20/08/2024
Cheat Sheet Agung - Urus Hutang
Info by (Saiful Arrifin)
Dibuat khusus untuk bantu mereka yang:
1. Baru nak ambil Pembiayaan
2. Dah ada Pembiayaan, dan nak struktur semula Pembayaran Semula dengan strategi lebih baik
Untuk komit kepada apa-apa Pembiayaan, kita sebaiknya kena ambil tahu dahulu Jenis Pembiayaan yang ada dipasaran supaya kita tak tersilap langkah.
Lama tu ya akan terikat dengan Hutang ni, 9 Tahun - 30 Tahun; ibarat daripada sebelum ada Anak hingga ke dah ada Cucu.
Pertamanya, kena pastikan ianya Syariah lah, iaitu Pembiayaan, bukannya Pinjaman.
Keduanya, kena kenal pasti apa produk yang ada supaya kita lebih berhati-hati sebelum terambil benda yang salah, kemudian kita menyesal tak sudah.
Hutang ni, ada jenis Reducing Balance dan Non-Reducing Balance.
: Reducing Balance = Keuntungan yang kita bayar kepada Pihak Pembiaya akan berkurang ikut Baki Prinsipal kita
: Non-Reducing Balance = Keuntungan yang kita bayar kepada Pihak Pembiaya tak akan berkurang ikut Baki Prinsipal kita
Pastinya Hutang jenis Reducing Balance ini lebih baik lah, sebab lagi cepat kita habis bayar bermakna lebih rendah Keuntungan yang kita bayar kepada Pihak Pembiaya.
Untuk jenis Reducing Balance ini p**a, akan ada dua jenis akaun, iaitu Flexi Rate dan Non-Flexi Rate
: Flexi Rate = Ada fleksibiliti dalam kita nak laksanakan Reducing Balance ini
: Non-Flexi = Tiada langsung fleksibiliti untuk laksanakan Reducing Balance ini.
Untuk Hutang jenis Non-Reducing Balance, sudah pastilah tiada langsung konsep Flexi ini.
Untuk Flexi Rate, ada dua jenis iaitu Full Flexi dan Semi Flexi.
: Full Flexi = Selalunya kita akan ada Akaun Semasa, dan segala Extra Payment akan dimasukkan dalam Akaun Semasa ini.
= Baki Prinsipal akan ditolak daripada jumlah dalam Akaun Semasa ini, jadi Jumlah Keuntungan yang dibayar akan dikira dari Baki ini.
= Katakan tiba-tiba kita perlukan semula duit yang kita bayar sebagai Extra Payment tadi, tak ada masalah sebab kita boleh keluarkan sahaja dan Jumlah Keutungan yang perlu dibayar akan dikira semula ikut apa yang tinggal dalam Akaun Semasa.
: Semi Flexi = Tiada Akaun Semasa. Setiap Advanced Payment yang kita dah buat tidak dapat dikeluarkan semula.
Pastinya, Full Flexi itu lebih baik daripada Semi-Flexi, dan selalunya fasiliti yang ada Full Flexi & Semi Flexi akan mempunyai caj tambahan berbanding dengan Non-Flexi.
Pada masa sama, ada Dua jenis pengiraan Keuntungan yang wujud, iaitu Fixed Rate dan Float Rate.
: Fixed Rate = Pengiraan Keuntungan terhadap Baki Prinsipal akan tetap pada kadar ini hingga habis Pembayaran Semula
: Float Rate = Pengiraan Keuntungan terhadap Baki Prinsipal akan berubah kadarnya ikut OPR semasa
Jenis Float Rate ini ada baik buruknya sebab ada masanya Pembayaran Semula kita boleh jadi lebih rendah jika OPR direndahkan oleh Bank Negara, dan ada masanya akan jadi lebih tinggi.
Untuk mereka yang sukakan stabiliti, biasanya akan pilih jenis Fixed Rate sebab tidak mahu kejutan jika OPR naik pada masa hadapan.
Gabungkan semua ini, sebenarnya ada 5 Jenis Pembiayaan yang wujud di Malaysia:
Non-Reducing Balance:
= Flat Rate (Non-Flexi)
Reducing Balance:
= Fixed Rate (Non-Flexi)
= Fixed Rate (Flexi)
= Float Rate (Non-Flexi)
= Float Rate (Flexi)
Jenis Hutang yang boleh diambil mengikut Jenis Pembiayaan ini:
: Hire Purchase
= Flat Rate (Non-Flexi)
: Personal Loan
= Flat Rate (Non-Flexi)
= Fixed Rate (Non-Flexi)
: Mortgage & ASBF
= Fixed Rate (Non-Flexi)
= Fixed Rate (Flexi)
= Float Rate (Non-Flexi)
= Float Rate (Flexi)
: Credit Card
= Fixed Rate (Non-Flexi)