Azmi Bahari

Azmi Bahari "TIPS & KHIDMAT JUAL | BELI | SEWA | PAJAK | HARTANAH NEGERI JOHOR"

Assalammualaikum, Pagii!๐—ค๐—จ๐—ข๐—ง๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐——๐—”๐—ฌ!โ€œ Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus me...
24/12/2024

Assalammualaikum, Pagii!

๐—ค๐—จ๐—ข๐—ง๐—˜ ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—›๐—˜ ๐——๐—”๐—ฌ!

โ€œ Ketika kamu gagal dalam sesuatu perjuangan, itu bukan bermaksud kamu harus menyerah dan berhenti berusaha.โ€
- ๐˜Ž๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ฉ ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜›๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฎ

๐—›๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป

Leader bukan sekadar nama atau title, tapi amanah. Bukan tugas kita nak tunjuk hebat sorang-sorang, tapi pastikan team p...
17/12/2024

Leader bukan sekadar nama atau title, tapi amanah. Bukan tugas kita nak tunjuk hebat sorang-sorang, tapi pastikan team pun naik sama. Anak buah letak harapan tinggi sebab nak berjaya macam kita, jadi sebagai leader, kita kena usaha lebih keras untuk bimbing mereka.

Bantu, ajar, dan support โ€” sebab kejayaan team adalah kejayaan seorang leader juga. Jangan pentingkan diri, jangan fikir nak "override" semata-mata. Bila team kita berjaya, itulah kejayaan yang tak ternilai.

Kalau kita dah sampai puncak, jangan lupa hulurkan tangan untuk tarik orang lain sama naik. Ingat, kejayaan paling manis ialah bila kita berjaya bersama-sama.

"Berniaga bukan sekadar tentang mencari keuntungan, tapi tentang memberi manfaat.โ€Kalau niat bisnes hanya untuk kaya, pe...
12/12/2024

"Berniaga bukan sekadar tentang mencari keuntungan, tapi tentang memberi manfaat.โ€

Kalau niat bisnes hanya untuk kaya, perjalanan pasti penuh onak duri. Tapi bila niat kita untuk bantu menaikkan ekonomi sesama kita, hati lebih tenang, usaha lebih berkat.

Rezeki yang datang bukan sekadar milik kita, tapi menjadi asbab kebaikan untuk orang lain.
Teruskan berniaga dengan misi dan visi yang jelas.
Insya-Allah, kejayaan pasti menyusul.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa ada sesetengah orang yang berjaya mencapai impian mereka, sementara yang lain m...
10/06/2024

Kadang-kadang kita tertanya-tanya kenapa ada sesetengah orang yang berjaya mencapai impian mereka, sementara yang lain masih terperangkap dalam keadaan yang sama?

Jawapannya terletak pada keberanian mereka untuk KELUAR dari zon selesa!

Zon selesa adalah tempat yang 'selamat' dan 'selesa', tetapi juga merupakan tembok yang menghalang kita daripada mencapai potensi sebenar.
Apabila kita terus berada dalam zon selesa, kita tidak akan pernah tahu setinggi mana kita boleh terbang!

Apabila kita sanggup melangkah keluar dari zon selesa, kita akan diberikan peluang untuk mengembangkan bakat, meningkatkan kemahiran, dan mengenal diri dengan lebih baik.
Ini akan membuka pintu kepada perkembangan diri yang luar biasa.

So, apa tunggu lagi? Keluar dari zon selesa, raih potensi maksimum diri dan raih kejayaan yang lebih besar!

Assalamualaikum dan selamat pagi! Dah masuk bulan Jun dan separuh tahun 2024 pun dah berlalu.Tahniah kepada yang dah ber...
03/06/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi!
Dah masuk bulan Jun dan separuh tahun 2024 pun dah berlalu.

Tahniah kepada yang dah berjaya capai target dan yang dah nampak arah tuju dan matlamat dalam bisnes masing-masing.
Memang tak mudah nak capai, tapi usaha gigih dan fokus yang berterusan pasti membuahkan hasil.

Buat yang masih belum dapat rentak yang betul untuk capai target, jangan risau.
Susun semula gerak kerja dan cuba bekerja secara berkumpulan.
Ambil aura positif daripada rakan-rakan, insya-Allah mudah-mudahan dapat bangkit dan terus mara ke hadapan.

Apa pun cabaran yang dihadapi, yakinlah jika kita bekerja secara berkumpulan kita mampu menempuhinya.

โ€œIf you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together.โ€
Selamat berjuang fighters!

Alhamdulillah masih diberikan rezeki menghadirkan diri ke open house raya jemputan tuan rumah.Open house raya bukan seka...
08/05/2024

Alhamdulillah masih diberikan rezeki menghadirkan diri ke open house raya jemputan tuan rumah.

Open house raya bukan sekadar untuk bersilaturrahim, malah ia juga merupakan platform yang terbaik untuk memperluaskan network dan circle kita.

