Perunding Hartanah Johor - Abe Din

Perunding Hartanah Johor - Abe Din Kami membantu Anda menjual / membeli hartanah

Kami membantu Anda mengubahsuai rumah supaya cepat l

05/07/2023

1.
Taman Seri Austin sebelah Bandar Dato Onn
Gated & Guarded
Teres 2 Tingkat
4 bilik 3 Bilik Air
Bumi Lot
1,400kp
Unblock View

Harga Jualan RM510k
Market Value RM550k

========================================

2.
Apartment Titiwangsa Bandar Baru UDA
Gated & Guarded
Tingkat 2
3 Bilik 2 Bilik Air
International Lot
1,080 kp
Unblock View

Harga Jualan RM250k
Market Value RM275k

========================================

3.
Horizon Hills sebelah Bukit Indah & Legoland Malaysia
Gated & Guarded
Teres 2 Tingkat
4 bilik 3 Bilik Air + 1 Stor
Bumi Lot
1,400kp
Unblock View

Harga Jualan RM690k (Negotiable)
Market Value RM750k

========================================

Ada yg minat utk masuk meminang x...?
Semua Listing hot Area ni...?
Nak buat Homestay boleh.... Nk dijadikan bilik sewa boleh.... nk dijadikan rumah tumpangan sementara pun boleh....

Semua positive Cash Flow (Bergantung pada cara marketing anda)....

Saya dah buka peluang, anda pilih lah... Beli rumah x rugi... yg sewa rumah sampai 10-20 tahun ini yg kurang bagus... sbb apa abe din ckp mcm tu sbb anda mampu bayar sewa rm1,000 pada tuan rumah tiap2 bulan... sudah tentu anda mampu bayar pada bank rm1,000 tiap2 bulan...

Awak x nak ke jadi tuan rumah p**a, collect sewa je tiap2 bulan...????

Ada yg nk buat full loan pun abe din boleh adjust... tp sebenarnya full Loan ni lagi tinggi interest nya... jika anda seorang yg x kisah berkaitan Interest... abe din okey je...

012-9526764 Tekan no ni utk semak kelayakan dulu.... Salam Zohor....

Alhamdullilah... Settle urusan pembelian hartanah beliau di Pangsapuri Suria Muafakat.. Dia first yg pm abe din nk beli ...
29/03/2022

Alhamdullilah... Settle urusan pembelian hartanah beliau di Pangsapuri Suria Muafakat.. Dia first yg pm abe din nk beli rumah ni.. doc pun dah complete.. tinggal proses sahaja..

Abe din sbg pengantara atau pemudah cara sahaja.. yg lain kita berserah pada Allah swt..

Dia tidak lepaskan peluang keemasan yg ada.. tidak menunggu lama utk ambil tindakan...

Akhirnya... minggu lepas kita serah complete set kunci rumah beliau...

Tahniah Puan Sheila bekerja sbg jururawat di HSI telah buktikan yg dia mampu membeli rumah di bandar JB, dekat dengan tempat kerja hanya 10 minit sahaja...

Semoga rumah ini menjadi tempat berteduh yg baik utk keluarga Puan Sheila..

Perunding Hartanah Abe din
Mohd Nor & Partner (JB) Sdn Bhd

31/07/2021
Moga dapat pengajaran dari kisah ini. Seorang bapa berkata kepada anaknya:"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini a...
28/07/2021

Moga dapat pengajaran dari kisah ini.

Seorang bapa berkata kepada anaknya:
"Kamu lulus peperiksaan dengan kepujian, ini adalah kereta yang ayah beli bertahun-tahun yang lalu. Ayah sayang dan simpan untuk hadiahkan kepada kamu"

Si anak melihat kereta yang agak lusuh dan terbiar lama di garaj usang.

"Tetapi sebelum ayah berikan kepada kamu, bawalah ke kedai menjual kereta terpakai dan beritahu mereka bahawa kamu ingin menjualnya dan lihat berapakah nilai yang akan mereka tawarkan kepada kamu."

Anak lelaki itu pergi ke kedai kereta terpakai dan kembali kepada bapanya dan berkata:

"Mereka menawarkan saya 5000 kerana kereta itu tidak terjaga dan kelihatan sangat usang."

