09/08/2026
Lelaki ni sebenarnya kena ada “kemahiran berfikir aras tinggi”. 😂
Bukan sebab nak jadi genius.
Tapi sebab bila dah jadi suami dan ayah, hampir semua benda dalam rumah… otak kau akan automatik masuk mode fikir.
Anak nak sekolah, fikir.
Yuran sekolah tak cukup, fikir.
Barang dapur habis, fikir.
Gas habis, fikir.
Paip bocor, fikir.
Sinki tersumbat, fikir.
Lampu rosak, fikir.
Aircond buat hal, auto fikir, “Berapa puluh atau beratus ni?” 😂
Kereta bini minyak dah nak habis, fikir.
Roadtax nak mati, fikir.
Kereta bunyi pelik sikit, belum tahu rosak apa, tapi kepala dah kira 💸💸. 🤣
Anak nak masuk sekolah baru, fikir.
Anak perlukan laptop, fikir.
Anak nak sambung belajar nanti, walaupun masih lama lagi, kau dah mula fikir dari sekarang.
Bil elektrik naik, fikir.
Bil air, fikir.
Internet, fikir.
Komitmen bulanan, fikir.
Rumah nak repair, fikir.
Nak balik kampung, fikir.
Nak bawa family bercuti, fikir.
Hujung minggu nak makan mana pun kadang-kadang…
“Abang fikir.” 😂
Belum campur simpanan.
Dana kecemasan.
Hutang.
Takaful.
Masa depan anak.
Rumah.
Kereta.
Hari tua. 🤣🤣
Dan macam-macam lagi.
Sebab tu kadang-kadang bila kau nampak seorang lelaki duduk diam, pandang jauh…pandang kipas, pandang syilling, pandang tembus dinding
Jangan terus tanya, “Abang okay ke?” 😂
Mungkin dia tengah buka Excel dalam kepala. Buat mesyuarat kewangan negara dalam kepala.
Kira duit masuk.
Tolak komitmen.
Kira baki.
Lepas tu tiba-tiba teringat anak punya yuran bulan depan. 🤣
Lelaki mungkin tak selalu cerita apa yang dia fikir.
Tapi percayalah…
Dalam diam, banyak benda dia sedang cuba pastikan semuanya cukup untuk keluarga.
Yang lelaki-lelaki, apa lagi benda yang korang selalu kena fikir?
Tambah dekat komen. 😂👇