01/08/2024
Sayangnya la hai, rumah cantik, kawasan padat, dekat dengan semua kemudahan.. jangan la sampai ianya terlelong..
Ketika kita terdesak untuk menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi.. cuba juga untuk:
1. Adakan belanja makan minum anak isteri kita, tak perlu bermewah.. memadai sekadar sederhana
2. Asingkan duit installment rumah siap-siap kerana itu antara amount penting untuk kita terus berteduh.. baik rumah sendiri atau menyewa
3. Elakkan pembelian barang tidak berfaedah, ketepikan dulu gadjet gadjet hobi yang memakan modal
4. Tidak perlu menunjuk sakan mengikut rakan jika segala belanja rumah masih belum terurus.. utamakan keluarga
5. Penuhkan dana kecemasan, dana ini tak lah semestinya 6 bulan gaji kita, tapi sekurang kurang dana tersebut boleh backup sekurang-kurang 3-6 bulan seterusnya
6. Kalau tak boleh downgrade kehidupan, atleast kurangkan komitmen yang ada.. tamatkan beberapa langganan tidak perlu.. kurangkan kenderaan di tangan
7. Jauhi skim skim yang pelik pelik, yang bukan dikawal oleh kita, produk2 yang tak wujud..
Jagalah aset yang ada, nak memiliki itu mudah, nak tanggung tu yang sukar