12/10/2026
“Kalau ada cash buyer, jual je. Tak payah tunggu lama. Duit dah ada depan mata.”
Hmm.. ada betulnya.
Tapi sepanjang aku dalam industri hartanah ni, ada satu benda yang aku perasan.
Bila pembeli bagitahu dia nak beli rumah secara cash, biasanya ada satu permintaan yang akan menyusul.
“Kalau saya bayar cash, boleh kurang lagi tak?”
Kadang-kadang bukan kurang RM5k atau RM10k.
Rumah harga RM500k, dia offer RM430k.
Alasannya mudah.
Saya cash buyer. Tak perlu tunggu loan. Urusan boleh selesai cepat. Dan ada owner yang terus rasa tawaran tu menarik.
Sebab dalam kepala dia, cash buyer ni mesti ada duit. Tak banyak masalah. Tak perlu pening tunggu bank approve.
Betul.
Tapi ada satu perkara yang ramai owner tak perasan.
Cash buyer tak semestinya bermaksud duit RM500k tu akan terus masuk akaun kita.
Kalau SPA masih gunakan terma standard, 10% dibayar masa sign SPA dan baki 90% diselesaikan dalam tempoh yang dipersetujui...
Apa sebenarnya kelebihan yang owner dapat sampai sanggup beri diskaun RM70k?
Ya, pembeli tak perlu melalui proses apply loan.
Risiko loan reject pun tak ada.
Tapi kalau duit tetap diterima mengikut tempoh biasa, penjimatan masa kepada owner mungkin tak sebesar yang dibayangkan.
Aku bukan kata cash buyer tak bagus.
Malah untuk sesetengah transaksi, cash buyer memang boleh jadi pilihan yang sangat baik.
Cuma kalau pembeli mahukan diskaun besar atas alasan dia bayar cash, aku rasa owner pun patut minta sesuatu sebagai balasan.
Contohnya, deposit 10% ikut terma yang dipersetujui.
Kemudian runding supaya pembeli menyelesaikan baki pinjaman rumah owner lebih awal, tertakluk kepada redemption statement bank dan urusan peguam.
Kalau rumah dah bebas hutang, boleh juga runding pembayaran sebahagian besar harga belian lebih awal melalui akaun stakeholder peguam.
Katakan pembeli bersetuju menyediakan sehingga 60% harga belian pada peringkat awal, dengan baki diselesaikan mengikut syarat SPA.
Itu baru ada sesuatu yang boleh dipertimbangkan.
Sebab owner bukan sekadar dapat pembeli yang tak guna loan.
Owner mungkin dapat mengurangkan kos faedah pinjaman, mempercepat penyelesaian hutang dan mendapat kepastian pembayaran yang lebih baik.
Tapi semua ni kena disusun dengan betul oleh peguam. Bukan main transfer duit ses**a hati.
Dan bukan semua transaksi sesuai dibuat begitu, terutama kalau melibatkan consent, sekatan kepentingan atau urusan pindah milik yang belum lengkap.
Bagi aku mudah.
Kalau pembeli nak diskaun sebab dia bayar cash, tak salah.
Itu hak dia untuk berunding.
Tapi owner pun ada hak untuk bertanya...
Apa sebenarnya kelebihan yang aku dapat daripada diskaun yang aku bagi ni? Sebab kadang-kadang kita terlalu teruja jumpa orang yang ada duit.
Sampai terlupa orang yang ada duit tu pun sedang mencari jalan untuk menjimatkan duit dia sendiri.
Dan kalau pembeli minta diskaun RM70k hanya kerana dia tak menggunakan pinjaman bank...
Sedangkan tempoh bayaran masih sama macam pembeli biasa...
Hmm..
Mungkin sebenarnya bukan owner yang sedang mendapat kelebihan daripada cash buyer.
Tapi cash buyer yang sedang mendapat kelebihan daripada owner.
Camtu lah...
Cash tetap cash. Tapi jangan sampai diskaun yang kita beri lebih besar daripada manfaat yang kita terima. Zam Sani