Bilik sewa/Rumah sewa/Rumah untuk dijual Johor

Bilik sewa/Rumah sewa/Rumah untuk dijual Johor TRUSTED PROPERTY AGENT

BILIK SEWA WANITA📍Pulaiview Appartment,TampoiKemudahan : 🔰24 hours guarded🔰Swimming pool🔰Gym🔰Katil & tilam🔰Almari🔰Dapur🔰...
03/05/2026

BILIK SEWA WANITA
📍Pulaiview Appartment,Tampoi

Kemudahan :

🔰24 hours guarded

🔰Swimming pool

🔰Gym

🔰Katil & tilam

🔰Almari

🔰Dapur

🔰Mesin basuh

🔰Peti sejuk

KEMASUKKAN SEGERA

Bilik medium RM400 (Master Sharing - 1 kekosongan)
Bilik medium RM350 (Sharing - 1 kekosongan)

Access :

3 minit ke B5 Street Market

5 minit ke Angsana Mall

5 minit ke LHDN

10 minit ke Perling Mall

15 minit ke Bandaraya Johor Bahru

15 minit ke Hospital Sultanah Aminah

Untuk maklumat lebih lanjut boleh hubungi

http://www.wasap.my/60174517197/PVA1











Assalamualaikum dan salam sejahterajika anda tercari-cari bilik sewa johor boleh pergi ke group Bilik Sewa Johor ni ya.T...
14/12/2022

Assalamualaikum dan salam sejahtera
jika anda tercari-cari bilik sewa johor boleh pergi ke group Bilik Sewa Johor ni ya.

Terima kasih.

28/08/2022

TAHU BERAPA KITA LAYAK, TAPI BELI IKUT KEMAMPUAN

1) Ramai orang muda sekarang silap buat keputusan masa beli rumah. Ada yang beli tak sampai setahun kemudian jual semula kerana tak mampu nak bayar.

2) Bila jual dengan tempoh pegangan pendek ni, besar kemungkinan dia akan rugi. Harga rumah boleh jadi tak naik dan dia pun terpaksa juga bayar kos sampingan jual beli.

3) Itu pun kalau berjaya jual. Kalau tak berjaya jual, menderitalah bayar rumah tu untuk tempoh yang lama.

4) Silap ni sebenarnya kita boleh betulkan dengan perancangan. Sebelum kita beli rumah, semak kelayakan pinjaman dulu dengan jurubank atau perunding hartanah. Bila dah tahu, jangan terus beli, tapi…

5) Semak kewangan diri kita dengan keluarga. Ini kerana semua orang tak sama. Ada yang ada gaya hidup dan tanggungan besar. Ada yang kena tanggung adik-adik sekolah, mak ayah yang sakit. Jadi buat bajet bulanan, potong belanja yang tak perlu. Kemudian tanya diri kita dua soalan…

6) Berapakah amaun yang kita mampu untuk bayar rumah? Dan adakah dengan bayaran tu kita perlu buat perubahan gaya hidup? Dan apakah kesan perubahan gaya hidup tu?

7) Kalau anda buat langkah yang saya sebut ni, saya yakin rumah yang anda beli tu akan berikan ketenangan dan berkat.

😎 Janganlah kita terlalu seronok nak beli rumah sampai hutang rumah tu jadi beban hingga belanja keperluan untuk keluarga pun terkena tempias. Rumah yang kita duduk walaupun besar, tetapi kalau tidak tenang pun tak kena juga.

31/07/2022

BOLEH KE JUAL RUMAH YANG BELUM HABIS BAYAR?

Antara soalan yang selalu perunding hartanah dapat ialah, kalau rumah ada pinjaman, boleh ke pemilik jual rumah tu? Adakah pemilik kena jelaskan dulu hutang baru boleh jual?

1) Jawapannya, boleh jual sekali pun ada hutang. Dan pemilik tak kena jelaskan dulu hutang tu.

2) Sebabnya bila ada pembeli, pembeli tu biasanya akan dapatkan pinjaman untuk bayar harga rumah.

3) Bank pembeli akan bayar baki hutang pemilik dulu, dan kemudian bayaran keuntungan.

4) Contohnya katakan korang ada rumah berharga RM200,000 dan baki hutang RM150,000. Bank pembeli akan bayar baki hutang RM150,000 tu dulu kepada bank korang.

5) Bila dah settle dan geran dah daftar atas nama pembeli, korang akan dapat RM50,000 sebagai keuntungan.

6) Jadi korang takdelah kena tunggu rumah tu habis bayar, baru boleh jual.