Si bapa berkata, "Cuba bawa ke kedai yang boleh di gadai."

Anak lelaki itu pergi ke kedai gadai. Kembali kepada bapanya dan berkata:

"Kedai itu menawarkan 500 saja kerana ia adalah sebuah kereta yang sangat tua."

Kemudian Si bapa meminta anaknya pergi ke sebuah kelab kereta dan menunjukkan kepada mereka kereta itu.

Anak lelaki itu membawa kereta itu ke kelab, kembali dan memberitahu bapanya:

โ€œBeberapa orang di kelab itu menawarkan 100,000 untuknya kerana ia adalah Nissan Skyline R34. Kereta ikonik dan dicari oleh banyak orang.

Si bapa berkata kepada anaknya:

"AYAH NAK KAMU TAHU. TEMPAT DAN ORANG YANG TEPAT MENGHARGAI KAMU DENGAN NILAI YANG BETUL"

*****

Sekiranya kita tidak dihargai, jangan marah, ini bermakna kita berada di tempat yang salah.

Mereka yang benar kenal pasti tahu bagaimana untuk menghargai.

Jangan tunggu lama2 ditempat kita tidak dihargai. Jangan buang masa berurusan dengan orang yang tidak menghargai kita.

Credit : Mohamad Faidzal via Jipilli Saikar

Ampun Tuanku...Tuanku sungguh berjiwa Rakyat.. Terbaik...
28/07/2021

Ampun Tuanku...
Tuanku sungguh berjiwa Rakyat.. Terbaik...

25/07/2021

OPEN SEMULA FOR SALE OLEH KERANA PEMBELI MEMPUNYAI MASALAH KEWANGAN.... YG MANA BERMINAT SEBELUM NI, SAYA DAH WASSAP BALIK SEMULA.. SILA CHECK WASSAP & FB MASSENGER YA.. PELUANG ANDA YG BERTANYA SEBELUM NI MASIH CERAH UTK MEMILIKI HARTANAH INI...

YG MANA BARU NK BERTANYA BOLEH DIRECT WASSAP TEKAN LINK DI BAWAH

Wasap.my/60129526764/InginbeliApartmentBukitSaujana

19/07/2021

๐ƒ๐Ž๐€ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ - ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข, ๐Ÿ๐Ÿ—/๐Ÿ•/๐Ÿ๐Ÿ ๐‘๐ž๐›๐ฎ๐ญ๐ฅ๐š๐ก ๐ฌ๐š๐ญ๐ฎ ๐ฃ๐š๐ฆ ๐ข๐ง๐ข.

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah saudara-saudaraku dan sahaba-sahabatku dari neraka. Kurniakan mereka hidayahmu.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku kepadaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku kepada keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari iblis, syaitan dan jin. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa.

30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kequfuran, putus asa, salah laku dan syirik.

31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

32. Ya Allah tamatkanlah segera wabak Coronavirus Covid 19 ini agar kami dapat kembali hidup seperti sedia kala bekerja, beribadah di masjid, menyambut hari raya, berjumpa ibu bapa dan keluarga.

๐‹๐ข๐ค๐ž & ๐’๐ก๐š๐ซ๐ž

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2021 jatuh pada 19/07/2021 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

