Rumah Undercone Teluk Intan

Rumah Undercone Teluk Intan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rumah Undercone Teluk Intan, Real Estate, Johor Bahru.

PENDAFTARAN NROJB (New REN Opportunity) KINI DIBUKA!Buat julung kali Team Masterpiece mengambil inisiatif untuk menganju...
19/09/2022

PENDAFTARAN NROJB (New REN Opportunity) KINI DIBUKA!

Buat julung kali Team Masterpiece mengambil inisiatif untuk menganjurkan training untuk membantu kejayaan anda dalam industri REN, seiring dengan kata2 keramat team Masterpiece “KESATUAN HATI, KEJAYAAN BERSAMA”

# # # # # # # # # # # # # # # # # #
DAFTAR SEKARANG 👇🏻
https://realman.my/saudagarproperty
# # # # # # # # # # # # # # # # # #

Apa yang anda akan pelajari:

✅ Produk, Pengenalan Syarikat, Servis dan Terms and Conditions asas menjadi perunding hartanah

✅ Marketing Plan : Strategi Mudah untuk jana PENDAPATAN RM30,000 dalam masa 3 BULAN. Dengan proven success result!

✅ PENETAPAN MATLAMAT bagaimana untuk anda CAPAI dengan mudah matlamat hidup anda dan keluarkan POTENSI diri sebenar anda!

*******
Sebelum anda mengatakan “alaa… ni training biasa” aku tak perlu training2 ni…”

Saranan saya, anda DAFTAR - HADIR - RASAINYA SENDIRI SEHINGGA TAMAT SESI TRAINING

Jika anda sudah hadir sehingga tamat sesi seminar dan anda rasakan tidak berbaloi, kami akan kembalikan RM50 anda. Sebab objektif kami bukan buat duit dari training, tapi objektif utama kami adalah result yg bakal anda dapat selepas anda BERTINDAK melakukan apa yang anda telah pelajari.

Jangan Lepaskan PELUANG KEEMASAN ini dan DAFTAR SEKARANG! 👇🏻
(Terhad kepada 50 peserta sahaja‼️)

**********
Tarikh Training: 24/9/2022 (Sabtu)
Masa: 8:30 am - 5:00 pm
Tempat: World Care Group Sdn Bhd, Taman Setia Tropika 1/30 Johor Bahru
Yuran Kebijaksanaan:
**********

DAFTAR SEKARANG 👇🏻
https://realman.my/saudagarproperty

09/08/2022

Punahh 😂

terbaik
22/07/2022

terbaik

17/07/2022

Bandar Teluk Intan terletak di selatan negeri Perak, merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini adalah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datoh. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.

Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datuk, Bidor, Tapah,Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.


Teluk Mak Intan
Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.
Nama asalnya ialah Teluk Ma Hitam.
Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan. Kemudiannya Telok Mak Intan telah ditukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.


Sejarah ringkas
1874 John Anderson melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir Berdamar,Batak Rabit dan Durian Sebatang.
1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874.
Bandar ini lebih lewat berbanding Durian Sebatang, Pasir Bedamar dan Batak Rabit. Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang,Bidor dan Tapah.
Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).
Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 - 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai Pegawai Daerah Teluk Intan dan bersara 1882.
15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri
Namun Durian Sebatang terus kekal sebagai penghubung kepada pemunggahan hasil tempatan terutama Bidor danTapah.
Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.
1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.
1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.


Landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang,Taiping dan Kuala Lumpur. Kereta api lebih mudah dan cepat dan boleh mengangkut banyak barang terutama bijih timah dan getah serta kayu balak. Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau Pinang, Prai dan Port Dickson.


1938 Teluk Intan dijadikan Bandar Diraja untuk Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan itu dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918- 1938) yang ketika itu menjadi Sultan Perak
Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.
1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah
1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.
5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak ditubuhkan bagi mengurustadbir kawasan Langkap, Chui Chak, Pelawan, Batu Dua Belas.
Majlis Bandaran Teluk Intan lebih aktif dan tertakluk kepada :
Akta Kerajaan Tempatan 1976
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974
23 April 2003 Majlis Perbandaran Teluk Intan telah dinaiktaraf daripada Majlis Daerah Hilir Perak setelah mendapat kelulusan jemaah menteri
Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak pada 4 April 2004.

Address

Johor Bahru
79### TO 81###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rumah Undercone Teluk Intan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category