22/10/2019
SEMOGA BERMANFAAT
[CARA PENGIRAAN PINJAMAN PERUMAHAN LPPSA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN]
Memandangkan ramai kakitangan awam terutama askar, polis dan cikgu hubungi aku untuk bertanyakan berkenaan berapa kelayakan pinjaman LPPSA yang mereka boleh buat, makanya aku nak kongsi sedikit ilmu ini supaya semua kakitangan kerajaan boleh tahu dan boleh 'aim' berapa harga rumah yang korang layak untuk beli.
Jangan main hentam sahaja asal boleh.
Akhirnya pinjaman tak lepas.
Sebab tak tahu berapa kelayakan pinjaman yang telah ditetapkan.
Yang paling kritikal bila bahagian Angkasa korang tinggi betul.
Bila terlalu tinggi, ianya akan mengurangkan kelayakan bulanan pinjaman perumahan korang.
Di bawah aku ada lampirkan contoh kiraan kelayakan bulanan dan carta harga rumah mengikut kelayakan bulanan yang telah dikenalpasti.
Aku buat sedikit penulisan disini dan melampirkan dalam bentuk gambar supaya korang semua lebih jelas.
Nanti aku dah tulis panjang-pangjang ada yang cakap,
"Panjang sangatlah, lukis tak boleh ke."
Ni aku bagi dua-dua.
Kalau tak boleh baca, boleh tengok lukisan.
Yang nak baca, aku buatkan secara berperingkat supaya korang lebih faham.
Contoh Butiran :
1) [PERINGKAT PERTAMA]
PENDAPATAN
===========
Gaji Pokok : RM4,445.42
Imbuhan Tetap Perumahan : RM400
Imbuhan Tetap Keraian : RM400
Bantuan Sara Hidup : RM300
B.I Perkhid Kritikal : RM750
Byn Ins Penguatkuasaan : RM200
============================
Jumlah Pendapatan : RM6495.42
============================
POTONGAN
=========
Potongan Cukai Bulanan : RM244.60
PTPTN : RM128.57
Angkasa : RM767.00
==============================
Jumlah Potongan : RM1140.17
==============================
Gaji Bersih : RM5355.25
==============================
2) [PERINGKAT KEDUA]
Lepas korang dah tahu berapa pendapatan dan potongan daripada slip gaji korang baru korang pergi kepada peringkat pengiraan anggaran bayaran balik.
Untuk pengiraan anggaran bayaran balik ni, pendapatan bersih (PB) akan diambil kira pada gaji pokok + elaun tetap sahaja.
Sebarang imbuhan-imbuhan tidak diambil kira.
Kemudian potongan yang wajib hanya diambil kira bagi komitmen yang tidak ditetapkan oleh majikan dan inisiatif sendiri contohnya pinjaman peribadi, PTPTN, Tabung Haji, atau sebagainya.
Contoh Pengiraan Anggaran Bayaran Balik berdasarkan butiran sedia ada :
Gaji Pokok : RM4,445.42
(+) Elaun Tetap : RM1,100
===========================
Pendapatan kasar (PK) : RM5,545.42
(-) Potongan Wajib : RM244.60
===========================
Pendapatan Bersih (PB) : RM5300.82
===========================
3) [PERINGKAT KETIGA]
Ok dah tahu pendapatan bersih korang berapa kan, pergi ke peringkat ketiga iaitu formula untuk tahu kelayakan bulanan korang.
Formula kiraan
Anggaran Bayaran Balik (ABB) Bersyarat
===============================
Pendapatan Bersih (PB) x 60%
= RM5300.82 x 60% (Pembiayaan Pertama)
= RM3180.49
Formula
Kelayakan (ABB)
==============
[Pendapatan Bersih (PB) x 80%] - Potongan Lain (PL)
= [RM5300.82 x 80%] - RM895.57
= RM3,345.08
4) [PERINGKAT KEEMPAT]
Ok itu sahaja. Tak ada apa dah.
Cuma aku nak ingatkan amaun ABB yang akan dipertimbangkan di atas adalah sebanyak RM3180.49 iaitu kiraan mana yang lebih terendah.
Jadi bila korang dah tahu berapa amaun ABB korang, korang boleh tengok gambar carta yang kedua yang aku bagi.
Tengok berapa harga rumah yang layak korang beli.
Jadi contoh hasil kiraan ni, kelayakan ABB RM3180.49, maka rumah yang layak untuk korang beli adalah dalam range RM340K - RM360K.
Jadi lepas ni nak minta tolong aku uruskan pinjaman LPPSA korang pun boleh.
Aku boleh bantu.
Nak carikan rumah untuk korang pun boleh.
Aku boleh bantu
Insya Allah.
Jangan malu-malu pm je aku.
C/P