RUGI KE BELI HARTANAH LEASEHOLD? Ada orang, kot mana pun dia tak nak beli hartanah pegangan leasehold. Depa takut lepas ...
17/07/2022

RUGI KE BELI HARTANAH LEASEHOLD?

Ada orang, kot mana pun dia tak nak beli hartanah pegangan leasehold. Depa takut lepas tempoh pajakan tamat, kerajaan ambil balik hartanah tu. Baik beli hartanah freehold, betul tak? Tak betul. Kalau kerajaan nak ambil tanah ni, tak semestinya leasehold. Freehold pun mereka boleh ambil.

1) Ada pun hartanah leasehold, sebelum tempoh pajakan tu tamat, korang boleh perbaharui tempoh tu. Walaupun melibatkan kos, kemungkinan besar lepas korang renew, harga hartanah tu pun akan naik.

2) Dan ramai juga orang tak tahu, hartanah leasehold ni kebanyakannya terletak dekat kawasan bandar yang dekat dengan tempat kerja dan juga fasiliti.

3) Memanglah tak nafi ada hartanah freehold dekat kawasan bandar. Tapi ini pun kita boleh kata kawasan lama. Tanah-tanah baru semuanya status leasehold. Kawasan freehold tengah bandar ni harganya bukan lagi mampu milik. Harga memang mahal.

4) Opsyen seterusnya yang korang ada ialah beli hartanah freehold luar bandar, yang mana jaraknya jauuuhh dengan tempat kerja. Bila jauh, dah tentu ada kos dari segi masa dan wang ringgit untuk perjalanan pergi balik ke tempat kerja dan fasiliti. Jangan pandang rendah kos ni.

5) Kalau korang buat pelaburan pun, pertimbangan freehold vs leasehold ni pun mungkin perkara kedua. Yang paling penting, rumah tu ada permintaan atau tidak. Kalau rumah tu leasehold, ada akses yang baik, dekat dengan kemudahan dan fasiliti, dah tentulah nak sewa atau nak jual balik kemudian tak terlalu susah.

6) Jadi, kalau korang dah berkenan dengan satu rumah dan part yang tak kena bahagian leasehold tu je, janganlah sebab tu jadi penghalang korang beli rumah.

Semoga artikel ni bermanfaat untuk korang buat keputusan.

Jom sertai kami sebagai perunding hartanah!!!

http://www.wasap.my/60174517197/nakjointeam



WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

08/06/2022

CARA SEMAK HARGA PASARAN RUMAH

Sebelum korang jual rumah, semaklah harga pasaran tu dulu supaya korang dapat tetapkan harga jualan yang baik. Macam mana nak semak harga pasaran ni?

1) Langkah yang paling tepat ialah korang lantik penilai profesional untuk nilaikan rumah korang. Mereka akan datang ke rumah dan keluarkan laporan penilaian. Cuma cara ni ada kos yang korang kena bayar.

2) Sebagai alternatif, korang juga boleh tanya ejen hartanah atau banker. Mereka boleh bagi ANGGARAN harga pasaran. Cumanya korang kena ingat, diorang ni tak ada tauliah dan anggaran harga mereka tu tak tepat macam korang lantik penilai profesional.

3) Korang juga boleh semak anggaran harga pasaran melalui portal Brickz.my. Dekat laman web ni ada data transaksi jual beli. Dari sini korang boleh tengok berapa harga rumah yang pernah terjual dekat kawasan rumah korang.

4) Atau semaklah dekat portal iklan macam Mudah.my. Buka iklan hartanah yang sama jenis dengan rumah korang dan puratakan harga tu.

5) Semoga posting ni membantu. Tapi sebelum korang iklan rumah, korang kena tahu satu perkara. Harga pasaran ni TAK MENENTUKAN sama ada rumah tu boleh terjual atau tidak. Nanti kita sambung dalam posting akan datang.

🛎🛎🛎Info terkini kepada pembeli rumah  / owner yang nak refinance rumah , rate terbaru untuk bank selepas naik OPR 0.25. ...
07/06/2022

🛎🛎🛎

Info terkini kepada pembeli rumah / owner yang nak refinance rumah , rate terbaru untuk bank selepas naik OPR 0.25.

Semoga bermaafaat !

BERITA HARI NI, BANK NEGARA UMUM OPR DINAIKKAN.. OPR DARI 1.75% NAIK KEPADA 2.00% ❗➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖Nanti ada yang tanya, OPR...
11/05/2022

BERITA HARI NI, BANK NEGARA UMUM OPR DINAIKKAN..

OPR DARI 1.75% NAIK KEPADA 2.00% ❗
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Nanti ada yang tanya, OPR ni apa kejadah kan❓okey.. Kita guna bahasa yang senang paham lah..