๐‘ผ๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’…๐’๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‘๐’‚๐’๐’Š๐’๐’ˆ ๐’Ž๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’‹๐’‚๐’ƒ ๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’Š ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‚๐’…๐’‚ ๐’…๐’Š ๐‘ด๐’‚๐’๐’‚๐’š๐’”๐’Š๐’‚ ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’Ž ๐’˜๐’‚๐’Œ๐’•๐’– ๐’”๐’๐’๐’‚๐’• ๐‘จ๐’”๐’‚๐’“ ๐’‹๐’‚๐’Ž 5.21 ๐’‘๐’†๐’•๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‰๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’‚ ๐’‹๐’‚๐’Ž 6.21 ๐’‘๐’†๐’•๐’‚๐’๐’ˆ. ๐‘น๐’†๐’ƒ๐’–๐’•๐’๐’‚๐’‰ 1 ๐’‹๐’‚๐’Ž ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’‘๐’†๐’๐’–๐’‰ ๐’Š๐’”๐’•๐’Š๐’Ž๐’†๐’˜๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š ๐’–๐’๐’•๐’–๐’Œ ๐’Œ๐’Š๐’•๐’‚ ๐’‚๐’๐’ˆ๐’Œ๐’‚๐’• ๐’…๐’๐’‚ ๐’Œ๐’† ๐’๐’‚๐’๐’ˆ๐’Š๐’• ๐‘จ๐’๐’๐’‚๐’‰. ๐’˜๐’‚๐’Œ๐’•๐’– ๐’Š๐’๐’Š ๐’–๐’•๐’Œ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’…๐’๐’‚ ๐’Œ๐’†๐’“๐’‚๐’๐’‚ ๐’Š๐’๐’Š ๐’‚๐’…๐’‚๐’๐’‚๐’‰ ๐’˜๐’‚๐’Œ๐’•๐’– ๐’š๐’ˆ ๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐’Ž๐’–๐’”๐’•๐’‚๐’‹๐’‚๐’ƒ. ๐‘บ๐’†๐’๐’‚๐’Ž๐’‚๐’• ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’Š๐’ƒ๐’‚๐’…๐’‚๐’•!

Aamiiin...๐ŸŒน

17/06/2021
BAHAYA KIPAS NI.. JIKA TGH BERPUTAR TIBA2 PATAH SENDIRI.. SERAM JUGAK... Ada yang guna kipas jenis ni ke dekat rumah?hat...
06/06/2021

BAHAYA KIPAS NI.. JIKA TGH BERPUTAR TIBA2 PATAH SENDIRI.. SERAM JUGAK...

Ada yang guna kipas jenis ni ke dekat rumah?hatiยฒ ye..bilah kipas ni boleh patah dengan sendirinya..sebelum ni saya perasan ada yang post dekat group deko-deko, bilah kipas rumahnya patah tetiba.saya macam tak percaya juga sebab macam pelik, macam mana boleh patah dengan sendiri kalau tak ada yang ketuk, bila dah kena dekat diri sendiri, barulah saya percaya, ianya bukan rekaan, tapi betul-betul boleh berlaku..kipas yang saya guna ni jenama Deka.betul-betul patah, bukan skru tercabut ye..boleh tengok dekat gambar yang saya attach seterusnya.

Tengah malam tempohari, anakanda Damia Husna ketuk bilik kami, bagitahu daddy dia yang kipas dapur ini tertanggal sendiri.dia terkejut sebenarnya dengar bunyi benda jatuh.mujur masa kejadian, kipas tak berfungsi.kami semua dah tidur.saya cuma risau jika sedang berfungsi, tiba-tiba patah bilahnya..๐Ÿ˜ฃNauzubillahhiminzalik..

Alhamdulillah..Allah lindungi kami semua.cuma kepada yang memasang kipas jenis macam ini, harap berhati-hati ye..

Kredit to : Sarina Basir

Murah & Jimat... Cara2 utk kurangkan haba dlm rumah, lagi2 musim skrg ni, Panas betul walaupun dah pasang kipas.... mcm ...
19/05/2021

Murah & Jimat... Cara2 utk kurangkan haba dlm rumah, lagi2 musim skrg ni, Panas betul walaupun dah pasang kipas.... mcm mn brader ni buat... Jom Baca sama2 & share pada kawan

==========================================

Aluminium Foil @ Heat Insulator @ Heat Barrier @ penebat haba

Assalammualaikum, hari ni share projek kecil2an yang b*k kali jadi bahan bincang, bertanya & dptkan info. Pemasangan Aluminium Foil @ Heat Insulator @ Heat Barrier @ penebat haba.
Setelah mengali segala jenis tips, ilmu & info dlm T.A.H.I, utube & net, sya mulakan pemasangan pada 13 Mei 2021 jam 11.00pagi (1st raya) sehingga 16 Mei 2021 (3jam pagi & lepas asar 3 jam lagi). Pasang seseorang & santai2.

