27/03/2023
Kategori Pinjaman Perumahan di Malaysia
1. Pinjaman Asas (Term Loan)
• Bayaran bulanan tetap.
• Sukar kurangkan kadar faedah atau buat pembayaran pendahuluan.
• Kurang fleksibiliti.
2. Pinjaman Semi-Flexi
• Boleh buat pembayaran pendahuluan dan kurangkan kadar faedah.
• Boleh selesaikan pinjaman lebih awal.
• Pengeluaran semula pembayaran pendahuluan boleh dibuat dengan kelulusan bank.
3. Pinjaman Flexi Penuh (Full Flexi Loan)
• Fleksibiliti tinggi, boleh buat pembayaran pendahuluan dan pengeluaran semula.
• Diurus melalui akaun semasa yang ada caj penyelenggaraan bulanan.
• Tidak ditawarkan oleh semua bank.
4. Pembiayaan Islamik
• Bai’ Bithaman Ajil (BBA): Berdasarkan jual beli; ansuran bulanan tetap tanpa faedah.
• Musyarakah Mutanaqisah (MM): Pembelian hartanah bersama bank; tanpa faedah, ansuran tetap.
Untuk maklumat lanjut, hubungi pegawai bank anda.