BAHASA MUDAH, Interest rate naik 0.25%..

Kalau sebelum ni, interest loan korang 3.25%, bila OPR naik 0.25%, maka loan korang sekarang interest jadi 3.5%. Paham❓

Kalau belum paham.. Meh nak tunjuk sedikit pengiraan..

Contoh Loan sekarang ni RM200,000
✅ Interest 3.25%
✅ Tempoh loan 35tahun
✅ Bulanan adalah RM797

KALAU NAIK 0.25%, maka 👇
✅ Interest baru 3.5%
✅ Tempoh loan 35tahun
✅ Bulanan adalah RM 826 😂

Apa yang akan terjadi kalau kita abaikan BERITA ni, dan bayar ansuran bulanan macam biasa sahaja, tanpa TOPUP BAYARAN 👇

1️⃣ LOAN korang lambat habis

2️⃣ Mungkin suatu masa nanti, jumlah baki
loan, lagi tinggi dari pinjaman jumlah yang asal. Contoh pinjam 100k, dah bayar 10tahun, baki ada lagi RM120K 😂

3️⃣ Berlaku tunggakan dalam report CCRIS BANK NEGARA

4️⃣ Tempoh loan bertambah panjang

5️⃣ Amount pinjaman dah tak selari dengan jumlah coverage takaful.

6️⃣ Dan banyak lagi lah...

Bagus ke tak bagus OPR ni naik sebenarnya?

✅ OPR naik bila ekonomi tengah rancak. Dan ekonomi dah mula nak stabil balik.

✅ Bila ekonomi dah stabil, maka kadar dividen, bonus, atau pulangan, kebiasannya @ mungkin akan lebih tinggi dari tahun-ii sebelum ni.

✨ Nak cakap OPR naik ni, benda yang tak best, tak betul jugak.. Tapi tu lah, ansuran bulanan kat bank naik, tapi gaji tak naik-ii kan❓So, boleh la fikir mcm mana nak urus kita punya kewangan balik, supaya tak bleeding gaji setiap bulan 😊.

Hi Guys..Bilik Sewa WANITA di Lagenda Tasek Apartment JBPROMOTION One Month Deposit Cut Off till -50%Utility Deposit FRE...
14/02/2022

Hi Guys..
Bilik Sewa WANITA di Lagenda Tasek Apartment JB
PROMOTION One Month Deposit Cut Off till -50%
Utility Deposit FREE
[ Promotion till 15 February 2022 ]
*Terms and conditions

Bilik available :

BILIK MASTER SHARING 3 ORANG
2 kekosongan
RM320 seorang

BILIK MEDIUM SHARING 2 ORANG
1 kekosongan
RM330 seorang

BILIK SINGLE (Katil Double Dacker)
1 kekosongan
RM270 seorang

**Harga termasuk bill api air

Berminat boleh click link di bawah untuk details bayaran
www.wassap.my/0174517197/MybilikLTA1
www.wassap.my/0174517197/MybilikLTA1
www.wassap.my/0174517197/MybilikLTA1



B I L I K   S E W A   W A N I T A (PULAI VIEW APARTMENT) TAMPOI JOHOR BAHRUKemasukan segera dan bulan Mac 2022Bilik Mast...
14/02/2022

B I L I K S E W A W A N I T A
(PULAI VIEW APARTMENT) TAMPOI JOHOR BAHRU
Kemasukan segera dan bulan Mac 2022
Bilik Master Sharing Berdua Sahaja
RM380/perhead (Termasuk Bill Api Air)
Bilik Medium Sharing Berdua Sahaja
RM310/perhead (Termasuk Bill Api Air)
Lokasi Berdekatan:
- Lokasi di tengah-tengah Bandar JB
- 10 minit ke Paradigm Mall
- 15 minit ke CIQ JB Customs
- 10 minit ke Plaza Angsana/Tampoi
- Kedai Runcit ( Bawah Apartment )
- Ada kawalan security (Kawasan yang selamat)
KELENGKAPAN :
- Peti Sejuk
- Dapur gas untuk memasak
- Mesin Basuh Baju
- Meja Makan
- Katil & tilam
- Almari Baju
- Cuma bawa baju dan bantal sendiri sahaja.
Berminat Boleh Terus Hubungi saya
www.wassap.my/0174517197/MybilikPVA








Address

Johor Bahru
81700

Telephone

+60174517197

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bilik sewa/Rumah sewa/Rumah untuk dijual Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bilik sewa/Rumah sewa/Rumah untuk dijual Johor:

Shortcuts

Share