Jurukur Selatan AHR SDN BHD

Jurukur Selatan AHR SDN BHD JURUKUR TANAH BERLESEN BASED JOHOR (1434111-T)
7A, JALAN BUKIT IMPIAN 1, TAMAN IMPIAN EMAS
81300, JOHOR BAHRU, JOHOR
https://wa.link/2lznbk

“Kenapa luas tanah dalam geran tak semestinya sama dengan ukuran sebenar?”“Dalam geran tulis 1 ekar, tapi bila diukur se...
15/09/2026

“Kenapa luas tanah dalam geran tak semestinya sama dengan ukuran sebenar?”

“Dalam geran tulis 1 ekar, tapi bila diukur semula… kenapa luas tanah boleh jadi lain?”

Ramai pemilik tanah mungkin akan rasa pelik bila perkara ni berlaku.

Contohnya, dalam geran tercatat keluasan 1.00 ekar. Tetapi selepas kerja ukur dijalankan, keluasan yang diperoleh mungkin tidak sama seperti yang tercatat dalam geran.

Kenapa?

Sebab keluasan dalam geran adalah berdasarkan rekod ukuran yang telah dibuat sebelum ini. Bila tanah diukur semula menggunakan kaedah dan data ukur semasa, hasilnya boleh menunjukkan perbezaan.

Antara perkara yang boleh menyebabkan perbezaan ialah:

1. Perbezaan ukuran lama dan ukuran terkini
Tanah mungkin telah diukur pada zaman dahulu menggunakan kaedah ukur dan teknologi yang berbeza.

2. Kedudukan sempadan perlu disahkan
Batu sempadan yang ada sekarang mungkin sudah tertimbus, rosak, hilang atau tidak dapat dikenal pasti dengan jelas.

3. Bentuk tanah sebenar
Bila setiap penjuru dan sempadan lot ditentukan semula, bentuk sebenar tanah mungkin berbeza daripada apa yang pemilik bayangkan.

4. Rekod lama tidak semestinya menggambarkan keadaan semasa
Terutamanya bagi tanah yang sudah lama mempunyai hak milik, data ukur terdahulu mungkin memerlukan semakan berdasarkan keadaan dan rekod terkini.

Jadi, kalau keluasan dalam geran dan hasil ukuran berbeza, jangan terus anggap jurukur “tersalah ukur”.

Perbezaan itu perlu disemak dan ditentukan puncanya terlebih dahulu.

Lebih-lebih lagi kalau pemilik bercadang untuk:
→ pecah bahagian
→ pecah sempadan
→ jual atau pindah milik tanah
→ bina rumah
→ membuat perancangan pembangunan

Sebab ukuran yang tepat bukan sekadar nak tahu “tanah ni berapa ekar”.

Ia membantu pemilik mengetahui kedudukan dan keadaan sebenar lot sebelum membuat keputusan yang melibatkan tanah tersebut.

Kalau nak buat apa-apa urusan tanah, semak dulu. Jangan hanya bergantung pada anggaran keluasan dalam geran.

“Tanah murah tak semestinya tanah yang berbaloi.”Nampak tanah dijual dengan harga menarik, terus rasa nak booking?Sebelu...
14/09/2026

“Tanah murah tak semestinya tanah yang berbaloi.”

Nampak tanah dijual dengan harga menarik, terus rasa nak booking?

Sebelum keluarkan duit, jangan tengok harga sahaja.

Ada beberapa perkara penting yang patut disemak terlebih dahulu.

📍 1. Semak geran

Pastikan nombor lot, keluasan, nama pemilik dan maklumat dalam geran sepadan dengan tanah yang hendak dibeli.

Jangan hanya bergantung kepada maklumat daripada penjual.

📍 2. Semak kedudukan tanah

Pastikan lot yang ditunjukkan memang lot yang betul.

Kadang-kadang kita tengok lokasi di Google Maps atau pergi ke tapak, tetapi belum tentu kita tahu dengan tepat kedudukan lot tersebut.

📍 3. Semak akses jalan

Tanah nampak cantik dan luas, tetapi bagaimana nak masuk ke tanah?

Pastikan akses ke tanah jelas dan tidak menimbulkan masalah kemudian hari.

