pinjaman di antara bank. Untuk makluman, bank juga membuat pinjaman di antara satu sama lain.
3 perkara yang akan berlaku selepas penurunan OPR, iaitu;
1. Pengurangan Kadar Faedah (Konvensional) atau Kadar Keuntungan (Perbankan Islam)
2. Pengurangan Inflasi
3. Sektor Hartanah Dan Automotif Melonjak
So....
Apa kesan penurunan OPR ni pada kita rakyat marhean? Especially peminjam/pemiutang.
OPR adalah salah satu faktor yang menentukan kadar faedah pinjaman kita.
1. Fixed Deposit rate akan turun. Siapa yang ramai simpan emergency funding dia dalam FD? - yang ni kurang best sebab akan dapat pulangan sikit. So dah sampai masa untuk agih-agihkan pelaburan kepada medium yang lain.
Bak kata sifu saya : Bila ada 10 biji telur, jangan letak dalam 1 bakul yang sama. Kena agih-agihkan telur tersebut ke bakul/bekas yang lain. Sebab, bila 10 telur isi dalam 1 bakul, bakul tu jatuh, habis semua pecah.
2. Kadar Faedah pinjaman (variable rate) pasti akan turun. So sesiapa yang ada buat pinjaman yang berasaskan BR boleh pergi bank dan tanya, berapa saya perlu bayar bulan depan? Confirm akan ada penurunan sikit. Walau macam mana pun, tunggu laaa bank anda buat pengumuman, sebab setiap bank rate nya tak sama.
Oh yaa.... pinjaman beli rumah sahaja yang biasanya terkesan dengan penurunan OPR ni. Personal loan atau Hire Purchase Loan (beli kereta) takde perubahan ya.
Untuk kes macam ni, bila bank negara umum kenaikan OPR, kena juga pergi tanya bank, berapa patut saya bayar bulan depan. Sebab monthly instalment naik, kita masih bayar yg sama nanti akan jadi kurang amount bayaran, so nanti lama-lama akan terkejut, apsal bayar tiap-tiqp bulan tapi pinjaman tak berkurang sebab kita yang bayar kurang, sebab kita tak alert dan bank kenakan interest sebab bayar kurang.
Bagus tak bagus penurunan OPR ni?
Bagi pemiutang, ianya bagus laaa
Bagi pelabur, ada sikit tak syiok laaa
Share jika bermanfaat
Nur Ain
+6012-732 2868
Real Estate Agent
RENZO Realty