Alat spt dlm gambar:

(Hammer stapler warna kuning tu jenama HOTAK.....JANGAN beli jenis ni, menyusahkan.....sekejap boleh sekejap xleh. Beli yg warna crome jenama STAG)

Alat yang sentiasa digunakan semasa pemasangan spt dlm gambar hammer stapler (peluru extra sekali), mask, pisau (potong bhgian penjuru/lekuk), pelekat aluminium (utk kemaskan yg longgar) & mask (elak hidu debu/habuk). Kipas ikut kemampuan sendiri menahan bahang yg amat.

Tips:
Sentiasa UTAMAKAN KESELAMATAN. Setiap langkah @ tempat memijak hanya pada kayu/besi utama. Gunakan plywood 2kakix4kaki (12 mm tebal) sebagai alas. Saiz alas ikut selera sendiri.
Alat paling PENTING = Hammer stapler (jenama Stag RM29). Pastikan berfungsi dgn baik. Guna 'peluru' 8mm da memadai (sesuai utk ketebalan Aluminium foil 3mm - 10mm).
Cara pemasangan : Pastikan ada ruang pengudaraan antara atap genting/zink/metaldeck dgn aluminium foil (lebih kurang 1/2 jengkal). Rumah sya guna sokongan genting kayu, pasang pada kayu penyokong (lihat gambar). Tinggalkan ruang terbuka sebelah bawah sekali atap (lihat gambar) utk laluan udara panas keluar ke atas. Bhgian tgh sya tutup rapat & akan dtg akan pasang turbine vent baru potong lubang udara panas keluar.
Dlm bumbung ada b*k wayar letrik & paip air - JANGAN PIJAK @ ELAKKAN TERPIJAK. PIjak wayar terdedah = kejutan letrik. Pijak paip air = tambah kerja baiki paip plak.
Utk bawah naik peralatan, plywood, kipas & sebagainya, sya terpaksa korbankan 1 siling. Siap kerja ganti dgn siling plywood yg dipasang dgn skru supaya akan dtg senang buka semula.
Cahaya dlm mesti cukup kecuali ada mata mcm burung hantu. Sya pasang lampu kekal dlm tu (tgok gambar). Lampu picit utk tempat2 sempit.
Bersedia utk kerja dlm keadaan duduk, meniarap, baring, separa berdiri & berdiri yg xbrapa tegak.
Last...pastikan buat kerja ni semasa cuti. Fuh! penat lain mcm. Badan lenguh2 sampai sekarang. Kecuali korang tukang full time yg stamina mmg maintain.
Rumusan
Soalan paling femes - 1)Berbaloi ke pasang benda ni? 2)Rumah jadi sejuk menggigil? 3)Bahang boleh kurang? 4)Jenis penebat mcmmna yg sesuai?
Jawapan tulus:
Ya amat berbaloi utk jangka masa panjang
Rumah teres 2 tingkat. Tgkt 1 suhu jadi tahap selesa. Sebelum ni kalo tgok tv, mahu berpeluh gak celah kaki & ketiak. Dalam bilik sebelah tghari yg sebelum ni membahang tahap kukus, sekarang da boleh lepak tapi kena pasang kipas.
Bahang CONFIRM berkurangan mendadak tapi xda la sampai sejuk mengigil. Kalo pasang sekali dgn Turbine Vent rasanya akan lebih baik (projek seterusnya).
Sya gunakan penebat Aluminium Foil double sided dgn XPE di tengah (jenis penebat efisyien) dgn tebal 3mm. Pendapat sya, aluminium foil double sided yg penting supaya haba xtembus, penebat di tengah jenis bubble @ XPE @ jenis lain perlu ada tapi xsemestinya jenis XPE (bubble lebih murah). Yg penting pemasangan mesti betul.

Kos
Ni yg paling org minat nak tahu. Ada bahan yg sya beli & ada yg da sedia ada. Yg dibeli:
Aluminium foil 2 gulung (segulung 1.2meter x 30 meter) - RM964.40 (1 gulung - RM482.20)
Hammer stapler (Stag)- RM29
4 kotak 'peluru 8mm' - RM6.90 x 4 = RM27.60
4 x Plywood 9mm (ni tebal yg sya guna tapi cukup2 tampung berat) - RM45 sekeping (4 kaki x 8 kaki) = RM180
2 roll Pelekat aluminium - RM8/roll = RM16
KOS KESELURUHAN = RM1217

Harap ini membantu. Terima kasih admins benarkan post panjang yg amat ini.