📍 4. Semak syarat nyata

Kalau beli tanah sebab nak buat rumah, kebun, perniagaan atau tujuan tertentu, jangan terus anggap tanah tersebut boleh digunakan sesuka hati.

Semak dahulu syarat yang tercatat pada hakmilik.

📍 5. Semak zoning

Selain syarat dalam geran, perancangan kawasan juga penting.

Kalau ada rancangan tertentu untuk tanah tersebut, sebaiknya semak dahulu sama ada penggunaan yang dirancang sesuai dengan zoning kawasan.

📍 6. Semak sempadan

Kalau kedudukan sempadan di tapak tak jelas, jangan terus anggap pagar, longkang atau tanda fizikal yang ada sebagai sempadan sebenar.

Sebaiknya dapatkan pengesahan melalui kerja ukur yang sesuai.

Sebab bila tanah sudah dibeli, masalah yang kita tak semak sebelum pembelian boleh menjadi masalah kita sebagai pemilik baru.

Jadi sebelum bayar deposit, jangan cuma tanya:

“Berapa harga tanah ni?”

Tanya juga:

“Geran betul?”
“Lot yang mana?”
“Ada akses?”
“Apa syarat tanah?”
“Zoning kawasan macam mana?”
“Mana sempadan sebenar?”

Tanah murah memang menarik.

Tapi tanah yang kita faham keadaan dan statusnya sebelum beli, lagi berbaloi.

“Batu sempadan tanah hilang, boleh agak-agak je ke mana sempadan tanah kita?”Ramai pemilik tanah mungkin pernah berada d...
13/09/2026

“Batu sempadan tanah hilang, boleh agak-agak je ke mana sempadan tanah kita?”

Ramai pemilik tanah mungkin pernah berada dalam situasi macam ni.

Dulu ada batu sempadan, tapi bila datang semula selepas beberapa tahun, batu dah tak nampak.

Mungkin dah tertimbus, ditumbuhi semak, rosak, dialihkan atau memang sudah hilang.

Masalahnya, bila batu sempadan dah tak ada, jangan terus jadikan pagar, pokok, longkang atau tanda tanah jiran sebagai rujukan sempadan.

Sebab apa yang kita nampak di atas tanah hari ini belum tentu sama dengan kedudukan sempadan lot yang sebenar.

Contohnya:

📍 Pagar bukan semestinya sempadan

Ada pemilik yang anggap pagar lama sebagai tanda sempadan. Tapi pagar tersebut mungkin dibina berdasarkan anggaran atau kedudukan yang sudah berubah.

📍 Longkang pun bukan semestinya tanda sempadan

Kedudukan longkang mungkin dibuat mengikut keadaan tapak, bukan berdasarkan kedudukan sempadan lot yang sebenar.

📍 Tanah jiran pun bukan rujukan yang tepat

Kalau jiran pun tak pasti kedudukan sempadan mereka, kita tak boleh jadikan andaian mereka sebagai ukuran untuk tanah sendiri.

Jadi macam mana nak tahu sempadan sebenar?

Jurukur Tanah Berlesen boleh membuat semakan berdasarkan rekod dan maklumat ukur yang berkaitan, kemudian menjalankan kerja ukur di tapak untuk menentukan kedudukan sempadan sebelum tanda sempadan ditandakan semula.

Ini penting terutamanya kalau pemilik nak:

• Bina pagar baru
• Bina rumah atau struktur
• Jual tanah
• Pecah bahagian
• Buat urusan berkaitan tanah
• Pastikan penggunaan tanah tidak masuk ke lot sebelah

Sebab kalau tersilap anggap sempadan, masalahnya bukan setakat pagar tersasar beberapa kaki.

Boleh jadi binaan masuk ke tanah jiran atau sebaliknya — dan masa tu, kos serta masalah untuk betulkan keadaan boleh jadi jauh lebih besar.

Jadi kalau batu sempadan dah hilang, jangan main agak-agak.

Semak dulu kedudukan sempadan sebenar.

Mak ayah ada tanah?Jangan tunggu sampai satu hari nanti mereka dah tak ada, baru kita semua tertanya-tanya…Kalau mak aya...
12/09/2026

Mak ayah ada tanah?

