MyHome Pangsapuri Kasturi, Bandar Dato 'Onn

MyHome Pangsapuri Kasturi, Bandar Dato 'Onn Page bukan rasmi untuk penduduk Myhome Pangsapuri Bandar Dato Onn.

Bagi cadangan kat jiran kita ni.
01/11/2020

Bagi cadangan kat jiran kita ni.

12/10/2020

Hai semua. Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia.

Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala, bukan jelaga.

Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu dan risau pun kan.

1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan lusanya demam sudah tak ada.

2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem, kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.

3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.

4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.

5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga. Maaf, gejala.

Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi b

10/10/2020

Management tarik balik pengesahan covid di kasturi semalam kerana tiada arahan KKM utk buat kenyataan.

Dah jangan komen apa apa. Bagus juga tarik balik. Sebab dah macam penjenayah setengah orang labelkan utk pesakit covid ni. Patut tanya la kabar ke atau tolong kirimkan makanan ke gantung kat pintu mangsa. Ntah2 makan ke tidak yang kena kuarantin tu.😭

09/10/2020

Sekatan rentas negeri Sabah dengan Semenanjung, Sarawak dan Labuan berkuatkuasa mulai jam 12:01 tengah malam 12 - 25 Oktober 2020.

Ayuh Bangsa Kasturi ! Anda semua terbaik.
09/10/2020

Ayuh Bangsa Kasturi ! Anda semua terbaik.



09/10/2020

Baiklah, Management pun dah dpt pengesahan dari KKM hari ini. 1 kes positif. Kerja sanitize pun telah dibuat.

Tak perlu pulaukan mangsa. Mereka mangsa, bukan penjenayah. Tunjukkan semangat jiran yang mulia..

Semoga pesakit cepat sembuh.

Kita jaga kita.

07/10/2020

RM0 Individu bergejala yang tiba dari Sabah sejak 20 hingga 26 September wajib menjalani ujian COVID-19.

07/10/2020

Asal van kkm datang rumah je positif covid? Doctor mana ajar tu.lepas tu viral sana sini, buat panik. Tu belum lagi tukang nasi tambah. Gelang pink bersepah sana sini lah, macam macam lah korang ni. ishh..

Cari sumber dari hospital yang rawat tu ler. Tunggu keluar keputusan sample dan ujian darah dulu. Baru boleh cerita.

Yang penting jaga s.o.p diri sendiri. Jangan sibuk sebar cerita yang tak sahih lagi. Doakan yang baik baik sudah lah.

Inbox dari
- Makcik bawang baik-

06/07/2020

assalamualaikum sy mencari guru tuisyen dekat pangsapuri kasturi,blh tolong sy cari kan.

Ada org tanya.

25/05/2020

Dah raya ke.

Selamat hari raya semua.
Maaf zahir batin.

Laar 2 syawal dah.

03/05/2020

Selamat berbuka puasa.

Buka pe tu?😎
Esok keje tak? Ingat lagi tak jalan ke tempat kerja?

23/03/2020

Orang suruh duduk rumah, yang korang melepak kat luar kenapa. Nak tunggu polis datang ke?

Htr gambar pada admin . Tunjuk sikit muka degil tu.

Address

Jalan Dato' Onn 3, Bandar Dato' Onn
Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyHome Pangsapuri Kasturi, Bandar Dato 'Onn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share