09/10/2023
Hati-hati. Jangan sampai duit melayang.
Dekat Malaysia ni semua benda mahal. Nak beli apartment pun mahal. Nak beli tanah lot banglo sebesar 4,000 kaki persegi pun ada yang sampai harga 250k.
Sebab tu ramai orang kita s**a beli lot lidi, RM30k dah dapat. Lepas tu ramai lah yang terduduk bila dit1pu oleh pengusaha tanah lot lidi.
Pengusaha lot lidi sekarang sudah semakin bijak dan licik. Mereka kelihatan seakan profesional dalam bidangnya, sedangkan semata untuk meyakinkan para pembeli.
Pengusaha ni sedar pembeli masa kini sudah semakin celik dengan keperluan-keperluan dalam membeli tanah termasuklah kepentingan geran, syarat tanah, syarat permohonan kebenaran merancang, pelan juruukur dan sebagainya.
Maka pengusaha ni akan cuba sedaya upaya 'beradaptasi' dengan teknik pemasaran (pen1pu@n) dengan memasukkan spesifikasi berikut:
-> Akan proses geran individu
-> Akan 'convert' status Bangunan
-> Lengkap Infrastruktur
-> Pembiayaan disediakan (Personal Loan)
Jom kita tengok perbezaan harga tanah lot kediaman banglo berbanding lot lidi:
Kedah
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM160,000
Tanah Lot Lidi: RM35,000
Perlis
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM120,000
Tanah Lot Lidi: RM15,000-35,000
Perak
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM130,000
Tanah Lot Lidi: RM40,000
Johor
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM140,000 - RM180,000
Tanah Lot Lidi: RM55,000
Selangor
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM160,000 - RM200,000
Tanah Lot Lidi: RM80,000
Negeri Sembilan
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM200,000
Tanah Lot Lidi: RM60,000
Pahang
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM140,000
Tanah Lot Lidi: RM50,000
Melaka
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM180,000
Tanah Lot Lidi: RM55,000
Terengganu
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM140,000
Tanah Lot Lidi: RM29,000
Kelantan
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM100,000
Tanah Lot Lidi: RM40,000
Sabah
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM150,000
Tanah Lot Lidi: RM40,000
Sarawak
Tanah Lot Kediaman (Bergeran): RM90,000
Tanah Lot Lidi: RM45,000
Banyak boleh jimat kan. Sapa tak nak beli murah? Tapi itu perangkap yang sangat licik.
Bakal pembeli yang rambang mata akan terus melulu beli tanpa semak dengan teliti.
Sekiranya mereka didesak dengan pertanyaan susulan dari pembeli yang bijak, baru mereka dedahkan yang semua itu belum dibuat.
Demi meyakinkan pembeli mereka dedahkan yang semua itu akan dilakukan kemudian kononnya setelah semua lot dapat pembeli.
Akibatnya ramai yang terduduk dengan perangkap lot lidi. Nak tarik diri, takut wang deposit hilang.
Lebih teruk lagi, ada suami isteri yang buat pinjaman peribadi sehingga RM400,000 dan bina rumah atas tanah lot lidi ini.
Jom kita tengok harga purata tanah lot lidi berbanding tanah lot banglo status kediaman yang ada geran individu.
Buat langkah ini jika anda nak beli tanah lot banglo tanpa ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Insyaallah berkesan.
1. Dapatkan salinan geran individu dan anda mesti buat carian di pejabat tanah untuk pastikan geran tersebut sah.
2. Jangan guna peguam lantikan penjual. Pastikan anda lantik peguam anda sendiri. Peguam anda akan buat 'due diligent' yang sepatutnya sebelum anda tandantangan perjanjian jual beli.
3. Urusan transaksi duit pembayaran, mestilah melalui peguam yang anda lantik.
4. Elakkan teruskan pembelian jika tawaran yang dicanang itu bersyarat dan samar-samar seperti:
โฆ๏ธ Geran individu dalam proses
โฆ๏ธ Akan tukar status tanah
โฆ๏ธ Tunggu cukup pembeli baru pohon kelulusan
โฆ๏ธ Akan mohon infrastruktur
โฆ๏ธ Janji konon tuan tanah akan buat hibah
5. Pastikan anda buat semakan kelulusan pelan pembangunan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat tanah.
Ini contoh permainan licik pen1puan jual beli hartanah yang banyak berlaku di kawasan pedalaman, iklan semua sedap dilihat dan baca tapi azab di alam nyata.
Ingat kena berfikir-fikir sebelum nak buat apa-apa. Sama ada pilih yang betul atau pilih yang salah. Taknak lah hasil simpanan kerja teruk-teruk akhirnya duit kita habis dikebas peny@ngak kerana beli lot lidi.
Akhir sekali ramai tak perasan semua tanah lot lidi mesti kena beli tunai dan tak boleh buat pinjaman hartanah dengan pihak bank. Kenapa agaknya?
Mereka ni hanya pentingkan 'CASH' , lepas dapat duit byeยฒ la para pembeli jadi penunggu.
Ingatkan saudara, jiran, mak ayah kita. Mereka ini lah lubuk "Sc@mm3r". Kalau betul jadi kat mak ayah kita macamana?
Ada ker yang pernah terkena?
Tag kawan-kawan, orang kampung, adik beradik, mak ayah. Supaya mereka tak terkena.
Kredit kepada pemilik FB: Zam Sani