Jangan tunggu sampai satu hari nanti mereka dah tak ada, baru kita semua tertanya-tanya…

Kalau mak ayah dah tiada macam mana nak uruskan tanah? Macam mana nak mohon pusaka?

“Okay, sekarang nak mula urus pusaka dari mana?” 😥

Ramai waris sebenarnya bukan sengaja nak biarkan tanah pusaka tergantung.

Tapi sebab tak tahu proses, tak tahu dokumen yang diperlukan dan tak tahu pejabat mana yang perlu dihubungi.

Akhirnya?

Nak mula pun takut. Nak tanya pun malu. Nak upah orang p**a risau kos. 😅

Sebenarnya, sebelum buat apa-apa, ikut dulu flow mudah ini 👇

1️⃣ Cari info dulu
Fahamkan asas proses dan dokumen yang diperlukan.

2️⃣ Tengok budget
Kalau ada bajet dan nak lebih mudah, boleh lantik pihak yang sesuai untuk membantu.

3️⃣ Kalau budget tak ada, pertimbangkan buat sendiri
Tak semua urusan semestinya perlu menggunakan khidmat orang lain.

4️⃣ Jangan malu bertanya
Kalau tak pasti, dapatkan maklumat daripada pejabat atau pihak yang berkaitan.

Yang penting, jangan biarkan tanah pusaka tergantung bertahun-tahun hanya sebab tak tahu nak mula dari mana.

CARI INFO → TENGOK BUDGET → PILIH CARA YANG SESUAI → MULA URUSKAN

Kadang-kadang masalah jadi semakin besar bukan sebab proses itu terlalu susah…

Tapi sebab kita terlalu lama tangguh untuk mula. 👌

Tanah yang macam mana wajib buat Permohonan Pelan Ukur?Sebenarnya ramai pemilik tanah tak sedar tanah mereka masih belum...
11/09/2026

Tanah yang macam mana wajib buat Permohonan Pelan Ukur?

Sebenarnya ramai pemilik tanah tak sedar tanah mereka masih belum mempunyai ukuran yang lengkap.

Antara cara paling mudah untuk pemilik tanah detect adalah dengan semak nombor lot tanah dalam sistem MyLot JUPEM.

Contohnya, pemilik ada satu geran tanah dan dalam geran tersebut ada nombor lot.

Bila kita masukkan nombor lot tersebut dalam MyLot, nombor lot memang keluar.

Tapi bila tengok peta...

KOTAK TANAH TAK ADA.

Yang keluar mungkin cuma nombor lot atau maklumat tanah, tetapi bentuk/poligon lot tersebut tak dipaparkan.

Kalau jadi macam ni, jangan terus anggap tanah tu hilang daripada sistem.

Ini boleh menunjukkan rekod ukur lot tersebut belum lengkap dalam pangkalan data yang boleh dipaparkan di MyLot dan perlu dibuat semakan lanjut.

Terutamanya untuk tanah yang masih menggunakan rekod atau hakmilik lama seperti MLO, LO, PTB, PTD atau hakmilik sementara tertentu.

Jadi macam mana nak tahu betul-betul tanah tu kena buat Permohonan Pelan Ukur?

Pertama sekali, semak nombor lot dalam MyLot.

Kedua, tengok sama ada lot tersebut mempunyai kotak/poligon tanah atau tidak.

Ketiga, semak p**a dokumen hakmilik dan status tanah.

Kalau memang memerlukan proses ukur, pemilik tanah biasanya perlu melantik Juruukur Tanah Berlesen untuk menguruskan Permohonan Pelan Ukur.

Juruukur akan bantu uruskan permohonan dengan pihak berkaitan dan menjalankan kerja ukur di lapangan apabila arahan ukur telah dikeluarkan.

Lepas kerja ukur selesai, barulah maklumat seperti kedudukan lot, nombor lot baharu dan keluasan terkini dapat ditentukan berdasarkan hasil ukuran.

TAPI ADA SATU BENDA YANG RAMAI TAK TAHU.

Kalau tanah anda masih Hakmilik Sementara, dan memang akhirnya nak dapatkan Hakmilik Muktamad, lebih baik pertimbangkan untuk buat kedua-duanya sekali.

Kenapa?

