08/07/2021
" TIPS ANAK MUDA NAK LAMAR BANK UNTUK PINJAMAN RUMAH "
Bunyi macam kelakar tapi masuk akal. Bukan manusia je boleh terima lamaran, bank pun boleh terima lamaran dengan budi bicara
1. Semak kelayakan
Benda pertama korang kene buat sebelum nak mohon pinjaman ialah pastikan korang telah buat semakan kelayakan terlebih dahulu. Macam mana nak semak? Korang boleh pergi ke bank dan jumpa dengan pengawai bank yang menguruskan pinjaman rumah atau korang boleh minta perunding hartanah untuk membuat semakan. Jangan main meluru je pegi bank lepas tu korang hampa sebab pinjaman tak lepas. Kalau lepas boleh lah korang bersuka-ria dan buat proses seterusnya
2. Simpanan yang tetap
Simpanan yang tetap dan mencukupi ni sangat penting untuk korang buktikan dengan pihak bank bahawa korang sudah mempunyai kewangan yang mantap untuk membuat pinjaman perumahan. Kalau tak ada simpanan bank akan ragu-ragu pulak nanti nak bagi pinjam duit. Takut nnti kalau ada apa masalah korang tak dapat nak bayar
3. Maintain baki akaun dalam bank
Maksud dekat sini, korang kene pastikan dekat akaun korang tu masih ada duit lagi sebelum korang terima gaji bulan seterusnya. Sekurang-kurangnya masih ada dalam RM100-RM200 untuk permulaan. Gaji korang tu jangan terus dihabiskan sebelum tengah bulan. Dekat situ pun bank dah tak yakin nak bagi pinjam.
4. Rekod CCRIS cun
CCRIS memang penting dan dokumen paling awal akan dilihat oleh bank. CCRIS tak cantik je , pinjaman korang akan dihold dulu. Bank akan minta korang cantikkan CCRIS dulu baru boleh proses pinjaman. Pastikan kalau korang bayar ikut tarikh ' due date ' kalau korang dah ada rekod CCRIS ni.
Contoh CCRIS :
Kereta
PTPTN
Kad Kredit
Pinjaman Peribadi
5 . Dokumen yang lengkap.
Korang yang dah biasa pergi survey-survey rumah kan, mesti perunding hartanah / consultant akan tanya mengenai dokumen. Diaorg tanya awal-awal sebab diaorg nak memudahkan kerja korang untuk bersedia lebih awal.
Tak semua orang kene sediakan dokumen yang sama . Kalau korang ada bisnes ada beberapa dokumen tambahan contohnya korang kene sediakan laporan bayaran cukai tahunan. Kalau kerja di luar negara pun ada bebrapa dokumen tambahan yang diperlukan. Apa-apa pun sebelum nak buat pinjaman perumahan pastikan dokumen korang tu lengkap dulu baru pergi bank.
Klik link di bawah untuk dapatkan tips-tips menarik dan perlbagai perkongsian :
Follow Page RAF Property
Tips Hartanah di Telegram
https://t.me/perundinghartanahFatinAhmad
Semak Kelayakan Rumah
https://linktr.ee/PropertybyFA