Kredit to : FB Azmic AB

Semoga Allah swt memudahkan akak ini utk teruskan kehidupan membesarkan anak2... Admin balik ni, akan terus ke rumahnya ...
19/05/2021

Semoga Allah swt memudahkan akak ini utk teruskan kehidupan membesarkan anak2... Admin balik ni, akan terus ke rumahnya utk bawa bekalan makanan supaya dia dpt makan & minum seperti mana org lain makan... Ikuti kisah akak ni...

==========================================

MAKAN NASI DENGAN BAWANG

PASIR GUDANG -Sambutan perayaan Aidilfitri tahun ini suram buat seorang ibu tunggal Nor Azlinawati Muda, 38, bersama-sama tujuh orang anaknya.
Nor Azlinawati Muda memberitahu, selepas bercerai dia gigih mencari pekerjaan untuk menampung kehidupannya.

Walaupun tidak ada pilihan, Nor gagahkan diri untuk bangkit demi anak-anak kesayangannya.
Bagaimanapun, menurutnya, pekerjaannya sebagai seorang operator kilang hanya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan harian dia sekeluarga, sekali gus tidak mampu untuk berbelanja lebih bagi menyambut Aidilfitri.
Menurutnya, gaji bulanannya memang semuanya digunakan untuk komitmen bulanan seperti sewa rumah, belanja keperluan anak dan bil-bil lain.

Itu pun, kadang-kadang tidak cukup, hinggakan pada satu-satu masa beras pun tak sampai secupak untuk dikongsi bersama.
โ€Pernah saya nak beli bawang sampai cari-cari kalau ada 50 sen tapi tak jumpa, jangan cakap 50 sen nak cari 10 sen pun saya pernah tak jumpa sampai tahap macam tu,โ€ kata Nor dengan sayu sambil memandang anak-anak disekelilinginya.

Biarpun tidak berdaya berbelanja besar untuk Hari Raya, Nor berkata, dia ada beli serbuk rendang dan biskut hasil sumbangan insan-insan yang prihatin dengan nasibnya.

โ€œSekurang-kurangnya anak-anak ada makanan untuk dijamah di pagi raya,โ€ katanya yang dikelilingi oleh anak-anaknya semasa kehadiran MalaysiaGazette di rumahnya di Flat Cenderai di sini.
Meskipun dalam kekurangan, Nor sentiasa bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan semua anaknya selepas diceraikan pada tahun lalu.
Untuk menanggung keperluan anak-anaknya, Nor berkata, dia perlu bekerja kira-kira 12 jam sehari.
โ€œSaya perlu gagahkan diri untuk mereka,โ€ kata Nor dalam sebak.

Sementara Nor bekerja, anak sulungnya yang berusia 17 tahun akan menjaga anak-anak lain yang berusia antara 15 hingga dua tahun.
Katanya lagi, hanya dua orang anaknya yang masih bersekolah manakala yang lain telah keciciran pembelajaran akibat masalah peribadi yang dihadapinya sebelum ini, selain kerana terpaksa berpindah rumah.
Memandangkan kehidupan getir yang perlu dijalani sekarang, Nor berharap dapat menyewa perumahan rakyat agar lebih dekat dengan tempat kerja.
Selain itu mahu menyegerakan persekolahan anak-anaknya.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Permata Baiduri Malaysia (Permata), Faridah Hamzah berkata, pihaknya akan membantu keluarga itu mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan berpindah ke rumah yang lebih selesa.

โ€œKetika ini mereka menyewa di flat yg agak usang dengan persekitaran kurang selamat kerana terdapat ramai warga asing dengan risiko kes jenayah dan jauh dari tempat kerja ibu ini,โ€ katanya p**a.
Dalam kunjungan itu, Permata turut menyampaikan sumbangan barang keperluan dan duit raya untuk keluarga terbabit.

Orang ramai yang bersimpati dengan nasib keluarga ini bolehlah menyalurkan bantuan menerusi akaun CIMB Bank Nor Azlinawati Muda 7068 556746.

Kredit diberikan kepada : Page JOHOR DARUL TAKZIM

Address

Johor Bahru
80000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perunding Hartanah Johor - Abe Din posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share