Sebab kalau buat Permohonan Pelan Ukur sahaja, proses tersebut tidak semestinya bermaksud anda akan terus dapat geran baharu.

PU lebih kepada proses mendapatkan ukuran dan maklumat ukur tanah yang diperlukan.

Maksudnya, selepas JUPEM jalankan kerja ukur, anda boleh dapat tahu:

• nombor lot terkini
• keluasan tanah selepas ukuran
• kedudukan dan ukuran sebenar lot

Tetapi hakmilik/geran anda masih belum semestinya bertukar kepada Hakmilik Muktamad.

Sebab tu kalau matlamat pemilik memang nak selesaikan status tanah sampai dapat Hakmilik Muktamad, lebih baik bincang dengan Juruukur Tanah Berlesen untuk lihat sama ada proses PU dan Hakmilik Muktamad boleh dibuat dalam satu urusan yang sesuai.

Bila Hakmilik Muktamad siap, anda akan mempunyai hakmilik baharu yang menunjukkan maklumat tanah yang telah dimuktamadkan, termasuk nombor lot dan keluasan terkini.

Ini juga penting sebab keluasan dalam Hakmilik Sementara bukan semestinya keluasan muktamad.

Sebagai contoh:

Dalam geran sementara:
“Luas: 2.000 hektar”

Selepas tanah diukur halus:
“Luas sebenar: 1.850 hektar”

atau mungkin menjadi:

“Luas sebenar: 2.100 hektar”

Sebab itu keluasan dalam Hakmilik Sementara masih boleh berubah selepas ukuran sebenar dibuat.

Bila proses ukur halus dan Hakmilik Muktamad telah diselesaikan, keluasan tersebut akan dimuktamadkan dalam hakmilik.

Jadi jangan hanya tengok:

“Geran dah ada, maksudnya tanah dah selesai ukur.”

Belum tentu.

Cuba semak nombor lot anda dalam MyLot.

Kalau nombor lot ada tetapi kotak/poligon tanah tak keluar, itu tanda anda patut buat semakan lanjut tentang status ukur tanah tersebut.

Dan kalau tanah masih Hakmilik Sementara, jangan terus buat PU tanpa fikir proses seterusnya.

Kalau memang nak selesaikan sampai dapat Hakmilik Muktamad, bincang dengan Juruukur Tanah Berlesen supaya boleh tengok pilihan untuk uruskan proses yang berkaitan sekali.

Kalau nak tahu tanah anda perlu PU atau tidak, boleh hantar salinan geran dan kami boleh bantu semak.

Nama dah ada dalam geran, tanah pun memang tanah kita… tapi kenapa masih kena buat Hakmilik Muktamad?Ramai pemilik tanah...
10/09/2026

Nama dah ada dalam geran, tanah pun memang tanah kita… tapi kenapa masih kena buat Hakmilik Muktamad?

Ramai pemilik tanah tak sedar yang geran tanah mereka mungkin masih berstatus Hakmilik Sementara.

Bila dengar “hakmilik sementara”, ada yang terus fikir:

“Tak apa kot, dah ada geran pun.”

Sebenarnya, Hakmilik Sementara dan Hakmilik Muktamad bukan perkara yang sama.

Hakmilik Sementara biasanya dikeluarkan sementara menunggu proses ukur dan penyediaan hakmilik muktamad diselesaikan.

Maksud mudahnya, ukuran dan maklumat berkaitan tanah tersebut masih perlu dimuktamadkan mengikut proses yang ditetapkan.

Jadi, walaupun nama pemilik memang sudah ada dalam geran, status hakmilik itu tetap penting untuk diperiksa.

Contohnya, pemilik mungkin nak buat urusan seperti:

• pecah sempadan
• pecah bahagian
• pembangunan tanah
• urusan pindah milik
• atau urusan tanah lain yang memerlukan maklumat ukuran yang tepat

Kalau masih menggunakan Hakmilik Sementara, mungkin ada proses tambahan yang perlu dibuat terlebih dahulu bergantung kepada keadaan tanah dan jenis urusan yang hendak dijalankan.

Sebab itu, kalau Tuan/Puan bercadang nak buat apa-apa urusan besar atas tanah, jangan hanya tengok nama pemilik dan keluasan dalam geran.

Tengok juga jenis hakmilik.

