06/09/2018
BELI RUMAH NAK, KAHWIN PUN NAK.
Posting ni agak panjang. Kalau anda spesis yang memang tak rajin nak baca, jangan mula membaca. Kalau tak, menyesal nanti. Nak LIKE saja pun takpa. Saya benarkan. ;)
Beberapa kali saya pernah dapat soalan, "Beli rumah atau kahwin dulu?". Soalan ni sebenarnya susah untuk saya jawab. Sebab saya dah kahwin dulu, kemudian barulah ada kesedaran nak beli rumah.
Saya kahwin masa masih belajar lagi. Kerja pun tak tetap masa tu. Hanya fikir survival saja. Macam ni, kalau malas nak fikir dan memang dah tak sabar sangat, atau dah sampai memang tahap wajib, kahwin sajalah. Siapa nak halang, kan?
Tapi, kalau kita awal merancang, sebenarnya kita ada banyak jalan yang kita boleh pilih. Rancang dan buat sajalah. Bukan susah pun. Jadi tak jadi, lain cerita. Sebab Allah jua sebaik-baik Perancang.
SIMPANAN BERSAMA.
Sebelum kahwin, buat simpanan sama-sama. Contoh target simpanan bersama adalah RM30,000. Dah cukup, kahwinlah. Kalau rasa RM30,000 tu banyak sangat, kurangkan kos kahwin mana-mana yang boleh.
Syaratnya jangan buat pembiayaan peribadi semata-mata nak tanggung bridesmaid, pelamin seindah singgahsana kayangan. Nanti anak dah masuk tadika pun, tak habis bayar lagi.
Gunakan sebahagian simpanan tadi untuk belanja kahwin, sebahagian lagi untuk modal deposit rumah pertama. Selagi tak cukup target simpanan, tak boleh kahwin (sebagai motivasi untuk gigih menabung). Fuhhhh....
RUMAH DAPAT, KAHWIN PUN DAPAT.
Satu lagi jawapan saya adalah beli rumah dulu. Kena ada modal jugalah. Secara ringkasnya, beli rumah subsale sekurang-kurangnya 15% bawah harga pasaran. Selepas selesai urusan jualbeli, boleh dapat cashback.
Dengan cashback tu boleh guna untuk belanja kahwin. Kalau tak faham berkaitan rumah bawah harga pasaran dan cashback, rujuk post saya yang sebelum-sebelum ni. Dah banyak kali saya kongsikan. Rumah dapat, kahwin pun dapat. Best!
SIMPAN DEPOSIT RUMAH MASA BUJANG.
Bujang digalakkan simpan 30% untuk tabung rumah. Yang dah berkahwin digalakkan simpan paling kurang 10% gaji. Lagi banyak, lagi bagus sebenarnya.
Kalau nak menyimpan deposit rumah, mulalah masa tengah bujang. Sebab nanti selepas dah kahwin, memang bertambah komitmen, lagi susah nak menyimpan.
Iya. Lepas kahwin rezeki memang bertambah insyaAllah. Tapi cabaran yang datang juga lebih besar. Masa tulah nak merasa dating sana, dating sini. First honeymoon, second honeymoon, third honeymoon. Sebelum kahwin tak pernah dating la katakan (bercinta selepas nikah).
"Habis tu, sebelum kahwin pun kitorang nak dating juga. Macam mana nak simpan duitnya?" Fikirkanlah sendiri jawapannya. Korang yang sedap dating, aku p**a yang kena fikirkan masalah korang ke?
REZEKI ANAK.
Belilah rumah segera jika ada peluang. Bila dah lahir anak pertama, bertambah lagi komitmen. Lahir p**a anak kedua, bertambah lagi komitmen.
Andaikata, masa tu simpanan masih juga kosong, rumah pun belum ada lagi. Nak salahkan anak? Jangan. Anak yang lahir, datang bersama rezeki mereka sendiri. Kita yang menumpang rezeki mereka tau.
Kita jadilah pengurus yang baik kepada rezeki anak-anak. Jangan p**a kita yang boros buat belanja tukar sport rim setahun berkali-kali atau beli beg tangan LV dan Gucci. Faham?
Nampak tak kenapa kena mula simpan duit deposit rumah dan beli rumah masa bujang? Belilah 1 rumah dulu sebelum kahwin. Nanti boleh masukkan dalam 'resume' masa datang meminang anak dara orang.
"Pak cik, saya dah ada rumah untuk kami duduk bersama selepas kahwin. Sudikah Pak Cik jadi bapak mertua saya?". Haha. - HF