Tak kiralah sama ada kita usahawan, pekerja korporat atau orang biasa, kalau berkesempatan lapangkanlah masa penuhi jemputan open house raya sedara mara ataupun kenalan.

Tak rugi pergi ke majlis-majlis macam ni, makan dapat networking pun berkembang.

"Masa itu emasโ€ Setiap saat adalah berharga dan harus dihargai. Jika kita tidak dapat menghormati masa kita sendiri, bag...
07/05/2024

"Masa itu emasโ€

Setiap saat adalah berharga dan harus dihargai.
Jika kita tidak dapat menghormati masa kita sendiri, bagaimana kita boleh mengharapkan orang lain untuk menghormati masa kita?

Apabila kita membuat janji untuk bertemu atau berurusan dengan seseorang, pastikan kita menepati masa yang telah dipersetujui.
Membazirkan masa orang lain adalah satu bentuk ketidakhormatan yang tidak dapat diterima.

Salah satu ciri orang berjaya adalah sentiasa hormati masa.
Ia bukan sahaja akan menjadikan kita lebih berdisiplin, malah akan membuahkan hubungan yang lebih baik dengan orang sekeliling kita.

Done membebel harini.
Hati masih panas lagi janji pukul 10 pagi, dari tadi whatsapp otw dah dekat pukul 12 tengahari ni.
Sabo jelah.

Rahsia nak sukses dalam suatu bisnes kena betul-betul minat baru kita buat sungguh-sungguh!Mungkin ada antara kita yang ...
06/05/2024

Rahsia nak sukses dalam suatu bisnes kena betul-betul minat baru kita buat sungguh-sungguh!

Mungkin ada antara kita yang sudah lama dalam sesuatu bidang perniagaan, tetapi masih belum menemui formula yang tepat untuk terus berkembang dan berjaya.

Kata kuncinya MINAT, kalau kau s**a masak dan minat nak buka restoran, pastikan kau faham sepenuhnya tentang selok-belok industri makanan.
Pelajari teknik-teknik masakan yang betul, cubalah pelbagai resepi baharu, dan yang paling penting, pastikan kualiti makanan yang kau sediakan memang sedap dan memuaskan tekak pelanggan.

Tiada jalan singkat untuk berjaya kecuali kita perlu gigih berusaha dan terus berjuang untuk mengecapi kejayaan yang kita impikan.

Jangan mudah putus asa atau mengalah bila menghadapi rintangan.
Teruslah belajar, berusaha dan tambah ilmu.
Insya-Allah, dengan usaha yang gigih dan sungguh-sungguh, korang pasti akan berjaya!

Selamat Hari Raya 2024! ๐ŸŒ™โœจHari yang dinantikan telah tiba! Raikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa dengan penuh ...
10/04/2024

Selamat Hari Raya 2024! ๐ŸŒ™โœจ

Hari yang dinantikan telah tiba!
Raikan kemenangan setelah sebulan kita berpuasa dengan penuh tabah dan kesabaran.

Mulakan hari dengan senyuman, penuh kesyukuran atas segala nikmat yang diberikan.
Semoga hari ini diberkati dengan ketenangan dan rasa syukur yang mendalam.

Kita raikan hari yang istimewa ini dengan penuh kebahagiaan!
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Kurang seminggu lagi nak sambut Hari Raya, mungkin ada yang baru berkesempatan membeli keperluan raya, yang nak balik ka...
06/04/2024

Kurang seminggu lagi nak sambut Hari Raya, mungkin ada yang baru berkesempatan membeli keperluan raya, yang nak balik kampung awal berhati-hatilah di jalan raya.

Takde salahnya sambut raya secara sederhana yang penting kita raikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.

Walaupun mood raya dah merasuk jiwa tetap gagahkan diri juga hadirkan diri untuk project briefing dari pemaju Mah Sing.
Antara township terbesar di Pasir Gudang dengan pembangunan bercampur dan lengkap dengan segala fasiliti.

Pada yang sedang mencari rumah baru di Pasir Gudang dan nak tahu lebih lanjut bolehlah rojer2.

Alhamdulillah, kadang-kadang rezeki tu datang berwarna-warni, melalui pelbagai cara yang kita tak pernah jangkakan. Dike...
30/03/2024

Alhamdulillah, kadang-kadang rezeki tu datang berwarna-warni, melalui pelbagai cara yang kita tak pernah jangkakan.

Dikelilingi sahabat2 yang baik, business partner yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan kita pun adalah satu rahmat yang tak ternilai.

Jangan pernah putus asa, kerana sesungguhnya, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui tentang keperluan kita.

Yang penting, kita kena sentiasa bersyukur dan terus berdoa agar rezeki yang diberikan itu mudah untuk diurus dan berkembang.

Salam 20 Ramadan 1445H!

Address

Johor Bahru
80000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azmi Bahari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azmi Bahari:

Share

Category