Satu lagi perkara yang ramai tak tahu — proses mendapatkan Hakmilik Muktamad bukanlah proses yang boleh siap dalam masa beberapa hari.

Ia boleh mengambil masa berbulan-bulan dan dalam sesetengah kes boleh mengambil sekitar 6 bulan hingga 1 tahun setengah atau lebih, bergantung kepada proses, jabatan terlibat dan sama ada terdapat sebarang isu pada tanah tersebut.

Jadi kalau memang bercadang nak buat urusan tanah pada masa akan datang, lebih baik semak dari awal.

Jangan tunggu dah nak pecah geran atau nak buat pembangunan, baru tahu hakmilik masih belum muktamad.

Kalau Tuan/Puan tak pasti geran tanah masih Hakmilik Sementara atau dah Hakmilik Muktamad, boleh hantar salinan geran kepada kami untuk semakan awal.

Batu sempadan dah hilang, jangan terus ikut pagar lama atau agak-agak sendiri. ⚠️Ramai pemilik tanah sangka pagar lama, ...
09/09/2026

Batu sempadan dah hilang, jangan terus ikut pagar lama atau agak-agak sendiri. ⚠️

Ramai pemilik tanah sangka pagar lama, pokok atau tanda tertentu menunjukkan sempadan sebenar tanah.

Tapi hakikatnya, tanda-tanda tersebut belum tentu tepat.

Kalau tersalah anggar, boleh berlaku situasi pagar dibina masuk ke tanah jiran… atau tanah sendiri sebenarnya telah digunakan melebihi sempadan yang sepatutnya.

Sebab itu, sebelum nak:

🏠 Bina rumah
🚧 Buat pagar
🌳 Bangunkan atau gunakan tanah
📍 Tentukan kedudukan sempadan

Pastikan kedudukan sempadan dikenal pasti dengan betul terlebih dahulu.

Jangan tunggu sampai pagar dah siap baru nak tahu… rupa-rupanya pagar tu bukan berada di tempat yang sepatutnya. 😅

Untuk urusan penandaan sempadan tanah, dapatkan khidmat Jurukur Tanah Berlesen.

📩 Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.

Alhamdulillah, selesai satu lagi kerja ukur tanah di Senai hari ni. 📍Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada...
08/09/2026

Alhamdulillah, selesai satu lagi kerja ukur tanah di Senai hari ni. 📍

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada team kami. 💪🏻

Cuaca panas, site mencabar, tapi kerja tetap kena jalan sampai selesai. 😄

Semoga urusan tanah Tuan/Puan dipermudahkan dan semuanya berjalan lancar.

Ada geran tanah ≠ boleh terus buat apa saja atas tanah tu. 👀Ramai pemilik tanah bila nama dah ada dalam geran, terus fik...
07/09/2026

Ada geran tanah ≠ boleh terus buat apa saja atas tanah tu. 👀

Ramai pemilik tanah bila nama dah ada dalam geran, terus fikir tanah tersebut bebas nak buat rumah, kedai, pecah tanah atau tukar kegunaan.

Sebenarnya, kena tengok dulu apa yang tertulis dalam geran dan perancangan kawasan tersebut.

Antara perkara yang perlu disemak:
📌 Kategori kegunaan tanah
📌 Syarat nyata
📌 Sekatan kepentingan
📌 Zoning/perancangan kawasan
📌 Keperluan kelulusan pihak berkuasa

Sebab tu jangan terus keluarkan modal untuk pembangunan sebelum tahu tanah tu sesuai atau tidak.

Bayangkan dah keluar puluhan ribu untuk kerja-kerja pembangunan, kemudian baru tahu ada sekatan atau kegunaan tanah tak membenarkan apa yang kita rancang. 😰

Semak dulu. Baru buat keputusan.

Kalau Tuan/Puan nak tahu status dan kesesuaian tanah, boleh hantar salinan geran untuk semakan awal.

“Kenapa Ada Tanah Yang Dah Ada Geran, Tapi Masih Tak Boleh Cari Dekat Sistem MyLot?”Ramai pemilik tanah bila tengok gera...
06/09/2026

“Kenapa Ada Tanah Yang Dah Ada Geran, Tapi Masih Tak Boleh Cari Dekat Sistem MyLot?”

