30/11/2020
LISTER
Agen lister WAJIB pergi visit, inspect, ambil gambar dan interview owner kenapa dia nak jual rumah.
Bila kita pergi visit, kita akan tahu actual condition rumah tersebut. Ada defect seperti bocor, anaiยฒ, dinding retak, basic unit ke, owner nak letgo dengan furniture ke, rumah facing apa, gated guarded ke, akses macam mana, jiranยฒ melayu ke campur dan banyak lagi yang kita boleh tahu persekitaran rumah bila kita sendiri pergi visit.
Dan kita WAJIB minta salinan s&p kerana terdapat banyak maklumatยฒ didalam s&p tersebut yang boleh kita dapat untuk kita extract jadikan sebagai petunjuk seperti tarikh beli, nama developer, nama lawyer, no. hak milik/no.geran untuk buat carian rasmi terkini, layout asal (jika rumah dah fully reno), luas tanah, saiz rumah, saiz tanah, berapa harga beli, dan paling PENTING betulke 'owner' yang kita jumpa tu adalah pemilik berdaftar. Jika ada lebih drpd 1 nama, kena tanya pihakยฒ yang lagi 1 adakah mereka juga setuju untuk jualkan rumah ni dengan hargaยฒ yang telah dibincangkan. Jika owner dah meninggal, adakah urusan selanjutnya sudah selesai? Jadi kita dah prepare siapยฒ untuk jualkan rumah tersebut.
Dan
Lister juga WAJIB ambil gambar sendiri. Ambil gambar di sudutยฒ yang boleh cover dan elakkan fokus kamera tu terhadap 1 objek. Objektif kita ambil gambar bukan untuk tunjuk yang rumah ni ada tangga, tombol pintu mahal, peti sejuk, plaster siling dsb. Tapi kita cuba nak bagi client kita boleh faham layout rumah tersebut hanya dengan melihat gambar sahaja.
InsyaAllah dengan hasil yang kita pergi inspect tu, kita dapat elakkan MISLEAD pengiklanan. Owner juga akan menghargai kerja keras anda bila dia tengok effort kita buat semua tu dan tak ralat untuk bayar komisyen seperti yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Kalau bernasib baik, owner bagi exclusive tanpa perlu kita minta
Explain kepada owner kenapa kita perlu visit rumah dia dan kenapa kita perlu tengok s&p. Bukan sekadar copy details & ambil gambar owner pastu iklan. Gaji Nak. Kerja malas..