Ramai pemilik tanah bila tengok geran, terus fikir:

“Dah ada nombor lot, dah ada geran… mesti senang nak cari sempadan tanah.”

Tapi realitinya, tak semua lot boleh terus dibuat kerja penandaan sempadan.

Terutamanya bagi tanah yang mempunyai rekod ukur lama atau status tertentu seperti MLO, LO, PTB atau PTD yang mungkin muncul semasa semakan di MyLot.

Dalam keadaan macam ni, kita perlu tengok dahulu rekod ukur dan status lot tersebut.

Salah satu proses yang mungkin diperlukan ialah Permohonan Pelan Ukur.

📌 Apa sebenarnya Permohonan Pelan Ukur?

Secara mudah, Permohonan Pelan Ukur adalah proses yang berkaitan dengan penyediaan atau mendapatkan maklumat ukur bagi sesuatu lot berdasarkan rekod dan keperluan ukur yang berkaitan.

Kenapa benda ni penting?

Sebab geran dan nombor lot sahaja tak semestinya memberikan kita semua maklumat yang diperlukan untuk terus menentukan kedudukan fizikal tanah di atas tanah.

Contohnya, ada pemilik yang hanya tahu:

➡️ Nombor lot
➡️ Mukim
➡️ Daerah
➡️ Keluasan dalam geran

Tetapi bila pergi ke kawasan tersebut…

“Tanah aku sebenarnya dekat mana?”

Jalan yang nampak di situ p**a belum tentu sempadan lot.

Pagar jiran belum tentu berada tepat atas sempadan.

Tanah yang orang kampung tunjuk pun belum tentu betul.

Sebab itu maklumat ukur perlu disemak terlebih dahulu.

📍 Jadi apa kaitannya dengan MyLot?

Ada keadaan di mana pemilik cuba mencari lot melalui sistem MyLot tetapi maklumat yang dipaparkan tidak seperti yang mereka jangkakan.

Contohnya, keluar status atau rekod seperti:

MLO / LO / PTB / PTD

Bila nampak benda macam ni, jangan terus anggap tanah tersebut hilang atau geran bermasalah.

Sebaliknya, kena semak dahulu rekod dan status lot tersebut.

Mungkin ada proses ukur tertentu yang perlu dibuat sebelum maklumat kedudukan lot boleh digunakan untuk kerja seterusnya.

❌ Jangan buat macam ni…

❌ Tengok nombor lot dalam geran
❌ Buka MyLot
❌ Agak lokasi tanah
❌ Ikut apa yang orang kampung tunjuk
❌ Terus tanam pancang

Sebab kalau lokasi yang diambil salah, kerja ukur yang dibuat pun boleh jadi tidak berdasarkan kedudukan lot yang sepatutnya.

Lebih-lebih lagi kalau tanah tersebut sudah lama tidak dilawati, kawasan sudah berubah, tiada tanda sempadan yang jelas atau melibatkan lot-lot lama.

🔎 Apa yang patut dibuat?

Pertama, semak geran dan maklumat lot.

Kemudian semak p**a status serta rekod ukur yang berkaitan.

Daripada situ barulah boleh ditentukan sama ada lot tersebut boleh terus menjalani kerja ukur yang diperlukan atau memerlukan Permohonan Pelan Ukur terlebih dahulu.

Jadi kalau korang ada geran lama, tak tahu kedudukan sebenar tanah, atau bila semak MyLot keluar MLO / LO / PTB / PTD, jangan terus pening.

📌 Hantar salinan geran kepada kami.

Kami boleh bantu semak maklumat tanah tersebut dan tengok proses ukur apa yang sesuai untuk dibuat seterusnya.

Sebab sebelum nak cari sempadan tanah, kita kena pastikan dulu kita tahu lot yang mana dan di mana kedudukannya.

Jangan ukur berdasarkan agak-agak. Tanah ada nilainya, jadi pastikan maklumat tanah pun betul.

📍 Untuk tanah di Johor
Jurukur Selatan AHR

Address

7A Jalan Bukit Impian 1 Taman Impian Emas
Johor Bahru
81300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jurukur Selatan AHR SDN BHD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jurukur Selatan AHR SDN BHD:

Shortcuts

Share

Category